omniture

SENNHEISER BAKAL PAMER PENYELESAIAN TERKINI DI BROADCASTASIA 2023

Sennheiser Electronic Asia Pte Ltd
2023-06-06 14:02 45

SINGAPURA, 6 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Sennheiser dan Neumann akan mempamerkan rangkaian penyelesaian audio terbarunya bagi tujuan penyiaran, pembikinan filem, rakaman studio dan penciptaan kandungan di BroadcastAsia 2023 yang akan datang. Acara itu yang akan berlangsung di Singapura mulai 7 – 9 Jun 2023, ialah tempat pertemuan terbesar Asia untuk penyiar, rakan media dan golongan profesional hiburan serta merupakan sebahagian daripada acara Asia Tech x Singapore (ATxSG) yang lebih besar. Reruai Sennheiser (6D1-04) terletak di dewan 6, Singapore EXPO.

Sennheiser – Rangkaian Evolution Wireless Digital

Sennheiser akan mempamerkan penyelesaian tanpa wayarnya yang terkini daripada rangkaian Evolution Wireless Digital yang popular, EW-DP, EW-DX dan EW-D. Dibina dengan mengutamakan golongan profesional audio, pembikin filem dan pemuzik, rangkaian produk ini berjanji untuk mempermudah proses persediaan sekali gus menyampaikan sambungan UHF yang paling andal serta kualiti audio terunggul dengan audio digital 24-bit.

EW-DP ialah sistem mikrofon tanpa wayar UHF digital sepenuhnya dengan reka bentuk mudah alih dan kualiti audio tiada tandingan
EW-DP ialah sistem mikrofon tanpa wayar UHF digital sepenuhnya dengan reka bentuk mudah alih dan kualiti audio tiada tandingan

Ketiga-tiga sistem mikrofon berkongsi ciri-ciri rangkaian Evolution Wireless Digital yang sama seperti kependaman yang luar biasa rendah iaitu 1.9 ms dan julat dinamik tertinggi bagi mana-mana sistem tanpa wayar yang kini terdapat dalam pasaran. Ia juga boleh diurus dan dikawal melalui Smart Asisst App.

Neumann

Di BroadcastAsia, Neumann akan mempamerkan mikrofon studio dan monitor yang popular dalam kalangan penyiar dan studio di seluruh dunia. Pengunjung akan berpeluang merasai pengalaman KH 120 II yang baru dilancarkan serta pembesar suara monitor KH 150. KH 120 II dibina berasaskan kejayaan pendahulunya dan meningkatkan kualitinya dengan kelinearan tertinggi, herotan terendah, tanpa pewarnaan dan kebolehsuaian yang sempurna dengan sebarang persekitaran akustik. Neumann akan turut menonjolkan antara muka audio pertamanya, MT 48, yang menyempurnakan rantaian isyarat yang ideal dengan audio kualiti Neumann daripada input ke output.

KH 120 II yang baru dilancarkan dibina berasaskan kejayaan pendahulunya dan menawarkan penambahbaikan dalam semua parameter akustik
KH 120 II yang baru dilancarkan dibina berasaskan kejayaan pendahulunya dan menawarkan penambahbaikan dalam semua parameter akustik

Sennheiser dan Neumann akan turut mempamerkan penyelesaian peneraju industri yang lain di reruainya, seperti Sennheiser Evolution Wireless G4 series, Neumann Miniature Clip Mic System, U67 Studio Microphone, mikrofon stereo binaural kepala dami KU 100 serta fon kepala pemantauan.

Pada 7 Jun 2023, Kenan Phang, Pengurus Technical Application Engineering akan mengambil bahagian dalam perbincangan panel tentang Problems, Opportunities and Evolution of the Asia Broadcast Industry (Masalah, Peluang dan Evolusi Industri Penyiaran Asia) di BroadcastAsia Stage, Dewan 6 mulai 11:00 PAGI – 11.30 PAGI, yang mana beliau akan menyertai pakar-pakar industri yang lain untuk membincangkan topik-topik seperti peranan digital dalam membentuk industri ini.

Kunjungi reruai Sennheiser di BroadcastAsia, Dewan 6, reruai 6D1-04

Untuk menempah janji temu di acara tersebut, sila hubungi maklumat perhubungan akhbar yang disenaraikan di bawah.

Latar belakang jenama Sennheiser

Kami hidup dan bernafas dengan audio. Kami didorong oleh keghairahan untuk mencipta penyelesaian audio yang membawa perbezaan. Membina masa depan audio dan dan membawa pengalaman bunyi yang luar biasa kepada pelanggan kami – inilah yang dipersembahkan oleh jenama Sennheiser selama lebih 75 tahun lamanya. Walaupun penyelesaian audio profesional seperti mikrofon, penyelesaian mesyuarat, teknologi penstriman dan sistem pemantauan merupakan sebahagian daripada perniagaan Sennheiser electronic GmbH & Co. KG, perniagaan dengan peranti pengguna seperti fon telinga, bar bunyi dan alat dengar yang ditingkatkan oleh pertuturan dikendalikan oleh Sonova Holding AG di bawah lesen Sennheiser.

www.sennheiser.com
www.sennheiser-hearing.com

Source: Sennheiser Electronic Asia Pte Ltd
Keywords: Broadcast Technology Computer/Electronics Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics New products/services Trade show news