omniture

CGTN: Mengapa pembangunan bertumpukan rakyat penting untuk China?

CGTN
2023-06-07 01:28 35

BEIJING, 7 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Pada September 2021, seorang penduduk Beijing menghubungi talian penting bandar untuk melaporkan bahawa tiada laluan bas berhampiran sekolah yang baru dibina di Kawasan Pembangunan Teknologi-Ekonomi Beijing.

Dua bulan kemudian, satu laluan bas baharu telahpun dilancarkan.

Ibu negara China, sebuah metropolis yang menempatkan lebih 20 juta orang penduduk, telah menerima pakai pendekatan baharu untuk pengurusan bandar sejak tahun 2019. Ia kini bekerjasama dengan 49 perusahaan dan institusi perkhidmatan awam milik negara untuk menawarkan perkhidmatan talian penting utama bandar ini.

Sejumlah 750 talian menerima soalan dan aduan yang berkaitan dengan perkhidmatan awam daripada penduduk tempatan 24 jam sehari.

"Kami mencari masalah atau permintaan bandar yang paling kerap dilaporkan, berdasarkan kepada semua panggilan talian penting yang kami terima, dan kemudian mengambil tindakan," kata Geng Yu, ketua bahagian pembaharuan "Handling A Complaint Upon Receipt" ("Mengendalikan Aduan Apabila Diterima") di Pentabiran Perkhidmatan Hal Ehwal Kerajaan Perbandaran Beijing. "Kami meletakkan rakyat sebagai tumpuan tanpa mengira sama ada ia mengenai tadbir urus bandar atau menyediakan perkhidmatan kepada rakyat."

Pendekatan yang diambil oleh pengurus bandar untuk menyelesaikan masalah penduduk banyak mendedahkan tentang penetapan pemikiran sesebuah kerajaan berhubung pengurusan bandar dan cara ia melayani rakyatnya.

Terdapat pepatah lama yang sangat terkenal di China: "Air yang membuatkan kapal tetap terapung, juga boleh menterbalikkannya." Presiden Cina Xi Jinping, juga merupakan setiausaha agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC), pernah memetik pepatah itu untuk menggambarkan hubungan antara rakyat dan Parti ini. Dalam kes ini, air merujuk kepada rakyat manakala bot merujuk kepada kepimpinan Parti.

Pepatah tersebut menyarankan agar hanya dengan menjaga keperluan rakyat dengan baik, maka CPC dapat memenangi sokongan mereka. Atas sebab itulah CPC telah menjadikannya prinsip asas untuk berkhidmat kepada rakyat sepenuh jiwa.

Xi telah menggesa agar "mengatasi masalah yang mendorong reaksi orang ramai yang paling kuat dan mengancam untuk menghakis asas utama pemerintahan Parti," harus diutamakan.

Dalam laporan yang diserahkan oleh Xi kepada Kongres Kebangsaan CPC ke-20 pada tahun 2022, beliau berkata "kita harus melindungi kepentingan asas rakyat, meningkatkan kesejahteraan mereka dan berusaha tanpa jemu untuk memastikan agar pembangunan adalah untuk rakyat dan oleh rakyat dan hasilnya dikongsi bersama rakyat. Kita harus melakukan tugas yang lebih baik untuk memastikan hasil pemodenan memberi manfaat kepada semua rakyat kita dengan adil."

Xi turut menegaskan kepentingan prinsip asas: "Aspirasi rakyat untuk menjalani kehidupan yang lebih baik harus sentiasa menjadi tumpuan usaha kita. Kita harus terus berusaha dengan tanpa lelah ke arah matlamat besar penggiatan semula negara."

https://news.cgtn.com/news/2023-06-03/Why-is-people-centered-development-crucial-to-China--1kkmnFUe74Y/index.html

https://www.youtube.com/watch?v=YcDsr0qk5NM

 

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Transportation Advocacy Group Opinion Economic news, trends, analysis New products/services MAT (Mature Audience)