omniture

KKday Marketplace Meluaskan Jejak di Asia Tenggara

KKday
2023-06-09 10:00 43

Membantu Peniaga Pelancongan Merebut Peluang Perniagaan Pelancongan Antarabangsa

TAIPEI, 9 Jun 2023  /PRNewswire/ -- KKday, platform terkemuka dalam pengalaman perjalanan di Asia, berkomitmen untuk mempromosikan transformasi digital industri pelancongan Asia dengan melancarkan "KKday Marketplace" di Asia Tenggara. Langkah ini diambil kerana syarikat KKday yakin bahawa pelancongan antarabangsa akan pulih pada tahun 2023, mengikut prestasi global yang mencatatkan rekod tinggi pada tahun 2022. "KKday Marketplace" direka khas untuk membantu peniaga tempatan membangunkan operasi e-dagang mereka dan meluaskan kapasiti perkhidmatan pengembara antarabangsa, sambil berkongsi trafik rangkaian global KKday. Gelombang pertama kempen ini memfokuskan tumpuan kepada pengendali aktiviti air dan luar yang menawarkan diskaun tempahan awal. Matlamatnya adalah untuk mencapai 2,000 peniaga di seluruh dunia pada tahun 2023 sambil memperluaskan peluang perjalanan rentas sempadan dalam era pasca pandemik.

Eksekutif-eksekutif KKday - Ming Chen, Pengasas dan CEO KKday (tengah), Clement Wen, Pengarah Pasaran KKday (kanan), dan Jasmine Lin, CEO rezio KKday Group (kiri)
Eksekutif-eksekutif KKday - Ming Chen, Pengasas dan CEO KKday (tengah), Clement Wen, Pengarah Pasaran KKday (kanan), dan Jasmine Lin, CEO rezio KKday Group (kiri)

Pasaran Asia Tenggara memainkan peranan penting dalam mempercepatkan pemulihan sektor pelancangon di Asia. Namun, menurut pemerhatian tempatan KKday di Thailand, Vietnam, Filipina, Malaysia, Singapura, dan Indonesia, sekurang-kurangnya 90% daripada peniaga pengalaman kembara di Asia Tenggara masih belum membuat peralihan digital. Sebaliknya, lebih daripada 85% pelancong yang menggunakan KKday membuat pesanan melalui peranti mudah alih dan menggunakan penyemakan imbas digital, tempahan dalam talian, pembayaran dalam talian, dan interaksi khidmat pelanggan segera.

Dengan memfokuskan kepada pelancongan digital dan peluang perkhidmatan tanpa sentuh, KKday melancarkan sistem tempahan rezio pada tahun 2020 yang telah memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 5.1 juta pelacong di seluruh dunia. Sebagai langkah seterusnya, KKday kemudian melancarkan perkhidmatan "KKday Marketplace" pada akhir tahun 2021 untuk membantu pembekal pengalaman perjalanan menubuhkan jenama e-dagang mereka.

"KKday Marketplace" membawa enam kelebihan utama, di mana peniaga dapat menubuhkan kedai mereka dengan cepat, menyenaraikan produk mereka sendiri, meletakkan harga produk mereka secara fleksibel, mengawal inventori mereka dengan tepat, bertindak balas kepada pesanan dengan segera, dan mengakses trafik global platform KKday. Pada masa ini, "KKday Marketplace" memiliki lebih daripada 1,000 peniaga global, termasuk pengendali aktiviti air dan luar, penyedia pengalaman budaya, dan agensi tradisional. Dengan menjangkakan pertumbuhan pesat dalam pasaran pelancongan Asia Tenggara selepas pandemik, "KKday Marketplace" bermatlamat untuk meluaskan kehadiran tempatannya dalam pasaran ini.

Pameran KKday Marketplace untuk pedagang Jepun - Menyiapkan laman web Bahasa Inggeris menggunakan sistem pelbagai bahasa
Pameran KKday Marketplace untuk pedagang Jepun - Menyiapkan laman web Bahasa Inggeris menggunakan sistem pelbagai bahasa

