omniture

Ekspo Rumpai Laut Antarabangsa Bermula di Pulau Wando

Perasmian Ekspo Rumpai Laut
FOUNDATION OF WANDO SEAWEEDS EXPO COMMITTEE
2014-04-14 13:19 125

WANDO, Korea Selatan, 14 April 2014 /PRNewswire/ -- Pada hari Jumaat, hampir 5,000 pelancong, pegawai kerajaan serta ahli perniagaan dari seluruh dunia telah berkumpul di pulau ini, yang terletak di luar pesisiran pantai selatan Korea Selatan untuk menghadiri ekspo antarabangsa bertemakan rumpai laut yang julung kali diadakan di dunia.

(Foto: http://photos.prnasia.com/prnh/20140411/8521402165-a )
(Foto: http://photos.prnasia.com/prnh/20140411/8521402165-b )

Ekspo Rumpai Laut Wando 2014 yang bertemakan "rumpai laut dan peranannya dalam masa hadapan manusia," telah bermula dan akan berlangsung selama sebulan di Pulau Wando. Di majlis perasmiannya, Kim Jong-sik, gabenor Wando dan ketua jawatankuasa penganjur acara itu, telah berkata matlamat ekspo itu adalah untuk menggalakkan pembangunan industri rumpai laut. "Mari kita melakar sejarah dengan menganjurkan ekspo bertemakan rumpai laut yang pertama di dunia dengan jayanya seraya membangunkan industri rumpai laut serta mendominasi pasaran rumpai laut antarabangsa," kata Kim.

Kira-kira 60 syarikat dari lebih 20 negara telah mempamerkan teknologi, produk, bahan, serta perkhidmatan baharu yang berkaitan dengan industri rumpai laut di dewan pameran utama ekspo itu. Selain dewan utama, empat dewan lain seperti "tapak untuk mengalami sendiri", telah dibuka agar para pelawat dapat menyentuh dan melihat pelbagai rumpai laut seperti kelp, sesawi laut, dan juga rumpair merah. Pelbagai bengkel, pameran serta forum akan diadakan semasa ekspo yang berlangsung selama 31 hari itu, termasuk perbincangan antara pakar dan pegawai daripada syarikat yang berurusan dengan tumbuhan marin tentang hala tuju masa hadapan industri rumpai laut, menurut pihak penganjur.

Jawatankuasa itu menjangka bilangan pengunjung akan melebihi sasarannya sebanyak 700,000 orang sepanjang acara itu, termasuk kira-kira 640,000 warga tempatan dan 30,000 warga asing. Jawatankuasa penganjur telah berkata ekspo itu merupakan peluang yang hebat untuk menerokai Wando memandangkan para pemegang tiket layak mendapat kemasukan percuma ke beberapa tarikan pelancong berdekatan pulau itu.

Maklumat Perhubungan:

khj@yna.co.kr

Hwang in-uk
+82-61-550-5426
einuk@korea.kr

SUMBER  FOUNDATION OF WANDO SEAWEEDS EXPO COMMITTEE

Source: FOUNDATION OF WANDO SEAWEEDS EXPO COMMITTEE
Keywords: Agriculture Amusement Parks and Tourist Attractions Food/Beverages Leisure/Travel/Hotels Travel Trade show news