omniture

GWM Perluas Jangkauan Global dengan TANK500 dilancar di UAE

GWM
2023-06-02 03:00 177

BAODING, China, 2 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Pada 29 Mei, GWM melancarkan TANK500 dalam pasaran Emiriah Arab Bersatu (UAE). Majlis pelancaran diadakan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, menggamit perhatian dan pengalaman daripada sejumlah besar peminat GWM.

GWM Perluas Jangkauan Global dengan TANK500 dilancar di UAE.
GWM Perluas Jangkauan Global dengan TANK500 dilancar di UAE.

Lebih daripada 140 tetamu menghadiri acara itu, termasuk pelanggan VIP dan lebih daripada 70 outlet media berpengaruh serta pemimpin pendapat utama (KOL), kesemuanya menghujani GWM TANK500 dengan pujian tinggi. GWM TANK500 turut memenangi hati pengguna di UAE dengan penggayaan mewah berkualiti terbaik dan prestasi berkuasa. GWM TANK300 turut diperkenalkan, bagi meningkatkan kesedaran jenama GWM TANK dalam kalangan pengguna tempatan.

En. Gautam Arun, Pengarah Produk GWM di Wilayah Timur Tengah, mendemonstrasikan pengalaman unggul bagi kecerdasan, kemewahan dan keselesaan. Beliau turut menganalisis dengan teliti kekuatan GWM TANK500 untuk khalayak. "Kenderaan GWM mempunyai kedua-dua atribut bandar dan luar-jalan, lantaran teknologi termajunya yang memberi keseimbangan luar biasa antara prestasi dan keselesaan," kata En. Gautam Arun.

GWM TANK500 ialah SUV luar-jalan mewah sederhana dan besar yang mentakrifkan semula kategori baharu dalam pasaran SUV luar-jalan mewah. Dibangunkan pada Platform TANK, model ini menawarkan kuasa yang mengagumkan, keupayaan luar-jalan pintar serta keselesaan dan keselamatan luar biasa.

GWM TANK500 dilengkapi dengan rangkaian kuasa berprestasi tinggi dan sistem pacuan empat roda bagi menawarkan kestabilan dan keselamatan hebat untuk pengguna. Di samping itu, model ini menawarkan konfigurasi luar-jalan khusus mengikut keperluan pengguna, termasuk kunci pembeza mekanikal dikawal secara elektronik, Mod Rayapan Luar-jalan dan sebagainya. Konfigurasi ini dapat memberikan pengalaman pemanduan yang lebih praktikal dan lebih selamat kepada pengguna di bawah keadaan pemanduan yang teruk. Sekiranya tayar tergelincir apabila memandu di atas jalan berlubang, pemandu boleh menyelesaikan masalah dengan serta-merta menggunakan butang yang dikawal secara elektronik bagi mengaktifkan kunci pembeza.

GWM TANK500 juga komited untuk menyediakan kepada pemandu dan penumpang dengan pengalaman kemewahan dan keselesaan terunggul. Bahagian luar yang ringkas namun megah dan geriji salur masuk udara ruang besar dengan lampu besar segi empat sama kelihatan amat hebat. Ruang dalam GWM TANK500 melibatkan sejumlah besar bahan mewah, berserta Maklumat Hibur Kawalan Pusat Definisi-Tinggi 14.6 inci. Butiran ini, meningkatkan keselesaan pemanduan dan mengemas kini model dengan teknologi yang lebih canggih, menunjukkan komitmen jenama ini kepada kualiti.

Susulan pelancaran GWM TANK300 di Timur Tengah, pelancaran model utama GWM TANK500 menunjukkan langkah selanjutnya diambil oleh GWM untuk memperluaskan susun atur pasaran globalnya. GWM turut merancang untuk melancarkan GWM TANK500 di Arab Saudi, Oman, Bahrain dan Kuwait serta bermatlamat untuk mewujudkan operasi setempat di rantau itu bagi meningkatkan lagi imej jenama globalnya.

 

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation New products/services