omniture

Wrigley's DOUBLEMINT Mengeratkan Hubungan Belia Melalui Aktiviti Sukan Yang Sihat

The Wrigley Company
2014-04-11 17:54 188

KUALA LUMPUR, Malaysia, 11 April 2014 /PRNewswire/ -- Skuasy ialah sukan yang pantas berkembang di Malaysia dan mungkin akan dijadikan acara dalam sukan Olimpik 2020 akan datang. Dato' Nicol David, pemain skuasy wanita No.1 dunia dan juara dunia ketujuh kali, ialah pengalak sukan skuasy untuk golongan belia Malaysia – menunjukkan bagaimana dengan ketekunan dan dedikasi, mereka turut mempunyai peluang untuk menjadi pemain skuasy profesional terbaik.

DOUBLEMINT dengan bangganya menaja akademi skuasy bagi merekrut lebih ramai pemain yang berbakat dan mempunyai harapan tinggi, dan turut menggalakkan golongan muda yang berbakat untuk memulakan sesuatu yang segar sekarang! DOUBLEMINT gemar mengeratkan hubungan orang ramai melalui Doublemint Fresh Breath -- jadi acara ini merupakan peluang yang bagus untuk membawakan orang muda bersama bagi menyertai aktiviti yang sihat.

Skuasy mampu menarik perhatian, menggerakkan dan mengilhamkan golongan remaja kita menuju gaya hidup yang sihat. Jadi, mulakan dengan mencabar diri anda dalam skuasy dan jadilah pemain profesional.

"DOUBLEMINT menyediakan anda untuk menghadapi sebarang kemungkinan…siapa tahu, mungkin anda bakal menjadi pemain hebat seperti Dato' Nicol David satu hari nanti!" kata Lai Yoon Chan, Pengarah Pemasaran The Wrigley Company (M) Sdn. Bhd.

Latar belakang Wrigley

Wm. Wrigley Jr. Company ialah peneraju konfeksi yang diiktiraf dengan pelbagai jenis tawaran produk termasuk gula-gula getah, gula-gula mampat berperisa pudina, gula-gula keras dan kenyal serta lolipop. Wm. Wrigley Jr. Company beroperasi di lebih 40 negara dan mengedarkan jenama-jenama terkenal ke lebih 180 negara. Tiga jenama terkenal -- Wrigley's Spearmint®, Juicy Fruit®, dan Altoids® -- mempunyai warisan lebih satu kurun. Jenama lain yang menjadi kegemaran ramai termasuklah Orbit®, Extra®, 5®, Skittles®, Doublemint®, Starburst®, Freedent®, Airwaves®, Life Savers®, Eclipse®, serta Winterfresh®. Wrigley beribu pejabat di Chicago, Illinois dan beroperasi sebagai syarikat subsidiari Mars, Incorporated, yang bertapak di McLean, Virginia. Mars ialah syarikat milikan keluarga bernilai $30 bilion yang menghasilkan konfeksi, makanan dan juga produk penjagaan haiwan peliharaan yang menerajui dunia dan mempunyai perniagaan minuman serta kesihatan & pemakanan yang berkembang pesat. Di Malaysia, Wrigley mengedarkan sepuluh jenama gula-gula getah, gula-gula mampat berperisa pudina dan gula-gula. Semua jenama ini termasuklah Doublemint®, Extra®, Five Gum®, Juicy Fruit®, Spearmint®, Boomer®, Skittles®, Sugus®, Pim Pom® dan juga Eclipse®.

SUMBER: The Wrigley Company

Source: The Wrigley Company
Keywords: Health Care/Hospital Sporting Events Sports Licensing/marketing agreements