omniture

Kongres Benih China & Forum Lembah Silikon Pertanian Nanfan 2023 Memacu Penggiatan Semula Industri Benih

Hinews
2023-06-01 08:47 40

Acara yang berjaya menghimpunkan pemimpin industri, mengetengahkan pencapaian dan menggalakkan kolaborasi global

SANYA, China, 1 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Laporan berita daripada Hinews:

Kongres Benih China & Forum Lembah Silikon Pertanian Nanfan 2023 melabuhkan tirai dengan jayanya menerusi lebih 3,000 tetamu domestik dan antarabangsa serta penggiat industri hadir.

Semasa acara selama empat hari itu, para peserta terlibat dalam perbincangan dan analisis tentang pembangunan industri benih, menyusun strategi untuk pertumbuhan perniagaan dan bertukar-tukar pandangan yang berharga untuk menggiatkan semula sektor benih. Beberapa pakar dan cendekiawan mengadakan pembentangan tentang mengenal pasti trend baru muncul dan cabaran dalam industri benih hari ini, mengutarakan cadangan untuk penggiatan semula industri benih China dan pembangunan Lembah Silikon Pertanian Nanfan yang selanjutnya.

Di samping itu, di forum utama, Biro Pentadbiran Bandar Sains dan Teknologi Teluk Yazhou Sanya membuat pengumuman untuk mempelawa pengumpulan barang pameran fizikal untuk Muzium Nanfan yang kini sedang dibangunkan. Muzium tersebut bertujuan untuk meraikan transformasi Nanfan menjadi salah sebuah pusat penanaman benih utama China sepanjang tempoh enam dekad yang lalu. Pembinaan muzium itu bermula pada 10 Oktober 2022. Selain untuk mempamerkan pencapaian Nanfan, muzium itu akan merangkumkan satu bahagian yang dikhususkan untuk memberi penghormatan kepada kebingkasan generasi lebih tua Nanfan. Di bawah naungan Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar, usaha kolaboratif oleh China Seed Association, Jabatan Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar Wilayah Hainan dan Biro Pentadbiran Bandar Sains dan Teknologi Teluk Yazhou Sanya telah dimulakan untuk mengumpulkan sumber dokumentari yang berkaitan dengan Nanfan, foto, sampel tumbuhan, alat pengeluaran, instrumen penyelidikan saintifik, barang keperluan harian dan barang kenang-kenangan yang lain. Artifak ini akan digunakan untuk mencipta pameran panorama yang membabadkan sejarah Lembah Silikon Pertanian Nanfan. Selain memelihara rekod sejarah Nanfan, muzium itu akan turut menampilkan satu bahagian yang menonjolkan Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan. Penghargaan diberikan kepada kisah kejayaan Nanfan serta pelabuhan perdagangan sebagai sesuatu yang menunjukkan komitmen kukuh China kepada kecukupan kendiri dan kemajuan dalam inovasi saintifik serta teknologi. 

Selain daripada kawasan pameran yang dikhaskan untuk produk dan perkhidmatan daripada 50 firma yang mencakupi rantaian industri benih, acara pada tahun ini turut melibatkan 13 sub-forum, serta kawasan pameran khas yang dikhususkan untuk Bandar Sains dan Teknologi Teluk Yazhou Sanya.

Source: Hinews
Keywords: Agriculture Publishing/Information Service Trade show news