omniture

Pelancaran Pasaran Serantau Terkini TCL Mendedahkan TV QLED LED Mini Baharu dan Perkakas Rumah Pintar Tersedia di Timur Tengah dan Afrika

TCL Electronics
2023-06-02 03:19 29

Sebagai sebahagian daripada strategi Globalisasinya, TCL melancarkan teknologi untuk membolehkan pelanggan di MEA mengamalkan gaya hidup lebih pintar, lebih sihat dan terhubung lebih lancar

DUBAI, UAE, 2 Jun 2023 /PRNewswire/ -- TCL, jenama TV 2 TERBAIK dunia dan jenama TV 98-inci TERBAIK, hari ini mendedahkan produk berbilang kategorinya yang terkini untuk pasaran Timur Tengah dan Afrika (MEA) di majlis pelancaran eksklusif di Dubai. TCL turut mengumumkan perkongsiannya dengan Arsenal Football Club sebagai Rakan Kongsi Elektronik Pengguna Serantau Rasmi Kelab ini, dengan acara tersebut diserlahkan dengan penampilan khas oleh Legenda Arsenal, Robert Pires.

Bermula dengan kualiti gambar menakjubkan menerusi TV LED Mini dan QLED Siri C 2023 dan rangkaian perkakas dan penyaman udara domestik dinaik taraf yang menarik bagi mengupayakan gaya hidup lebih sihat dan lebih mudah, barisan produk terkini TCL menekankan komitmennya untuk membawakan kepada pelanggan di rantau ini dengan yang terbaik dalam inovasi teknologi.

Meluaskan Imaginasi Melalui Teknologi Paparan Inovatif – Memperkenalkan Generasi Terkini LED Mini TCL dengan siri C 2023

Perintis dan peneraju teknologi LED Mini, TCL dengan bangganya memperkenalkan teknologi generasi terkininya kepada khalayak di MEA. C845 merupakan penambahan terbaru kepada barisan TV Mini LED TCL dengan lebih banyak zon pemalapan setempat berfungsi bagi memberikan LED Mini dengan dimensi kontras tak terhingga, kecekapan tinggi dan sudu bercahaya lebar bagi mencapai tahap kecerahan tertinggi setakat ini iaitu HDR 2000 nit yang tersedia pada model-model 55'', 65'', 75'' dan 85'' serta disokong oleh AiPQ Processor 3.0, C845 TCL membawakan kualiti gambar luar biasa digabungkan dengan bunyi yang tiada tandingan hasil daripada Dolby Vision IQ & Dolby Atmos.

Warna yang Tidak Terkira Banyaknya dan Hiburan Tidak Berkesudahan dengan TV QLED C745 & C645 Serba-Baharu

Bagi pemain, TCL memperkenalkan C745 TCL baharunya yang menggabungkan QLED dengan teknologi Pemalapan Setempat Tindanan Penuh, HDR 4K dan kadar segar semula peneraju industri VRR 144Hz dan Pemecut Permainan 240Hz untuk kualiti gambar HDR yang lancar, tajam dan berwarna-warni. C645 TCL baharu dilengkapi dengan teknologi QLED TCL untuk ekspresi warna luar biasa, diperakui oleh Dolby Vision dan Dolby Atmos dan disertakan dengan Pemecut Permainan 120 HZ, menjadikannya pilihan nilai yang sangat baik baut mereka yang tercari-cari pengalaman hiburan rumah yang berkualiti tinggi dan interaktif.

Perkakas Domestik Dipertingkat untuk Gaya Hidup Lebih Sihat, Lebih Mudah

TCL turut melancarkan rangkaian produk baharu untuk rumah dengan tujuan untuk mengupayakan gaya hidup terhubung yang lancar dan sihat. Jenama ini berkongsi perkembangan terkini tentang Penyaman Udara, menerusi siri Gentle Cool inovatifnya dengan reka bentuk baharu yang bergaya, minimalis dan mudah dibersihkan. TCL turut memperkenalkan tawaran peti sejuk dan mesin basuh terkini kepada penggunanya untuk membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih sihat dan senang.

