omniture

Trina Solar percepatkan amalan sifar bersih untuk membantu membina planet lestari

Trina Solar Co., Ltd
2023-06-07 01:52 62

CHANGZHOU, China, 7 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Hari Alam Sekitar Sedunia genap 50 tahun pada 5 Jun 2023. Trina Solar, penyedia penyelesaian keseluruhan PV dan tenaga pintar global terkemuka yang diinspirasikan oleh Protokol Kyoto sejak penubuhannya, telahpun menggalakkan kemampanan melalui tenaga boleh baharu sejak 25 tahun yang lalu, sambil meneruskan misinya untuk menjadikan tenaga solar boleh diakses oleh semua.

Trina Solar menyasarkan untuk menggunakan 100% tenaga boleh baharu dalam pembuatan dan operasi global menjelang tahun 2030 bagi menyumbang kepada objektif-objektif iklim Perjanjian Paris. Syarikat ini mengembangkan usaha kemampanannya dengan melaksanakan pelbagai amalan sifar-bersih, termasuk: operasi sifar-bersih, rantaian nilai sifar-bersih dan produk sifar-bersih.

Operasi sifar-bersih untuk menegakkan komitmen hijaunya

Trina Solar mengambil pelbagai langkah keneutralan karbon bagi memenuhi objektif-objektif 2030nya. Termasuk dalam rancangan itu ialah penambahbaikan kepada kecekapan tenaga, taman perindustrian dan kilang sifar-bersih, pengurangan, penggunaan semula dan kitar semula (3R) sisa, penggunaan tenaga boleh baharu, pengurusan digital tenaga dan emisi karbon serta pembangunan dan pelaksanaan teknologi pengurangan karbon.

Trina Solar bertegas untuk menerapkan tanggungjawab alam sekitar ke dalam setiap aspek operasinya. Syarikat ini telah mewujudkan sistem pengurusan alam sekitar ISO14001 yang teliti dan berkesan di semua loji globalnya, mengambil kira pemuliharaan ekosistem dan biodiversiti tempatan bermula dari saat ia memilih tapak untuk kemudahan pembuatannya. Melalui pelbagai sistem dan proses pengurusan alam sekitar, impak alam sekitar daripada produk, aktiviti dan perkhidmatan organisasi ini diminimumkan dengan berkesan.

Pada April 2023, kilang Yiwu Trina Solar menjadi yang pertama dalam industri PV yang diperakui secara rasmi sebagai Kilang Karbon Sifar. Selain mencerminkan amalan pengurangan karbon syarikat ini dalam teknologi, produk, peralatan dan pengurusan proses sepanjang suku abad yang lalu, ini menunjukkan komitmen utuh Trina Solar terhadap pembangunan mampan.

Operasi hijau Trina Solar turut melibatkan penggunaan mampan sumber asli, emisi bertanggungjawab dan kitar semula gas buangan, air sisa dan sisa pepejal serta pengurangan ketara dari segi penggunaan elektrik, penggunaan air dan emisi gas rumah hijau (GHG). Emisi GHG Trina Solar bagi setiap unit pengeluaran untuk produk sel dan modul masing-masing menurun sebanyak 50.81% dan 61.88%, pada tahun 2022, berbanding emisi pada tahun 2020, mencapai atau melebihi objektif-objektif pengurangan emisi karbonnya lebih awal.

Jejak karbon 20% lebih rendah, rantaian nilai sifar-bersih dicipta-bersama rakan kongsi

Trina Solar bukan sahaja melaksanakan prinsip-prinsip pembangunan mampannya sendiri, tetapi turut berusaha untuk menyampaikan visi dan matlamatnya kepada rakan-rakan sekutu globalnya. Dengan menerapkan kemampanan ke dalam semua proses perolehan dan penyelidikan, organisasi ini komited untuk bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi global bagi menggalakkan rantaian nilai sifar-bersih dan mewujudkan ekosistem hijau.

Bersama-sama rakan-rakan kongsinya, Trina Solar telah membahagikan jejak karbon modulnya dan membangunkan bahan-bahan silikon rendah karbon. Wafer 150 mikron and 130 mikron Trina Solar memiliki jejak karbon 20% lebih rendah berbanding wafer konvensional, hasil daripada usaha teknikal syarikat ini untuk mengurangkan ketebalan wafer. Lantaran prestasinya yang luar biasa dalam bidang rantaian bekalan hijau, Trina Solar dilantik sebagai "Perusahaan Pengurusan Rantaian Bekalan Hijau Negara" oleh Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT) China pada Februari 2023, apabila Senarai Pembuatan Hijau 2022 dikeluarkan.

Agar menjadi peneraju kompetitif dan inovatif di peringkat global dalam perkhidmatan rantaian bekalan bernilai tambah, Trina Solar akan terus memupuk kolaborasi rentas sektor dan melaksanakan rantaian bekalan hijau untuk memacu transformasi dan menaik taraf entiti huluan dan hiliran.

Menyumbang kepada masa depan lestari melalui produk sifar-bersih

Laluan menuju keneutralan karbon dipandu oleh teknologi hijau. Trina Solar mencipta masa depan tenaga hijau, sifar-bersih bersama pelanggannya melalui platform teknologinya yang unggul dan produk kuasa ultra-tinggi dan inovatif.

Pada tahun 2022, modul Vertex Trina Solar dianugerahkan Sijil Penilaian Kitar Hayat (Life Cycle Assessment, LCA) oleh TÜV Rheinland untuk keupayaan pengurusan rendah karbonnya dalam seluruh kitar hayatnya. Kemudian dalam tahun yang sama, TÜV Rheinland sekali lagi menganugerahi modul Vertex syarikat ini dengan Sijil Jejak Karbon sebagai pengiktirafan kepada prestasi peneraju industri produk ini dalam mengurangkan jejak karbon.

Trina Solar juga merupakan salah satu daripada syarikat pertama dalam industri ini yang memulakan Deklarasi Produk Alam Sekitar (EPD) dan prosedur pensijilan jejak karbon untuk modul jenis-n.

Bermula dengan melaksanakan operasi sifar-bersih kepada membangunkan rantaian nilai sifar-bersih serta membangunkan produk sifar-bersih, Trina Solar komited untuk mengurangkan emisi karbon demi manfaat masyarakat pada setiap langkah perjalanannya. Menuju ke hadapan, Trina Solar akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan untuk melindungi biosfera, menyokong inisiatif penyahkarbonan global dan menjadikan tenaga solar tersedia untuk orang ramai di mana-mana sahaja.

 

 

 

 

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility Environmental Issues