omniture

CCTV+: Xi menggesa Mongolia Dalam meneruskan pembangunan hijau, memajukan pemodenan Cina

CCTV+
2023-06-12 08:17 59

BEIJING, 12 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Presiden Cina Xi Jinping telah menyeru Wilayah Autonomi Mongolia Dalam utara China agar tidak berganjak daripada kedudukan strategiknya, meneruskan pembangunan hijau dan berusaha menulis bab baharu dalam pemodenan Cina.

Xi, juga merupakan setiausaha agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC) dan pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, membuat kenyataan itu semasa satu lawatan pemeriksaan di Hohhot, ibu kota Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, pada hari Rabu dan Khamis.

Semasa lawatan beliau ke taman perindustrian Zhonghuan pada petang Rabu, Xi berkata pembangunan hijau merupakan jalan yang harus diambil manakala keutamaan tertinggi pembangunan Mongolia Dalam terletak pada mentransformasikan dan menaik taraf industri tenaga tradisional, membangunkan tenaga hijau dengan bersungguh-sungguh dan mengukuhkan pangkalan tenaga utama negara ini.

Di dewan pameran taman berkenaan, Xi mempelajari tentang usaha wilayah tersebut untuk membangunkan tenaga baharu dan industri bahan baharu, menggalakkan pengoptimuman dan pelarasan struktur perindustrian serta mendorong pembangunan hijau dan rendah karbon.

Xi melawat kilang-kilang di taman itu untuk melihat proses pengeluaran dan mempelajari lebih lanjut tentang penyelidikan dan pembangunan serta pengeluaran bahan-bahan semikonduktor dan fotovolta antara produk-produk lain.

Apabila meninggalkan taman itu, Xi menegaskan perlunya melaksanakan keterbukaan peringkat tinggi dan terlibat dalam kerjasama yang saling menguntungkan bersama seluruh pelosok dunia.

Xi berharap agar perusahaan dan pekerja akan terus bekerja keras dan berusaha meraih pencapaian yang lebih besar.

Pautan video: https://www.youtube.com/watch?v=NvDSIphdlnw

 

 

Source: CCTV+
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Mining/Metals Publishing/Information Service Telecommunications Utilities