BEIJING, 8 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, makmal ujian fotovolta (PV) pihak ketiga bebas berwibawa di peringkat global PVEL (PV Evolution Labs), makmal ujian bebas yang terkemuka untuk industri solar hiliran, mengeluarkan "Kad Skor Keandalan Modul PV 2023". Hasil daripada produk modul PV yang berkualiti tinggi, JA Solar dianugerahkan sebagai pembekal modul "Pelaksana Terbaik" buat kali kelapan.
Dalam penilaian modul "Pelaksana Terbaik", berdasarkan kepada "Program Kelayakan Modul Fotovolta (PQP)" dalam 18 bulan yang lalu, PVEL menjalankan ujian yang ketat lebih tinggi berbanding standard pensijilan IEC melalui enam ujian keandalan yang ketat, termasuk ujian kitaran terma (TC600), ujian haba lembap (DH2000), urutan ujian tekanan mekanikal (MSS), degradasi teraruh-cahaya (LID)+ degradasi teraruh cahaya dan suhu ternaik (LeTID) serta Prestasi PAN, bagi menilai secara komprehensif keandalan dan prestasi penjanaan kuasa modul PV. Berbanding dengan ujian asas, ujian PQP adalah lebih ketat dari segi keadaan dan urutan ujian. Setiap ujian mempunyai rujukan signifikan untuk keandalan modul dalam aplikasi praktikal. Keputusan ujiannya yang profesional, adil dan terbuka bukan sahaja menyediakan rujukan yang mantap untuk pembiaya dan pembangun apabila memilih modul berkualiti tinggi, tetapi turut menawarkan asas rujukan yang penting untuk operator bagi memastikan keandalan jangka panjang modul.
JA Solar terus memberi tumpuan pada inovasi serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi produk PV. Dengan prestasi produk yang cemerlang dan kualiti produk yang andal, ia amat digemari oleh pengguna global. Selama bertahun-tahun, ia telahpun diiktiraf sebagai PV Jenama Terbaik oleh EUPD Research di pelbagai wilayah dan negara, seperti Eropah, Amerika Latin, Timur Tengah, Asia Tenggara dan Afrika. Kali ini, ia sekali lagi dianugerahkan sebagai pembekal modul "Pelaksana Terbaik" yang menunjukkan kelebihan teknikal dan kualiti produknya yang lebih tinggi serta mengesahkan prestasi andal jangka panjang yang cemerlang dan prestasi penjanaan kuasa modul-modulnya.