NINGBO, China, 1 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Risen Energy Co., Ltd, pengeluar Tahap 1 yang terkemuka bagi produk fotovolta solar berprestasi tinggi, mendedahkan pada hari ini bahawa ia telah diiktiraf sebagai "Pelaksana Terbaik" untuk tahun ketiga berturut-turut dalam Kad Skor Keandalan Modul PV 2023 (PVEL) PV Evolution Lab.
PVEL, salah satu sumber yang paling dipercayai untuk pengujian bebas dan pandangan berpandukan data dalam industri solar, menilai prestasi modul solar setiap tahun dan mengiktiraf pelaksana terbaik berdasarkan kepada ujian yang ketat dalam makmal canggihnya. Ujian-ujian tersebut menilai prestasi produk dalam keadaan persekitaran yang berbeza dan terhadap pelbagai faktor yang boleh memberi kesan ke atas keandalan dan keselamatannya dari masa ke masa.
Tristan Erion-Lorico, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran di PVEL berkata: "Program Kelayakan Produk PVEL menilai prestasi dan keandalan berpuluh-puluh pengeluar dan jenis model modul PV setiap tahun. Kami gembira melihat Risen Energy dinamakan sebagai Pelaksana Terbaik Kad Skor Keandalan Modul PV sekali lagi pada tahun ini dan kami mengucapkan tahniah kepada Risen atas pengiktirafan yang sememangnya layak kini. Kami berharap dapat terus menguji produk Risen pada masa depan tatkala syarikat tersebut terus berinovasi."
B Veerraju Chaudary, Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran (CSMO) Risen, berkata, "Kami berbesar hati menerima pengiktirafan ini daripada PVEL untuk tahun ketiga berturut-turut, yang mengesahkan lagi kedudukan Risen sebagai penyedia produk solar berkualiti tinggi yang dipercayai ke pasaran. Kami sentiasa komited untuk mencari cara yang lebih baik bagi menyokong keperluan pelanggan untuk penyelesaian tenaga yang berkualiti tinggi, tahan lama dan menjimatkan."
"Selama lebih daripada dua dekad, Risen memfokuskan untuk memberi kuasa kepada dunia dengan produk modul PV yang berkualiti terbaik dan berkesan kos. Kami telah melaksanakan satu siri pembangunan dalam inovasi teknologi yang memuncak dalam produk siri Titan kami. Produk berkenaan, dengan lebih banyak penjanaan kuasa dan kecekapan lebih tinggi, mendapat pengiktirafan yang kukuh dalam pasaran Amerika Utara sejak dilancarkan," kata P. Ponsekar, Naib Presiden Jualan Risen, "Kini, kami berasa terdorong melihat pengetahuan teknikal termaju kami turut mendapat pengiktirafan daripada pihak ketiga berwibawa yang tersohor."
Latar Belakang Risen
Risen Energy ialah pengeluar Tahap 1, global dan terkemuka bagi produk fotovolta solar berprestasi tinggi dan penyedia penyelesaian perniagaan keseluruhan untuk penjanaan kuasa. Syarikat ini, ditubuhkan pada tahun 1986 dan disenaraikan secara terbuka pada tahun 2010, mendorong penjanaan nilai untuk pelanggan globalnya, memperoleh bahagian pasaran yang luar biasa di 60 negara termasuk China, Eropah, AS, India, Brazil, Columbia, Chile, Australia, antara lain. Risen Energy diperuntukkan dengan baik untuk menyediakan perkhidmatan cemerlang dan perkongsian jangka panjang dengan pelanggannya dalam pasaran utiliti, komersial dan kediaman. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang kami: www.risenenergy.com