omniture

J&T Express meterai perkongsian dengan Carousell untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran pintu-ke-pintu yang mudah di Singapura

J&T Express
2023-06-09 14:23 36

Dengan kepakarannya dalam perkhidmatan penghantaran pintu-ke-pintu dan pengalaman bekerjasama dengan rakan kongsi e-dagang, J&T Express Singapore akan menyokong Carousell Singapore untuk menyediakan penyelesaian penghantaran yang mudah dan lancar kepada penjual dan pembeli.

SINGAPURA, 9 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Penyedia perkhidmatan logistik global, J&T Express, dengan sukacitanya mengumumkan perkongsiannya dengan pasaran berkelas dan perdagangan semula berbilang kategori, Carousell Singapore, untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran pintu-ke-pintu yang lebih mudah kepada penjual dan pembeli. J&T Express Singapore merupakan penyedia perkhidmatan logistik pertama yang disepadukan secara eksklusif ke dalam platform Carousell Singapore untuk meningkatkan pengalaman dalam-talian-ke-penghantaran semasanya.

gambar kerjasama
gambar kerjasama

Tracy Liu, Pengarah Jualan dan Pemasaran J&T Express Singapore berkata, "Memanfaatkan pengalaman kerjasama dengan platform e-dagang dan penjual, kami teruja untuk memulakan perkongsian ini dengan Carousell bagi memberi kemudahan yang lebih besar kepada penjual dan pembeli. Kami berbesar hati dapat menjadi rakan kongsi penghantaran pertama yang disepadukan secara eksklusif ke dalam platform Carousell Singapore dan ini sejajar dengan matlamat kami untuk memperluaskan rangkaian kami dan menyokong lebih ramai pengguna tempatan bagi memenuhi keperluan logistik mereka."

Dengan J&T Express Singapore, penjual Carousell bagi perniagaan kecil-kecilan dan warga Singapura biasa, kini mempunyai cara yang lebih mudah untuk mengaturkan penghantaran dengan pilihan perkhidmatan pengambilan disepadukan sepenuhnya yang dipaparkan terus pada halaman penyenaraian item dan menikmati perkhidmatan penghantaran yang berpatutan dan andal dengan penjejakan serta pengesanan waktu sebenar. J&T Express Singapore akan melakukan tugas berat ini dengan menawarkan pengambilan depan pintu yang fleksibel untuk penjual Carousell dan membenarkan penggabungan beberapa pesanan ke dalam satu pengaturan pengambilan. Selain daripada pasukan khidmat pelanggan khusus yang menjawab pertanyaan pelanggan dan menyediakan penyelesaian yang cekap, bungkusan akan diinsuranskan dan dihantar dengan sehingga 3 percubaan penghantaran, lantas menjamin keselamatan dan sekuriti bungkusan yang lebih tinggi.

J&T Express Singapore membawakan pengalamannya yang luas dan pengetahuan teknikal kepada perkongsian yang strategik ini untuk bekerjasama bersama platform e-dagang bagi menyediakan penyelesaian logistik yang cekap dan lancar. Sebagai sebahagian daripada kolaborasi ini, integrasi API dibangunkan untuk memperkasa ciri penghantaran bersepadu, supaya pengguna hanya perlu mengupayakan ciri penghantaran untuk menjadualkan pengambilan terus melalui aplikasi atau laman web Carousell.

"Dengan rekod prestasi terbukti J&T Express dalam perkhidmatan penghantaran pintu-ke-pintu, perkongsian kami bermatlamat untuk menghantar lebih daripada sekadar barangan, bahkan pengalaman yang lancar dan mudah baik untuk pembeli mahupun penjual pada Carousell. Matlamat kami di Carousell adalah untuk menjadikan urus niaga dalam pasaran barangan terpakai mudah dan dipercayai seperti mana-mana platform e-dagang, agar barangan terpakai benar-benar boleh menjadi pilihan pertama. Kami teruja untuk terus mengubah pengalaman iklan kecil bersama-sama rakan kongsi kami dan menjadikan pengalaman membeli-belah barangan terpakai lebih mudah berbanding sebelumnya," kata Vishal Salunkhe, Naib Presiden dan Ketua Barangan, Carousell.