KKday mengakui bahawa walaupun banyak peniaga kecil yang berfokus pada pengalaman perjalanan Asia Tenggara telah terselamat dari pandemik dan mewujudkan operasi digital asas seperti laman web dan platform media sosial, mereka masih menghadapi cabaran untuk menarik trafik dari luar negara dan pelancong antarabangsa semasa pemulihan perjalanan antarabangsa. Saat ini, peniaga dari Jepun, Korea, dan Taiwan menggunakan perkhidmatan berbilang bahasa "KKday Marketplace" untuk mengambil peluang dari pemulihan perjalanan rentas sempadan. Sebagai contoh, MK ATV, sebuah pengendali ATV tempatan kecil di Hualien, Taiwan, telah menerima tempahan daripada pelancong dari Hong Kong, Malaysia, Singapura, Jerman, dan Amerika Utara selepas menyertai "KKday Marketplace". Hal ini telah mendorong peningkatan hasil sebanyak lebih daripada 30%. Demikian juga dengan OrengeBus, sebuah agensi pelancongan dari Jepun, yang telah memperkenalkan perkhidmatan berbilang bahasa dan telah menikmati trafik luar negara selepas menjadi peniaga "KKday Marketplace". Mereka telah menjana hasil sebanyak 12 juta yen dalam sebulan, dan perniagaan mereka terus berkembang dengan ketibaan musim perjalanan yang sibuk.

Asia Tenggara sentiasa menjadi destinasi yang menarik bagi pengembara bebas global yang mencari pengalaman eksplorasi yang unik, sofistikated, dan eksklusif di tempat-tempat tempatan. Untuk mempromosikan perniagaan dalam pasaran Asia Tenggara, "KKday Marketplace" akan memfokuskan usaha mereka kepada peniaga kecil yang bukan francais, dengan pekerja seramai kurang daripada 10 orang, dan modal di bawah USD10,000, yang menawarkan perkhidmatan untuk bandar tunggal atau pulau, bersedia untuk mengambil pengembara kasual, dengan kemahiran bahasa Cina atau Inggeris, serta perkhidmatan yang memfokuskan kepada pengalaman lawatan sehari dan separuh hari yang mendalam.

KKday menambah bahawa dengan sumber pelancongan yang pelbagai dan kelebihan bahasa di Asia Tenggara, pengendali pelancongan tempatan berskala kecil memiliki potensi yang besar dalam era pasca pandemik. Dalam fasa awal ini, "KKday Marketplace" menumpukan usaha mereka kepada pengendali aktiviti air dan luar yang menawarkan diskaun komisen tempahan awal. Tujuannya adalah untuk membantu perniagaan-perniagaan ini menubuhkan jenama mereka di platform e-dagang dan merebut peluang perniagaan dalam musim perjalanan musim panas yang akan datang. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web KKday Marketplace.

(Untuk mendapatkan lebih banyak foto berita tentang KKday Marketplace, sila kunjungi pautan fail ini)

Latar Belakang KKday

Ditubuhkan pada tahun 2014, KKday adalah platform pengalaman perjalanan terkemuka di Asia dengan berjuta-juta pengguna dan 12 pejabat di seluruh Asia Pasifik. Hari ini, platform ini menawarkan lebih daripada 300,000 pengalaman unik di lebih 550 bandar dan 92 negara. KKday bertujuan untuk menyediakan kepada pengguna dengan akses lancar kepada pengalaman gaya hidup yang tidak berkesudahan, bermula daripada taman tema tempatan dan restoran terkemuka hinggalah cuti inap dan perjalanan mendaki beberapa hari.

Latar Belakang KKday Marketplace

Pada penghujung tahun 2021, KKday Marketplace dilancarkan sebagai platform terbuka, yang mana peniaga pelancongan boleh menubuhkan jenama e-dagang mereka sendiri, menyenaraikan dan mengurus produk kembara secara bebas dan mendekati pengguna KKday secara langsung untuk pengambilan pesanan digital segera dan transformasi digital. Dengan pemulihan pelancongan antarabangsa, peniaga juga boleh mendekati pengembara global melalui sistem berbilang bahasa KKday Marketplace dan mengembangkan perniagaan kembara mereka. Anda dialu-alukan untuk mengakses laman sesawang KKday Marketplace untuk maklumat lanjut.

HUBUNGI: Perhubungan Akhbar KKday, Pengurus PR, Dennis Lin|+886-989-528-298|dennis.lin@kkday.com; Penolong Pengurus PR, Sheena Yang | +886-938-891-682 | sheena.yang@kkday.com; Maklumat Perhubungan KKday Marketplace, Pengarah Marketplace, Clement Wen|+886-920-646-971|clement.wen@kkday.com; Pengurus Produk, Stanley Li | +886-911-116-808 | stanley.li@kkday.com

Source: KKday
Keywords: Computer/Electronics Travel Corporate Expansion