omniture

ZETRIX MELANCARKAN PERKHIDMATAN IDENTITI DIGITAL ("DIS") YANG SELARI DENGAN W3C SEMASA PELANCARAN SUPERNODE ANTARABANGSA XINGHUO

Zetrix
2023-06-02 11:34 87

DIS Diperkenalkan untuk Membezakan Interaksi Manusia daripada Kecerdasan Buatan (AI)

PETALING JAYA, Malaysia, 2 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Zetrix, platform blok rantai Lapisan-1 oleh MY E.G. Services Berhad ("MYEG") hari ini telah mengumumkan pelaksanaan Supernode Antarabangsa Xinghuo bersama-sama dengan pengenalan Perkhidmatan Infrastruktur dan Kemudahan Blok Rantai Xinghuo ("Xinghuo BIF") iaitu Perkhidmatan Penamaan Xinghuo Beta ("BNS") dan Perkhidmatan Identiti Digital Xinghuo, yang mematuhi Piawaian Antarabangsa W3C sepenuhnya.

TS Wong, Pengarah Urusan Kumpulan MY E.G. Services Berhad (Imej di sudut atas kanan) dan Ao Li, Ketua Jurutera China Academy of Information and Communications Technology (CAICT) (Imej di sudut atas kiri) telah melancarkan perkhidmatan penamaan Infrastruktur dan Kemudahan Rantaian Blok Xinghuo (Xinghuo Blockchain Infrastructure and Facility, "Xinghuo BIF”) semalam, iaitu Perkhidmatan Penamaan Xinghuo Beta (Xinghuo Beta Name System, "BNS") dan Perkhidmatan Identiti Digital Xinghuo, (Xinghuo Digital Identity Service “DIS”).
TS Wong, Pengarah Urusan Kumpulan MY E.G. Services Berhad (Imej di sudut atas kanan) dan Ao Li, Ketua Jurutera China Academy of Information and Communications Technology (CAICT) (Imej di sudut atas kiri) telah melancarkan perkhidmatan penamaan Infrastruktur dan Kemudahan Rantaian Blok Xinghuo (Xinghuo Blockchain Infrastructure and Facility, "Xinghuo BIF”) semalam, iaitu Perkhidmatan Penamaan Xinghuo Beta (Xinghuo Beta Name System, "BNS") dan Perkhidmatan Identiti Digital Xinghuo, (Xinghuo Digital Identity Service “DIS”).

Pelaksanaan perkhidmatan ini dapat dilaksanakan selepas enam bulan dari tarikh perjanjian antara MYEG dan rangkaian blok rantai kebangsaan China, Xinghuo BIF ditandatangani. Perjanjian tersebut membolehkan MYEG memiliki dan mengendalikan Supernode Antarabangsa Xinghuo. Ini merupakan satu lagi langkah progresif ke depan dalam membawa kes penggunaan sebenar ke dalam blok rantai Zetrix.

World Wide Web Consortium ("W3C") adalah sebuah komuniti antarabangsa yang membangunkan piawaian terbuka untuk memastikan perkembangan jangka panjang Web. Perkhidmatan Identiti Digital Xinghuo mematuhi piawaian W3C terkini dan adalah perkhidmatan identiti terdesentralisasi yang membolehkan pengesahan identiti dalam talian secara tepat dan tidak boleh diubah. Kini, perkhidmatan sedemikian terbukti sangat penting dalam dunia ini di mana terdapat peningkatan keperluan bagi pengesahan akaun dalam talian sama ada milik manusia sebenar atau Kecerdasan Buatan ("AI").

Pelaksanaan Perkhidmatan Identiti Digital di Zetrix berlaku seiring dengan inisiatif serupa yang sedang dipertimbangkan secara global sebagai cara untuk mengesahkan identiti manusia dalam talian.

"Kami gembira dapat mencapai kejayaan penting ini dalam tempoh masa yang singkat. Supernode-supernode Antarabangsa Xinghuo adalah sangat penting dalam menyediakan  perhubungan transaksi rentas sempadan dengan Xinghuo BIF dan lebih banyak perkhidmatan lain yang akan diperkenalkan untuk memudahkan perdagangan global," jelas Dr. Jin Jian, Pengarah, Institute of Industrial Internet and Internet of Things Institute (IIIIoT), CAICT.

"Dalam dunia baru dengan Kontrak Pintar yang digerakkan oleh AI, pengecam terpencar ("DID") seperti Perkhidmatan Identiti Digital kami akan digunakan secara meluas untuk mengenal pasti sifat interaksi dalam talian kerana proses untuk membezakan interaksi antara manusia dan ejen AI telah menjadi semakin sukar. Kami gembira kerana dapat menjadi antara yang terawal untuk memperkenalkan DID yang mematuhi piawaian W3C bagi memastikan keserasian dan kebolehoperasian dengan platfom lain," kata TS Wong, Pengarah Kumpulan MYEG.