Mengulas tentang pelancaran baharu itu, Cik Sunny Yang, Pengurus Besar TCL MEA berkata, "Kami berbesar hati untuk memperkenalkan generasi terkini TV LED Mini dan QLED TCL dalam pasaran Timur Tengah dan Afrika. Tujuan kami adalah untuk memenuhi keperluan pengguna kami yang semakin berkembang dan menawarkan teknologi canggih yang terkini bagi memberi pengalaman hiburan premium dan luar biasa kepada mereka. Kami juga tidak sabar-sabar untuk memaparkan tawaran terkini kami bagi perkakas rumah yang akan menjadikan kehidupan lebih mudah."

"Pertumbuhan TCL di rantau MEA benar-benar luar biasa sepanjang tahun lalu." Mohammed Minhajuddin, Pengurus Kanan Pemasaran TCL MEA menyatakan, "Kami memperluaskan portfolio TV kami di rantau MEA dengan menawarkan lebih banyak pilihan untuk disesuaikan dengan teknologi yang sepadan dengan keperluan dan minat mereka. Kualiti produk kami dapat dilihat dengan jelas memandangkan ia telah memainkan peranan penting dalam melonjakkan cita-cita kami untuk masa depan dengan lebih jauh lagi."

Tawaran baharu ini benar-benar selari dengan ciri khusus jenama TCL "Menginspirasikan Kehebatan" ("Inspire Greatness") yang bukan sahaja menyampaikan pesanan korporat semasa jenama ini tetapi turut merangkumi jaminan dan aspirasi TCL untuk menawarkan nilai kepada pengguna global yang mendorong dan mengupayakan mereka untuk berusaha mencapai kecemerlangan dalam segenap aspek kehidupan mereka, melangkaui tawaran produk semata-mata.

Mencetuskan Keghairahan; TCL Menonjolkan Penajaan Baharu untuk Pasaran MEA

TCL telah lama menjadi jaguh sukan, menjadikannya bahagian penting dalam strategi globalnya tatkala ia menyasarkan untuk mengukuhkan pengaruhnya di seluruh dunia. Dalam Pasaran MEA, TCL mendedahkan perkongsiannya dengan salah satu kelab bola sepak yang paling ikonik di dunia – Arsenal FC, sebagai Rakan Kongsi Elektronik Pengguna Serantau Rasminya.

Selain daripada hal ini, TCL memperluaskan portfolio kriketnya di rantau ini dengan perkongsian bersama Abu Dhabi Knight Riders, Peshawar Zalmi dan Pasukan Kriket Pakistan. Di peringkat global, TCL telah menjalin beberapa perkongsian yang sedia mantap bersama beberapa pasukan bola sepak yang terkemuka di dunia, termasuk pasukan kebangsaan Sepanyol dan Itali serta merupakan rakan kongsi rasmi liga sukan yang paling popular di AS, NFL.

Dalam bidang permainan video, TCL teruja untuk memantapkan perkongsian sekian lama mereka dengan Call of Duty ® sebagai Rakan Kongsi Rasmi. TV TCL dipuji untuk prestasi permainannya, membolehkan pemain memperoleh pengalaman yang lebih imersif, dengan perincian yang jelas, pergerakan lancar dan jeda input yang amat perlahan. Lebih banyak aktiviti dengan francais permainan video yang terkemuka di dunia ini akan diumumkan pada tarikh-tarikh akan datang.

Sebagai pencipta terkemuka bagi teknologi berprestasi tinggi dan canggih, TCL menyedari bahawa TV mereka mempunyai kelebihan unik untuk berhubung dan memberi inspirasi kepada orang ramai di seluruh dunia dengan mengasyikkan mereka dalam aksi yang terpancar pada skrin.

Latar Belakang TCL Electronics 

TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pesat dan pengusaha yang terkemuka dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada televisyen, audio dan peralatan kediaman pintar.

 

 

Source: TCL Electronics
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Retail Sports Contracts New products/services