omniture

GWM Mengadakan Festival Kereta Global Naik Taraf Pengalaman Pelanggan

GWM
2023-06-07 20:38 70

BAODING, China, 7 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, GWM memulakan Festival Kereta global dalam pasaran luar negara bagi memanfaatkan sepenuhnya kedudukan dominannya dalam kenderaan tenaga baharu pintar (NEV) dan menaik taraf pengalaman pelanggan.

GWM Mengadakan Festival Kereta Global untuk Menaik Taraf Pengalaman Pelanggan
GWM Mengadakan Festival Kereta Global untuk Menaik Taraf Pengalaman Pelanggan

GWM menaik taraf barisan NEV pintarnya dengan melancarkan model-model penting seperti HAVAL H6, HAVAL JOLION dan GWM POER, kesemuanya dibawakan dengan kemas kini dalam prestasi kuasa, kecerdasan dan keselamatan. Pada Mei, GWM menyaksikan 101,020 jualan kereta baharu dengan peningkatan 26.18% berbanding tahun sebelumnya dan jualan luar negara tinggi yang bersejarah iaitu 25,131 unit menyumbang sebanyak 24.88% daripada jumlah keseluruhan.

Rangkaian GWM HAVAL H6 telahpun dinaik taraf kepada generasi ketiga. Bagi memenuhi keperluan pengguna dalam pasaran berbeza untuk perlindungan alam sekitar dan konfigurasi teknologi, GWM berjaya melancarkan HAVAL H6 HEV dan HAVAL H6 PHEV. Berdasarkan kepada teknologi DHT L.E.M.O.N., kedua-dua model dapat menyampaikan prestasi terunggul dengan penggunaan bahan api yang rendah.

Rangkaian H6 yang dinaik taraf menampilkan kecerdasan yang lebih maju dan keselamatan lebih tinggi, seterusnya dianugerahkan penarafan keselamatan 5-bintang oleh Australasian New Car Assessment Program (A-NCAP). Kekuatan produk luar biasa HAVAL H6 telah menarik minat lebih daripada 4 juta pengguna seluruh dunia sejak pelancarannya.

HAVAL JOLION, satu lagi model GWM, disesuaikan untuk pemanduan bandar dan menampilkan reka bentuk dan warna badan yang lebih bergaya. Tambahan pula, konfigurasi teknologi model ini adalah berdasarkan kepada keperluan pengguna global. Dalam pelbagai pasaran, HAVAL JOLION dikagumi oleh pengguna muda yang menghargai bahagian luarnya yang bergaya, kokpit sofistikated dan konfigurasi pintar.

Di Afrika Selatan, HAVAL JOLION menduduki tempat pertama bagi jualan runcit SUV bersaiz kecil dalam bulan pertamanya. Model ini diiktiraf sebagai "Kereta Pendatang Baharu Import Terbaik Tahun Ini" menerusi Accelerator Awards of the National Association of Automobile Manufacturers of South Africa (NAAMSA) dan dicalonkan untuk "Anugerah Pendatang Baharu Penumpang Tahun Ini" bersama-sama Ferrari SF90, Toyota Starlet dan Kia Pegas.   

GWM POER ialah pikap pintar premium yang dikeluarkan oleh GWM, direka bentuk untuk mengintegrasikan prestasi luar-jalan yang unggul, kapasiti pemuatan luar biasa dan teknologi pintar yang canggih. Model pikap ini telahpun dilancarkan di Australia, Chile, Arab Saudi, Afrika Selatan dan pasaran-pasaran lain. Bagi memenuhi keperluan pengguna yang berbeza, GWM POER dilengkapi dengan pelbagai fungsi bantuan pemanduan pintar. Model yang dilancarkan di Australia memiliki fungsi-fungsi keselamatan pintar, seperti bantuan laluan susur (LKA) dan brek kecemasan automatik (AEB). Dengan konfigurasi keselamatannya dan kekuatan produk yang mantap, GWM POER juga dianugerahkan penarafan keselamatan 5-bintang oleh A-NCAP dan memenangi gelaran Pikap Terbaik Tahun Ini di Chile.

GWM menyasarkan untuk mempercepatkan transformasi NEV dan menyediakan kepada pengguna dengan NEV pintar yang lebih maju bagi memenuhi keperluan penaiktarafan mereka melalui acara ini.

Pada masa akan datang, GWM akan menumpukan pada pelan tindakan jenama global "ONE GWM", memanfaatkan pelancaran NEV pintar bagi meningkatkan pengalaman pengguna secara berterusan, meningkatkan populariti dan memberikan pengalaman mobiliti diperibadikan yang berkualiti tinggi kepada pengguna di seluruh dunia.

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Alternative Energies Auto Banking/Financial Service Environmental Products & Services Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation Utilities