omniture

BetterPlace berkolaborasi dengan Microsoft untuk perkasa pekerja barisan hadapan di seluruh Asia-Pasifik

BetterPlace
2023-06-09 12:29 32
  • Dikuasakan oleh Microsoft AI, BetterPlace akan mereka bentuk penyelesaian perusahaan untuk mentransformasikan pengurusan tenaga kerja barisan hadapan di seluruh rantau ini

SINGAPURA dan KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 Jun 2023 /PRNewswire/ -- BetterPlace, syarikat SaaS pengurusan tenaga kerja barisan hadapan yang terkemuka di Asia, mengumumkan satu kolaborasi bersama Microsoft untuk mentransformasikan pengalaman pekerja untuk pekerja barisan hadapan di seluruh Asia-Pasifik. Kolaborasi ini akan dibangunkan berdasarkan kepada kekuatan kedua-dua syarikat masing-masing dan memanfaatkan kuasa AI untuk membangunkan penyelesaian yang mengutamakan industri yang disesuaikan untuk tenaga kerja barisan hadapan, dianggarkan mencecah kira-kira 340 juta di seluruh Asia-Pasifik.

BetterPlace menawarkan platform Human Capital SaaS yang komprehensif dalam ekosistem pekerja barisan hadapan untuk membantu perusahaan mengurangkan ketidakcekapan dalam pengambilan dan suai tugas pekerja, mencegah ketirisan dengan pengurusan kehadiran berdasarkan pengecaman wajah dan mengurangkan risiko ketidakpatuhan melalui pengurusan daftar gaji dan vendor. Platform ini turut memupuk impak sosial yang positif dengan meningkatkan pendapatan pekerja barisan hadapan melalui perkhidmatan pemenuhan tenaga kerja, peningkatan kemahiran digital dan faedah-faedah seperti akses kredit.

Kolaborasi ini akan mengintegrasikan keupayaan HCM termaju daripada BetterPlace dengan platform Awan dan AI perusahaan Microsoft, membantu perusahaan memperoleh, menggaji dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja barisan hadapan mereka dengan berkesan. Penyepaduan platform analitis termaju BetterPlace dengan Microsoft 365 dan platform Power BI akan memperkasa perusahaan di seluruh dunia dengan pandangan pekerja yang lebih mendalam serta pengurusan kitar hayat yang lebih baik.

"Kami teruja untuk berkolaborasi dengan Microsoft bagi menyediakan penyelesaian transformatif yang memenuhi keperluan pekerja barisan hadapan," kata Sandeep Uberoi, Presiden Kumpulan BetterPlace. "Menggabungkan kepakaran teknologi Microsoft dengan pemahaman mendalam BetterPlace terhadap segmen ini, kami bersedia untuk membentuk semula sektor tenaga kerja barisan hadapan, menyediakan penyelesaian inovatif yang meningkatkan produktiviti dan memperkayakan pengalaman pekerja. Kolaborasi kami akan memberi impak serta-merta kepada lebih 30 juta pekerja barisan hadapan di seluruh APAC, India dan GCC, yang akhirnya dapat mengurangkan penyusutan, meningkatkan pematuhan dan mempelopori penyelesaian perintis demi produktiviti pekerja barisan hadapan."

Sangeeta BaviPengarah EksekutifDigitalNativesMicrosoftIndia berkata, "Dalam dunia pekerjaan yang baharu, pekerja yang terhubung dan bertenaga merupakan kelebihan kompetitif untuk setiap organisasi. Kami berasa gembira dapat berkolaborasi dengan BetterPlace untuk mencipta semula pengalaman pekerja dan memperkasa segmen pekerja barisan hadapan tenaga kerja yang amat kritikal, dengan kuasa AI. Berinovasi bersama pelanggan kami merupakan kunci bagaimana Microsoft memperkasa organisasi-organisasi di seluruh Asia-Pasifik untuk meningkatkan produktiviti."

Kolaborasi ini akan turut melibatkan pembangunan program peningkatan kemahiran yang mengutamakan mudah alih, direka bentuk khusus untuk pekerja barisan hadapan. Bagi mengatasi cabaran unik yang dihadapi oleh segmen ini, BetterPlace dan Microsoft akan mencipta kandungan peningkatan kemahiran yang inovatif, boleh dicapai dan menarik yang dioptimumkan untuk peranti mudah alih. Program-program pembangunan kerjaya ini akan memperkasa pekerja barisan hadapan dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan agar cemerlang dalam peranan mereka dan dalam masa yang sama menawarkan kefleksibelan dan kemudahan untuk menampung persekitaran kerja mereka. Dengan melabur dalam pertumbuhan profesional pekerja barisan hadapan, organisasi-organisasi ini bermatlamat untuk menyumbang kepada tenaga kerja yang lebih inklusif dan dinamik di seluruh Asia Pasifik.

Kolaborasi yang strategik bersama Microsoft mengesahkan lagi komitmen BetterPlace untuk memperkasa pekerja barisan hadapan di rantau Asia-Pasifik dan menandakan satu lagi pencapaian penting untuk syarikat ini. Pada April 2023, BetterPlace memperoleh TROOPERS, pengusaha teknologi penyelesaian bakat-fleksibel Malaysia yang terkemuka, sebagai sebahagian daripada usahanya yang berterusan untuk mempercepatkan pengembangannya di Asia Tenggara. BetterPlace turut memperoleh platform pemenuhan tenaga kerja kolar biru yang terkemuka di Indonesia, MyRobin, awal tahun ini.

Latar Belakang BetterPlace

Ditubuhkan pada tahun 2015, BetterPlace ialah platform SaaS dan pengurusan tenaga kerja barisan hadapan yang terbesar di Asia. Syarikat ini memiliki lebih 30 juta pekerja pada platform ini dan lebih 1,100 syarikat sebagai pelanggan. Sebagai penyelesaian tindanan penuh, BetterPlace memenuhi keperluan seluruh rantaian nilai pengurusan tenaga kerja barisan hadapan bermula daripada pengesahan, penemuan, pengambilan pekerja dan suai tugas hinggalah peningkatan kemahiran, pengurusan produktiviti dan pemindahan faedah. BetterPlace turut melancarkan platform B2C mereka Rocket yang bekerjasama dengan perusahaan-perusahaan untuk meningkatkan kemahiran pekerja barisan hadapan secara percuma agar lebih ramai pekerja barisan hadapan bersedia untuk bekerja dan perusahaan-perusahaan mendapat akses kepada tenaga kerja barisan hadapan yang telah dilatih terlebih dahulu.

BetterPlace juga telah disenaraikan dalam 'Forbes Asia 100 to Watch List' yang berprestij pada tahun 2021.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.betterplace.co.in/

 

Source: BetterPlace
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources Licensing/marketing agreements