omniture

Slenergy Lancar Penyelesaian Tenaga Kediaman iShare-Home di Munich

SLENERGY
2023-06-03 00:00 41

MUNICH, 2 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Pada 31 Mei, Slenergy menganjurkan sebuah majlis pelancaran jenama luar biasa dan produk baharu di Munich, Jerman. Semasa acara itu, Slenergy memperkenalkan secara rasmi penyelesaian tenaga kediaman inovatifnya, iShare-Home, dengan cita-cita untuk membantu pelanggan mengurangkan kos tenaga, mencapai kebebasan tenaga dan meminimumkan jejak karbon mereka.

Group Photo of Slenergy's "Lighting Up The Future" Event
Group Photo of Slenergy's "Lighting Up The Future" Event

Para tetamu yang dihormati daripada industri tenaga baharu, institusi berprestij, wakil media dan rakan kongsi yang dihargai dari seluruh Eropah menghadiri acara itu, menjadikannya detik yang benar-benar bersejarah untuk Slenergy. Keseluruhan majlis itu menunjukkan komitmen syarikat ini terhadap masa depan yang lestari. Lakaran menawan yang menggambarkan kebebasan tenaga dan penghormatan yang tulus kepada kuasa cahaya mencetuskan suasana yang hangat dan menarik.

Acara tersebut dimulakan dengan ucapan video penuh inspirasi yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Slenergy, Pensee Liu. Beliau menekankan kepentingan inovasi teknologi, kawalan kos dan kecekapan sistem dalam memacu pembangunan penyelesaian tenaga yang mampan, berpatutan dan andal. Melalui inovasi produk, penyepaduan rantaian industri vertikal dan kelebihan pembuatan jitu, Slenergy menyasarkan untuk menyediakan penyelesaian tenaga pintar yang lebih mudah, lebih cekap, andal dan berkesan kos kepada pelanggan, bagi menjamin ketenangan minda dan keselesaan mereka.

Sorotan acara itu ialah pelancaran penyelesaian tenaga kediaman iShare-Home yang amat dinanti-nantikan. iShare-Home ialah penyelesaian semua-dalam-satu yang membawakan reka bentuk sistem terpiawai, reka bentuk produk modular, pemasangan mudah dan pengurusan tenaga pintar. Sistem inovatif ini termasuk penyongsang hibrid, storan tenaga, set kabel dan sistem pemantauan pintar yang menjejak data waktu sebenar dan boleh dinaik taraf secara jarak jauh melalui platform awan.

Semasa ucapan beliau, Touareg Tong, Presiden Pusat Jualan Luar Negara Slenergy, menyatakan kepercayaan kukuh syarikat ini terhadap cahaya dan komitmennya yang tidak berbelah bahagi kepada tenaga bersih. Beliau menegaskan bahawa usaha Slenergy yang berterusan terhadap inovasi teknologi dan pematuhan kepada standard pembuatan jitu berakar umbi dalam visi syarikat untuk mencapai masa depan yang lebih cerah dan lebih lestari.

Slenergy memperluaskan dengan aktif jangkauan pasarannya dan berusaha untuk menjadikan manfaat tenaga hijau boleh dicapai oleh khalayak yang lebih luas. Syarikat ini akan mengambil bahagian dalam Intersolar Europe mulai 14 hingga 16 Jun. Pengunjung boleh meninjau Slenergy di reruai B3.370, yang mana rangkaian produk yang komprehensif akan dipamerkan.

Sebagai pengusaha yang berwawasan dalam industri tenaga baharu, Slenergy berdedikasi untuk menaik taraf sektor ini dengan standard pembuatan jitu dan mencipta produk yang mendatangkan kepuasan dengan teknologi inovatif. Kejayaan pelancaran di Munich, Jerman, menandakan satu pencapaian yang penting untuk Slenergy pada laluannya untuk menjadi penyedia penyelesaian tenaga pintar mampan yang terkemuka di dunia.

 

Source: SLENERGY
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Household/Consumer/Cosmetics Oil/Energy Utilities New products/services