omniture

Huawei Pamerkan Penyelesaian Pintar Kereta Api Masa Depan di Asia Pacific Rail 2023

Huawei
2023-06-05 08:43 63

BANGKOK, 5 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Sebagai penyedia penyelesaian ICT terkemuka dunia, Huawei mempamerkan Penyelesaian Pintar Kereta Api Masa Depan canggihnya di Asia Pacific Rail 2023, acara kereta api yang paling berpengaruh di rantau ini. Sebagai Penaja Berlian, Huawei menunjukkan komitmennya untuk menyampaikan sistem kereta api yang pintar, cekap dan mampan di seluruh rantau APAC.

Rantau Asia-Pasifik, menempatkan 4.2 bilion penduduk (61% daripada populasi global), menyaksikan pengembangan dan urbanisasi yang pesat, membawa kepada peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan pengangkutan yang lebih baik. Menjelang tahun 2030, perbelanjaan IT global dalam kereta api diunjurkan mencecah $57.9 juta, dengan pelaburan agresif dalam pembangunan kereta api diperhatikan di rantau APAC. Beberapa negara di rantau ini memanfaatkan penyelesaian ICT baharu untuk menjadikan kereta api lebih selamat, lebih hijau dan lebih cekap.

"Dengan pengalaman selama 20 tahun dalam industri rel, khususnya dalam fokus kami baru-baru ini terhadap transformasi digital, Huawei menakrifkan dengan jelas misi kami dalam industri ini, iaitu untuk membentuk semula sambungan, membina semula platform dan mengupayakan kecerdasan," kata En. Xiang Xi, Naib Presiden Unit Perniagaan Pengangkutan Global Huawei semasa ucaptama beliau.

Industri rel sedang mengalami transformasi digital yang pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan Huawei komited untuk meningkatkan keselamatan dan kecekapan dalam operasi dan penyelenggaraan rel menerusi penyelesaian ICT terkininya. Memanfaatkan teknologi digital termaju termasuk Tangkapan dan Analisis Data, Sistem Autonomi, Kecerdasan Buatan (AI), Pembelajaran Mesin, FRMCS, MSN, Rangkaian Stesen, Storan serta IoT, Huawei mentransformasikan bagaiman sistem pengangkutan diurus, digunakan dan dicipta semula. Kemajuan teknologi memberi tumpuan secara berpusat kepada penyepaduan lancar pelbagai mod pengangkutan serta penyepaduan dengan aspek masyarakat yang lain.

"Stesen pintar merupakan penyelesaian inovatif untuk meningkatkan pengalaman penumpang dan kecekapan operasi, ia dapat menyatukan semua data dan maklumat daripada semua aplikasi di stesen. Infrastruktur ICT baharu merupakan asas untuk stesen pintar. Kita harus menggantikan ICT terpencil seperti pelayan, storan dan rangkaian, malah data dan sebagainya dengan platform digital berkuasa awan," kata En. Steven Xiong, Ketua Pegawai Teknologi Industri Rel Huawei Enterprise BG.

Dengan fokus untuk menangani cabaran penting dan peluang dalam kedua-dua talian utama dan metro, Huawei menggunakan ICT terkini bagi membantu bandar-bandar di Asia Pasifik menaik taraf infrastruktur mereka, mencipta momentum baharu untuk pembangunan bandar dan APAC digital.

"Hari ini, kebanyakan kereta api masih beroperasi menggunakan rangkaian tanpa wayar lebar jalur sempit untuk penghantaran dan isyarat rel seperti GSM-R atau Tetra Radio dan teknologi telah lapuk dan tidak dapat menyokong keperluan rel pintar, FRMCS ialah rangkaian komunikasi tanpa wayar baharu untuk kereta api, menggunakan teknologi 4G yang asalnya daripada penyedia perkhidmatan untuk menyediakan sambungan kereta api ke darat yang amat andal dan dengan lebar jalur tinggi," kata En. Jackie Miao, Pengarah Jabatan Akaun Pengangkutan Perusahaan Huawei Asia Pasifik.

Huawei memaparkan beberapa amalan terbaik dan penyelesaian canggihnya semasa acara itu, seperti IP dan tulang belakang komunikasi Optik, yang membentuk rangka sistem kereta api masa depan; Sistem Komunikasi Mudah Alih Kereta Api Masa Depan (FRMCS) dan Wi-Fi 6, yang memberi sambungan jalur lebar tanpa wayar antara kereta api dan darat; IT Pintar yang membawa pengalaman kolaborasi baharu dan memajukan storan dengan teknologi baharu Huawei bagi memerangi perisian tebusan; dan Penyelesaian Stesen Pintar yang mengoptimumkan pengalaman O&M dan penumpang.

"Jaringan kereta api moden menuntut keselamatan tinggi, lebar jalur tinggi dan automasi pintar. Teknologi optik inovatif Huawei mengupayakan penaiktarafan yang lancar dan mudah sekali," kata En. Pan Chock Teck, Pengurus Kanan Huawei Asia Pacific Enterprise Transportation Railway Solution.

Tahun ini, Huawei menganjurkan persidangan peringkat tinggi bersama pemimpin pemikiran, pihak berkepentingan utama, pelanggan penting dan organisasi berwibawa di rantau ini semasa acara itu bagi meneroka kemajuan berpotensi dalam industri rel di rantau APAC.

Huawei menubuhkan Unit Perniagaan Penerbangan & Rel (Aviation & Rail BU) yang tekal meninjau pendigitalan industri dan inovasi teknologi dengan memfokuskan pada senario industri. Ketika ini, Huawei menawarkan perkhidmatan kepada lebih 130 lapangan terbang dan syarikat penerbangan di seluruh dunia, lebih daripada 300 laluan rel bandar merentas lebih 70 bandar dan lebih daripada 150,000 km landasan kereta api.

 

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Railroads and Intermodal Transportation Transportation