Xinghuo BIF adalah infrastruktur blok rantai global yang diwujudkan untuk dijadikan asas digital yang boleh dipercayai di dunia. Ia merangkumi sekurang-kurangnya tujuh supernode yang meliputi kawasan utama di China dan 29 nod utama yang menyediakan perkhidmatan kepada pelbagai industri dan bandar. Kira-kira 100 juta pengecam blok rantai diselesaikan setiap hari di Xinghuo BIF, menjadikannya sebagai platfom blok rantai yang paling aktif digunakan secara global.

Melalui Supernode Antarabangsa Xinghuo yang dioperasikan oleh Zetrix, aset dan transaksi dalam blok rantai kini dapat bergerak dengan lancar di seluruh blok rantai Zetrix dan Xinghuo, sekali gus menghubungkan kerajaan, perniagaan, dan individu ke dalam ekosistem blok rantai global.

Perkhidmatan Identiti Digital Xinghuo memastikan kebolehoperasian identiti digital yang dikeluarkan melalui platform identiti digital Zetrix, Zidentity ("ZID") dengan identiti digital yang dikeluarkan di Xinghuo BIF. BNS pula adalah ciri yang membolehkan pengguna mendaftar dan meletakkan nama yang dikehendaki kepada alamat blok rantai secara mudah yang umumnya  hanya rantaian huruf alfanumerik.

Pengumuman pelaksanaan hari ini adalah kes penggunaan sebenar terbaru yang diperkenalkan oleh MYEG di Zetrix dan sebagai usaha untuk menghubungkan China dengan seluruh dunia. Pada bulan Mac, MYEG menandatangani perjanjian kerjasama dengan East Logistic-Link Co., Ltd, sebuah agensi milik Pengurusan Kastam Jeneral Republik Rakyat China. Perjanjian ini adalah untuk bersama-sama menyediakan rangkaian perkhidmatan bagi memudahkan perdagangan rentas sempadan termasuk sijil asal dan sijil berkaitan perdagangan antarabangsa lain di platform blok rantai Zetrix. Perkhidmatan ini akan membolehkan semua data dalam sijil-sijil ini tersedia dengan tepat secara langsung, sekali gus meningkatkan kecekapan pengiraan duti dan pelepasan kastam.

Tentang Zetrix

Zetrix adalah blok rantai awam lapisan-1 yang memudahkan kontrak pintar dan memberikan privasi, keselamatan, dan skalabiliti. Infrastruktur kriptografi Zetrix boleh diperkenalkan dalam pelbagai industri untuk menghubungkan kerajaan, perniagaan, dan pekerja kepada ekonomi berasaskan blok rantai global.

Dioperasi oleh MY E.G. Services Bhd, integrasi rentas sempadan dan rentas rangkaian dengan Blok Rantai China membolehkan Zetrix berfungsi sebagai gerbang blok rantai yang memudahkan perdagangan global dengan melaksanakan perkhidmatan Web3 penting seperti Blockchain-based Identifiers (BID) dan Verifiable Credentials (VC). Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zetrix.com.

Mengenai MY E.G. Services Bhd ("MYEG")

YEG adalah syarikat perkhidmatan digital utama di Malaysia. Beroperasi semenjak tahun 2000 sebagai penyedia perkhidmatan e-kerajaan utama, MYEG memainkan peranan utama dalam mendorong perubahan teknologi di Malaysia dan serantau, membawa inovasi yang pelbagai dan lengkap termasuk penyampaian perkhidmatan kerajaan utama dalam talian, pelbagai tawaran komersial dalam bidang imigresen, automotif, perkhidmatan kesihatan dan kewangan, dan lain.

Komited untuk terus maju di barisan hadapan revolusi digital wilayah ini, MYEG telah memanfaatkan potensi teknologi blok rantai bagi meningkatkan semua aspek kehidupan dan secara aktif mempelopori penggunaannya di pasaran utama. Di luar Malaysia, MYEG mempunyai operasi di pasaran serantau utama lain seperti Filipina dan Indonesia.

Mengenai Xinghuo BIF

Xinghuo BIF adalah infrastruktur blok rantai negara yang disokong oleh Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat dan dikendalikan oleh Academy of Information and Communications Technology (CAICT). Ia menyediakan perkhidmatan terutamanya kepada Internet perindustrian, membangunkan pengecam Internet, meningkatkan penggunaan blok rantai, dan menggerakkan ekonomi. Dengan strategi pembinaan dan model tadbir urus yang terbuka, Xinghuo BIF berkedudukan sebagai infrastruktur blok rantai negara yang menyediakan perkhidmatan.

 

Source: Zetrix
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications New products/services Blockchain