omniture

Teknologi i-TOPCon Termaju jenis-n Trina Solar melangkah ke pentas dunia, dengan kecekapan mencecah 26%

Trina Solar Co., Ltd
2023-06-09 00:53 46

SHANGHAI, 9 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Trina Solar, peneraju global bagi inovasi tenaga solar, mendedahkan teknologi i-TOPCon Termaju jenis-n baharunya kepada dunia.


Teknologi tersebut telah dipersembahkan kepada umum yang pertama pada hari pertama Persidangan dan Pameran Penjanaan Kuasa Fotovolta Solar dan Tenaga Pintar Antarabangsa di Shanghai pada 24 Mei. Mulai tahun hadapan, siri jenis-n Vertex akan dinaik taraf, dengan modul paling berkuasa dalam siri itu menjana lebih daripada 700W, seperti yang diumumkan oleh syarikat itu.


Di pameran berkenaan, Trina Solar turut mengumumkan bahawa kerja-kerja untuk Fasa II projek jongkong silikon monohabluran 15GW di kilangnya di Xining, wilayah Qinghai telahpun bermula. Kerja-kerja juga telah dimulakan untuk projek sel berkecekapan tinggi jenis-n 10GW dan modul jenis-n 10GW di Yangzhou, wilayah Jiangsu. Di samping itu, Trina Solar telah menjadi peneraju dalam mewujudkan sistem sifar-bersih dengan memulakan Deklarasi Produk Alam Sekitar dan pensijilan jejak karbon untuk modul-modul Vertex N miliknya.

Sel i-TOPCon Termaju jenis-N mencapai kecekapan 26% dalam pengeluaran besar-besaran dan kuasa modul 700W+

Trina Solar tekal menerajui industri ini dalam inovasi teknologi jenis-n. Di acara pelancaran itu, Dr Chen Yifeng, naib presiden bersekutu Trina Solar, menekankan kepentingan empat inovasi: sel segi empat tepat 210R, pemancar boron selektif, pemantul mikrostruktur sisi belakang dan struktur TOPCon terdop tinggi dengan PECVD. Kesemua ini membolehkan teknologi i-TOPCon Termaju generasi baharu menyampaikan kecekapan pengeluaran berpotensi 26%, dengan output kuasa modul mencecah sehingga 700W.

Lazimnya untuk loji janakuasa utiliti, modul Vertex N dengan kuasa sehingga 700W dapat mengurangkan lagi LCOE dan akan dikeluarkan secara besar-besaran pada tahun hadapan.

Trina Solar merupakan perintis dalam menyepadukan teknologi sel segi empat tepat dan teknologi i-TOPCon Termaju jenis-n, seterusnya menyediakan penyelesaian tersuai untuk pelbagai persekitaran. Modul 605W Vertex N, direka bentuk untuk stesen janakuasa pada rupa bumi yang kompleks dan stesen solar komersial & perindustrian (C&I), menampilkan dimensi modul teroptimum yang memaksimumkan penggunaan panjang penjejak, dengan 13% peningkatan dalam kapasiti pemasangan untuk sistem penjejak satu-baris. Modul-modul ini turut memaksimumkan penggunaan ruang bekas, kadar penggunaan mencecah 98.5% dalam bekas kiub 40 kaki tinggi (40HC), lalu menghasilkan pengurangan kos logistik sebanyak 12.4% dan kos BOS yang lebih rendah untuk pelanggan.

Modul-modul Vertex S+ menyampaikan kuasa 450W. Berbanding dengan modul kediaman jenis-n biasa dalam industri ini, modul-modul ini menyediakan 5.88% lebih kapasiti pemasangan untuk bumbung di kawasan yang sama.

Pada masa akan datang, dengan aplikasi teknologi sel sentuh pempasifan penuh bahagian depan, kecekapan pengeluaran besar-besaran sel jenis-n Trina Solar dengan teknologi i-TOPCon Ultra diramalkan melangkaui 27%. Di samping itu, dengan pelaksanaan teknologi iringan i-TOPCon, kecekapan sel diramalkan melangkaui 30%.

Di samping itu, modul jenis-n Vertex Trina Solar telah mendapat pujian daripada organisasi-organisasi pihak ketiga seperti China General Certification, RETC dan PVEL atas keandalannya.

Sel jenis-n 40GW akan melaksanakan penyepaduan vertikal bagi memastikan penghantaran global

Projek-projek Trina Solar di wilayah Qinghai dan wilayah Jiangsu meletakkan asas yang kukuh untuk bekalan bahan yang berterusan untuk modul jenis-n syarikat ini dan memastikan penghantaran produk tanpa bimbang.

Menjelang akhir tahun ini, kapasiti pengeluaran modul Trina Solar diramalkan mencecah 95GW, manakala kapasiti pengeluaran sel mencecah 75GW, dengan 40GW dikhususkan untuk sel jenis-n.

Dengan teknologi i-TOPCon jenis-n yang terkemuka, portfolio komprehensif produk jenis-n Vertex semua-senario, keandalan tinggi, jejak karbon rendah, sistem sifar-bersih yang lengkap, kapasiti pengeluaran jenis-n bersepadu dan penumpuan ekosistem peneraju industri, Trina Solar telah mencapai kedudukan kepimpinan 36-darjah, lalu menerajui era teknologi jenis-n.

 

 

 

 

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services Trade show news