KUALA LUMPUR, Malaysia, 2 Jun 2023 /PRNewswire/ -- KL Wellness City (KLWC), projek perbandaran dibina khas yang pertama di Asia Tenggara untuk memupuk gaya hidup yang bersepadu sepenuhnya dengan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan, dilancarkan secara rasmi pada hari ini, di sebuah majlis yang dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dr Zaliha Mustafa di KL Wellness City Gallery, Bukit Jalil.
Bandar Penjagaan Kesihatan dan Kesejahteraan Dibina-Khas Pertama di Asia Tenggara, KL Wellness City Dilancar Secara Rasmi
"KLWC direka bentuk secara bertujuan dengan visi hab kesejahteraan 360-darjah yang berpusatkan sekitar perbandarannya, merangkumi semua aspek penjagaan perubatan, kesihatan, kesejahteraan, kecergasan dan perniagaan, lengkap dengan tawaran kediaman, runcit serta komersial," kata Pengarah Urusan KL Wellness City, Dato' Dr Colin Lee.
Pada nilai pembangunan kasar (GDV) RM11 bilion dan mencakupi seluas lebih 26.49 ekar, pembangunan tersebut membawakan sebuah ekosistem yang disediakan untuk kehidupan perubatan dan kesejahteraan bertaraf dunia sebagai terasnya – The Nobel Healthcare Park, KL International Hospital (KLIH), makmal inovasi, kemudahan R&D klinikal, menara pejabat, pusat peranginan persaraan, Hab Penjagaan Kesihatan, pangsapuri berservis bertumpukan kesejahteraan, Central Park dan banyak lagi. Dalam Fasa 1 KLWC, pembinaan KLIH dan The Nobel Healthcare Park sedang giat dijalankan dan disasarkan untuk dibuka pada tahun 2026.
Perintis di Asia Tenggara, KLWC akan memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kedudukan dan rekod prestasi Malaysia sebagai destinasi utama untuk perjalanan perubatan dan wahah sehenti yang unggul untuk kehidupan yang sihat buat pengembara domestik dan antarabangsa.
"Pelan induk KLWC menggabungkan ribuan kemudahan dan kediaman di kawasan perbandarannya untuk menerima negara yang semakin tua dengan kemudahan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi seperti penjagaan warga emas, pusat peranginan persaraan serta kehidupan secara berdikari dan dibantu," tambah Dato' Dr Lee.
KLWC dibuka untuk kolaborasi dengan rakan-rakan kongsi serantau dan antarabangsa untuk bersama-sama membangunkan bandar penjagaan kesihatan dan kesejahteraan ini.
Hospital KL International (KLIH) utama, merupakan yang pertama di Asia Tenggara yang menawarkan ekosistem perkhidmatan penjagaan kesihatan yang holistik dan bersepadu sepenuhnya termasuk kemudahan kesejahteraan dan kecergasan merentas pelbagai bidang dalam perubatan, menerusi makmal R&D dan kemudahan untuk kajian klinikal.
Diluluskan sebagai hospital tertiari dengan 624 buah katil, boleh diskalakan hingga kapasiti 1,000 buah katil, KLIH bersedia untuk menjadi setanding dengan institusi-institusi terkenal seperti Bumrungrad International Hospital Thailand dan Mount Elizabeth Novena di Singapura.
Dengan sokongan daripada banyak agensi kerajaan utama di Malaysia, KLIH di dalam KLWC akan dibangunkan dengan pelaburan awal sebanyak RM860 juta, mencipta lebih 3,000 peluang pekerjaan untuk industri ini. Selain daripada KLIH, beberapa institusi perubatan lain termasuk dalam rancangan KLWC yang akan dibangunkan secara progresif.
"Komitmen KLWC bagi meninggikan standard untuk kesihatan dan kesejahteraan melalui kehidupan berkait rapat dengan pendekatan seluruh-sistem Kementerian Kesihatan. Kami percaya bahawa hospital ini akan menarik minat pakar-pakar berbilang disiplin yang terkemuka untuk menjalankan praktik kedoktoran di lokasi hospital tunggal, memendekkan masa pemulihan baik untuk pesakit tempatan mahupun asing, mengoptimumkan penjagaan pesakit dan juga pengalaman.
Kami memuji usaha KLWC untuk mengekalkan kedudukan utama kami di rantau ini dan di peringkat global. Kami akan terus mengendors dan menyokong KLWC serta komitmen KLIH," kata YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: http://klwellnesscity.com/