MUMBAI, India, 16 April 2014 /PRNewswire/ --
UBM India membawakan gabungan perunding daripada USFDA, MHRA serta Lachman di Persidangan Kawal Selia Farmaseutikal Global Tahunan yang ke-3 pada 23, 24 dan juga 25 April 2014 di Holiday Inn, Mumbai, India. Persidangan strategik yang akan berlangsung selama 3 hari ini akan memberi pendedahan tentang masalah kawal selia terkini yang mendatangkan kesan buruk yang perlu dihadapi oleh syarikat Farmaseutikal.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140416/680962 )
Persidangan ini bertumpu terhadap garis panduan baharu dan dikemas kini yang diperkenalkan oleh beberapa badan kawal selia yang terkenal di seluruh dunia. Para pengawal selia utama termasuklah Dr Sumit sen, USFDA, Dr Anjana Agarwal, Penaksir Kanan, MHRA, Fran Zipp, Presiden, Lachman Consultants & Brijesh Patel, Bekas Penaksir di MHRA, yang akan menangani dan turut membantu menyelesaikan masalah tersebut menurut perspektif kawal selia.
Antara topik utama yang dibincangkan di persidangan kawal selia ini ialah kaedah analisis bagi mengurangkan dan turut mengawal bendasing logam & bendasing unsur yang enggan menurut garis panduan, di samping garis panduan prosedur dan garis panduan kawal selia untuk menyokong pelaksanaan variasi garis panduan. Layari http://www.pharmaregulation-india.com/pr bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang topik berkenaan serta senarai penuh penyampai yang terlibat.
Persidangan tersebut telah pun berjaya menarik lebih 120 perwakilan daripada beberapa syarikat seperti Cipla, Sun Pharma, Dr Reddy's Laboratories, Piramal Enterprises, Glenmark Generics, Jubilant Life sciences, GlaxoSmithKline Asia, Zydus Cadila, USV dan banyak lagi.
Latar Belakang UBM India:
UBM India merupakan syarikat peneraju media dan acara siaran langsung yang menghubungkan orang ramai dan turut memperkaya perniagaan. Kami di UBM India menyediakan platform yang dapat menyatukan para pembeli serta penjual dari seluruh dunia bagi industri ini, menerusi portfolio pameran, seminar & persidangan berdasarkan kandungan, media berteknologi, acara siaran langsung, perkhidmatan data serta pelbagai jenama media terkemuka. UBM India turut menganjurkan lebih 20 pameran berskala besar dan juga 40 persidangan di seluruh negara pada setiap tahun; sekali gus membolehkan perdagangan dilakukan merentasi pelbagai syarikat khusus dalam industri. Sebagai Syarikat UBM di Asia, UBM India mempunyai beberapa cawangan di Mumbai, New Delhi, Bangalore dan juga Chennai. UBM Asia dimiliki oleh UBM plc dan turut disenaraikan dalam Bursa Saham London. UBM Asia juga merupakan penganjur yang menerajui bagi pameran di Asia dan merupakan penganjur komersil terbesar di tanah besar China, India serta Malaysia. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari http://www.ubmindia.in.
Hubungi: Suvidha Shetty, conferences-india@ubm.com, +91-(0)22-6172-7001
Sumber: UBM India