omniture

Dengan Penajaan Semasa Cannes Film Festival, TCL Mengulangi Keupayaan Ekspresi Warna Peneraju Industri

TCL Electronics
2023-06-01 02:30 13

Teknologi LED Mini dan QLED perintis serta pemproses AiPQ yang membawa tontonan filem ke peringkat seterusnya hasil daripada keupayaan memaparkan lebih satu bilion warna

HONG KONG, 1 Jun 2023 /PRNewswire/ -- TCL, jenama TV dua terbaik dunia dan jenama TV 98-inci terbaik, membolehkan pengguna melihat kehidupan pada skrin dalam spektrum jelas dengan lebih satu bilion warna berbeza, hasil daripada teknologi peningkatan warna luar biasa barisan siri C TV 2023 yang dilancarkan baru-baru ini. Menaja China Pavilion di Cannes Film Festival 2023 yang disanjung awal bulan ini. TCL menyokong kuasa filem untuk memberi inspirasi kepada penonton, apabila digabungkan dengan teknologi paparan luar biasa serta ekspresi warna tepat yang penting untuk menghidupkan filem.

Menurut Laporan Pasaran Peranti Paparan Global 2023[1], pasaran peranti paparan global bersedia untuk memperoleh nilai USD 195.11 bilion dalam lima tahun akan datang, hasil daripada permintaan yang semakin meningkat terhadap teknologi paparan termaju, memandangkan pengguna semakin mencari peranti dengan kualiti gambar terunggul, resolusi lebih baik dan ketepatan warna yang dipertingkat. Menggabungkan cahaya belakang LED Mini dan peningkatan skala daripada AiPQ, TCL meninggikan tahap kualiti gambar paparan yang luar biasa dengan pelbagai barisan TV.

Teknologi LED Mini dan QLED untuk Pengalaman Menonton yang Meriah

TCL menerajui industri ini apabila melibatkan teknologi LED Mini dan QLED yang menawarkan kualiti gambar dan prestasi warna yang jauh lebih unggul apabila dibandingkan dengan skrin LCD tradisional, hasil daripada peningkatan tahap kecerahan yang membolehkan kontras tinggi dan tepat, keseragaman lebih baik serta ekspresi warna yang cemerlang.

Barisan Siri C TCL penuh, termasuk TV LED Mini C845 TCL premium, TV 4K QLED C745 dan TV 4K QLED C645, kesemuanya didatangkan lengkap dengan teknologi Quantum Dot yang terkenal kerana mempunyai gamut warna dan volum yang jauh lebih baik berbanding LCD konvensional, dengan lebih satu bilion warna bagi menghasilkan imejan kelihatan hidup yang luar biasa.

Turut ditemui dalam siri C, AiPQ Processor 3.0 pintar memiliki algoritma spesifik untuk ekspresi warna, yang dikenali sebagai Ai-COLOR yang mengamati imej sama seperti yang dilakukan oleh mata manusia, dengan mencipta semula imej melalui penalaan pelbagai spesifikasi termasuk volum, ketepuan dan kontras warna.

Perkongsian Cannes Film Festival Menunjukkan Komitmen TCL untuk Bawakan Pengalaman Sinematik kepada Penonton Rumah Di Mana-mana Saja

TCL memahami kuasa transformatif filem dan bagaimana ekspresi warna yang amat tepat penting untuk menetapkan nada dan jangka masa suatu adegan bagi membolehkan penonton benar-benar percaya dengan apa yang mereka lihat. Awal bulan ini, TCL menaja China Pavilion di Cannes Film Festival 2023 yang disanjung, lantas membuktikan dedikasinya untuk membawakan pengalaman menonton yang paling imersif – yang dengan bangganya dibawakan oleh TCL kepada penonton seluruh dunia hasil daripada barisan pawagam rumah yang menandingi layar perak.

Untuk pengalaman yang benar-benar sinematik, XL Collection TCL, bermula daripada 65-inci hingga 98-inci, menjanjikan keasyikan seakan-akan teater tanpa sebarang kehilangan butiran. Apabila duduk kira-kira tiga meter jauh dari TV 98-inci, pengguna dapat menikmati medan pandangan 60-darjah yang sama seperti menonton skrin 30-meter dari barisan tengah, tempat duduk tengah di panggung wayang.

Tingkatkan pengalaman tontonan dengan menyaksikan dunia warna tidak berkesudahan dengan barisan TCL C Series, dilancarkan ke pasaran global dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

*Fungsi dan spesifikasi produk berbeza antara negara/wilayah.

Latar Belakang TCL Electronics

TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pesat dan peneraju dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada televisyen, audio dan peralatan kediaman pintar. Kunjungi laman sesawang TCL di https://www.tcl.com.

[1] https://www.prnewswire.com/news-releases/global-display-device-market-report-2023-sector-is-expected-to-reach-195-11-billion-by-2028-at-a-cagr-of-4-8-301822600.html

 

 

 

 

Source: TCL Electronics
Related Stocks:
HongKong:1070
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Film & Motion Picture Household Products Household/Consumer/Cosmetics Internet Technology Retail Semiconductors Telecommunications New products/services