SUZHOU, China, 15 April 2014 /PRNewswire/ -- Xi'an Jiaotong-Liverpool University (XJTLU) telah dipilih sebagai salah satu kumpulan universiti pilihan dari serata dunia dengan kebenaran kerajaan China untuk pengambilan pelajar berdasarkan peperiksaan kemasukan yang disediakan sendiri oleh universiti tersebut, dan bukannya menurut Peperiksaan Kemasukan Kolej rasmi yang dikenali sebagai Gaokao.
Pada 13 April, sebagai sebahagian daripada aktiviti Hari Terbuka Universiti, XJTLU telah menganjurkan peperiksaan kemasukan bebas pertama untuk calon mahasiswa dari seluruh Negeri Jiangsu.
Di bawah perjanjian baharu itu, XJTLU boleh mengambil sehingga 5 peratus daripada jumlah pelajar baharu dari Jiangsu menerusi "Kemasukan Berautonomi". Para pelajar ini akan dinilai sebahagiannya menerusi peperiksaan kemasukan XJTLU sendiri (30 peratus daripada perwajaran kemasukan), sebahagian lagi menerusi Gaokao (60 peratus perwajaran) serta prestasi sekolah menengah (10 peratus) – peningkatan ketara daripada dasar kemasukan tradisi yang diatur oleh kerajaan.
Keputusan ini menjadikan XJTLU sebagai Universiti China-Asing pertama untuk mengambil mahasiswa sarjana muda secara sendiri di Jiangsu dan hampir menyerupai kepercayaan falsafah XJTLU dalam menyokong pembaharuan pendidikan serta memulakannya di China.
Seramai 671 calon telah mengemukakan permohonan secara dalam talian untuk mengikuti proses Kemasukan Berautonomi XJTLU pada tahun ini manakala seramai 473 orang telah dipilih untuk menjalani proses penilaian di Suzhou pada hujung minggu ini. Penilaian ini bukan sahaja bertumpu terhadap kelayakan akademik, malah akan turut menilai kebolehan profesional, keupayaan menyesuaikan diri serta potensi kreativiti.
Daripada 473 calon, hampir 220 pelajar dijangka akan menerima tawaran daripada XJTLU, dengan syarat pelajar tersebut telah selesai menduduki peperiksaan Gaokao pada musim panas dan prestasi pelajar dalam peperiksaan sekolah menengah mereka. Sehubungan itu, sejumlah 110 pelajar dari Jiangsu dijangka akan mendaftar di Universiti tersebut, hasil daripada proses Kemasukan Berautonomi tahun ini.
Presiden Eksekutif XJTLU, Profesor Youmin Xi menekankan keterbukaan fizikal dan falsafah Universiti tersebut. "Universiti kami tidak mempunyai sekatan; orang ramai amat dialu-alukan untuk meneroka kampus kami dan kami dapat memantapkan kedudukan kami yang memainkan peranan penting dalam masyarakat yang lebih luas menerusi interaksi komuniti yang positif serta pembangunan bersama," jelas Profesor Xi.
Latar Belakang XJTLU
Xi'an Jiaotong-Liverpool University merupakan universiti antarabangsa yang telah ditubuhkan bersama oleh institusi yang menerajui dari China dan U.K. Sebagai usaha sama bebas China-British, XJTLU merupakan perintis dalam bidang pendidikan tinggi di China. Kampusnya terletak di bandar Warisan Dunia Suzhou yang terkenal dengan tumpuan KDNK keempat terbesar di China serta turut menawarkan persekitaran tersendiri untuk melanjutkan pelajaran, membina kehidupan dan juga berkembang maju.
Ikuti kami
facebook.com/xjtlu
weibo.com/xjtlu
twitter.com/xjtlu
linkedin.com/company/xi'an-jiaotong-liverpool-university