NEW YORK dan MUNICH, 16 April 2014 /PRNewswire/ --
Organisasi dari serata dunia dijemput untuk menyerahkan permohonan mereka selewat-lewatnya pada hari Rabu, 30 April 2014 pada jam 5:00 petang waktu New York.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140415/680924 )
Sepuluh organisasi dengan projek peringkat akar umbi yang menggalakkan persefahaman antara budaya menerusi kaedah baharu dan mampan akan dianugerahkan dengan pembiayaan serta sokongan strategik oleh BMW Group dan juga UNAOC. Sejumlah 100,500 USD akan disampaikan kepada para penerima anugerah, dengan 40,000 USD daripada jumlah itu pula akan dianugerahkan kepada projek yang layak memenanginya.
Sepuluh peserta akhir akan dijemput untuk membentangkan projek mereka di Forum Global UNAOC ke-6 pada bulan Ogos 2014 di Bali, Indonesia. Bagi menyertainya, organisasi yang layak perlu membuat permohonan secara dalam talian.
Setelah dilancarkan pada tahun 2011, Anugerah Inovasi Antara Budaya ini merupakan hasil perkongsian awam dan swasta yang tersendiri antara Perikatan Peradaban Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNAOC) dan juga BMW Group. Menerusi matlamat menyeluruh bagi menyokong masyarakat untuk membantu diri mereka sendiri, UNAOC serta BMW Group bekerjasama untuk memanfaatkan sumber, masa serta rangkaian masing-masing bagi memberi sokongan kepada para penerima anugerah. Model baharu kerjasama antara PBB dan sektor swasta ini berjaya menghasilkan kesan yang mendalam, memandangkan kedua-dua pihak berusaha untuk menyediakan kepakaran masing-masing bagi memastikan perkembangan yang mampan bagi setiap projek yang terlibat.
BMW Group
BMW Group merupakan peneraju pengeluaran utama kereta dan motosikal di dunia menerusi jenama BMW, MINI dan juga Rolls-Royce. Sebagai syarikat global, BMW Group beroperasi di 28 kemudahan pengeluaran dan pemasangan di 13 negara serta mempunyai rangkaian jualan global di lebih 140 negara.
Perikatan Peradaban Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Perikatan Peradaban, suatu inisiatif Sekretariat Agung PBB diwujudkan bagi tujuan menambah baik persefahaman dan hubungan kerjasama antara negara serta masyarakat yang terdiri daripada pelbagai budaya dan agama. Perikatan ini turut bekerjasama dengan rangkaian rakan kongsi pada peringkat global termasuk Amerika Syarikat, organisasi antarabangsa dan organisasi serantau, masyarakat awam, yayasan serta sektor swasta bagi menggalakkan hubungan silang budaya antara pelbagai negara dan masyarakat.
Bagi maklumat lanjut tentang Anugerah Inovasi Antara Budaya, sila layari http://interculturalinnovation.org/ atau hubungi:
BMW Group
Milena Pighi, Tanggungjawab Sosial Korporat
E-mel: Milena.PA.Pighi@bmw.de, Telefon: +48-89-382-66563
Bagi maklumat lanjut tentang Anugerah Inovasi Antara Budaya
Hubungi Marta Lopez, Penyelaras Projek UNAOC
E-mel: martal@unops.org
Sila layari UNAOC: http://www.unaoc.org atau hubungi:
Bagi maklumat lanjut tentang UNAOC dan temu bual bersama Wakil Tertinggi, sila hubungi Cik Nihal Saad, Jurucakap untuk Wakil Tertinggi PBB bagi Perikatan Peradaban
E-mel: saadn@un.org, Telefon: +1-212-457-1751