Platform berbilang kategori dari negara sendiri yang popular untuk barangan terpakai, Carousell digunakan oleh 1 dalam 3 warga Singapura setiap bulan, bermula dengan warga Singapura biasa yang menjual barang yang kurang digunakan di rumah hinggalah kepada perniagaan kecil-kecilan. J&T Express Singapore memenuhi keperluan kedua-dua penjual dan pembeli Carousell dengan menepati gaya hidup mereka dan mempermudah proses penghantaran. Sebagai sebahagian daripada pelancaran itu, J&T Express Singapore dan Carousell menawarkan harga promosi untuk penjual Carousell mulai sekarang hingga 31 Ogos 2023. Maklumat lanjut boleh ditemui di laman web Carousell.

Perkongsian ini merupakan satu peristiwa penting untuk J&T Express Singapore bagi mengukuhkan inovasi dan membina rangkaian yang lebih mantap. Memandang ke hadapan, J&T Express akan terus melabur dalam operasinya di rantau ini dan di peringkat global, bagi memastikan ia dapat menyampaikan perkhidmatan ekspres yang cekap dan berkualiti. Rangkaian globalnya membolehkan syarikat ini memenuhi keperluan pasaran runcit e-dagang rentas sempadan yang berkembang pesat dengan cara terbaik, menghubungkan pasaran dan peniaga kepada pasaran dan pengguna baharu. Usaha berterusan J&T Express Singapore untuk melabur dalam teknologi dan inovasi juga membuahkan hasil menerusi kemenangan mereka baru-baru ini di SBR Technology Excellence Awards 2023. 

Latar Belakang J&T Express

J&T Express ialah penyedia perkhidmatan logistik global menerusi perniagaan penghantaran ekspres yang terkemuka di Asia Tenggara dan China, pasaran yang terbesar dan berkembang paling pantas di dunia. Ditubuhkan pada tahun 2015, jaringan J&T Express mencakupi tiga belas negara termasuk Indonesia, Vietnam, Malaysia, Filipina, Thailand, Kemboja, Singapura, China, Arab Saudi, UAE, Mexico, Brazil dan Mesir. Dengan mematuhi misi "berorientasikan pelanggan dan berasaskan kecekapan", J&T Express komited untuk menyediakan kepada pelanggan dengan penyelesaian logistik bersepadu melalui infrastruktur pintar dan jaringan logistik digital, sebagai sebahagian daripada strategi globalnya untuk menghubungkan dunia dengan kecekapan lebih tinggi dan memberikan faedah-faedah logistik buat semua.

Di Singapura, J&T Express menawarkan penyelesaian e-dagang sehenti yang menampung perniagaan dalam talian dengan perkhidmatan teras melibatkan penghantaran jarak akhir, pemenuhan dan penghantaran antarabangsa. Sejak pelancarannya pada tahun 2020, J&T Express Singapore telah mengalami pertumbuhan dan kemajuan yang ketara, termasuk pengembangan jaringan logistik, saiz kumpulan, saiz pasukan, berserta pembangunan teknologi dan rangkaian penyelesaian. Ketika ini, syarikat ini memiliki dua hab pengisihan di seluruh Singapura dan sebuah gudang di Changi Airfreight Centre. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.jtexpress.sg.

Latar Belakang Carousell

Carousell merupakan sebahagian daripada Carousell Group, platform berbilang kategori yang terkemuka untuk barangan terpakai di Asia Tenggara Raya dengan misi untuk memberi inspirasi kepada dunia untuk mula menjual dan untuk menjadikan barangan terpakai sebagai pilihan pertama. Ditubuhkan pada Ogos 2012 di Singapura, Kumpulan ini memiliki kehadiran yang terkemuka dalam tujuh pasaran di bawah jenama-jenama Carousell, Cho Tot, Laku6, Mudah.my, OneShift, Ox Luxe, Ox Street dan Refash, menawarkan perkhidmatan kepada puluhan juta pengguna aktif bulanan. Carousell disokong oleh pelabur-pelabur terkemuka termasuk Telenor Group, Rakuten Ventures, Naver, STIC Investments dan Sequoia Capital India. Di Singapura, Carousell memiliki rangkaian produk yang pelbagai merentas berbagai-bagai kategori termasuk kereta, gaya hidup, alat dan aksesori fesyen. Muat turun aplikasi untuk iOS atau Android dan kunjungi www.carousell.com untuk maklumat lanjut.

 

Source: J&T Express
Keywords: Computer/Electronics Transportation