omniture

CGTN: China tegaskan pembangunan hijau, perpaduan etnik dalam dorongan pemodenan

CGTN
2023-06-12 09:56 47

BEIJING, 12 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Dalam lawatan pertama beliau ke sebuah kawasan autonomi sejak Kongres Kebangsaan Parti Komunis China (CPC) ke-20 pada Oktober lalu, Xi Jinping, setiausaha agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, memeriksa Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, utara China mulai hari Isnin hingga Khamis.

Semasa perjalanan pencarian fakta itu, Xi, juga merupakan presiden China dan pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, menggesa wilayah itu agar tidak berganjak daripada kedudukan strategiknya dan meneruskan pembangunan hijau yang mengutamakan perlindungan ekologi.

Usaha harus dilakukan untuk meneruskan falsafah pembangunan baharu dan memupuk kesedaran komuniti yang padu untuk bangsa Cina agar dapat berusaha menulis bab baharu berkaitan pemodenan Cina, kata beliau.

Pembangunan hijau

Terletak di puncak lengkok Sungai Kuning yang berliku-liku, Tasik Wuliangsu merupakan tanah lembap tasik terbesar di lembangan Sungai Kuning dengan fungsi-fungsi seperti mengawal aliran air, meningkatkan kualiti air dan mencegah pembentukan ais dan banjir, ia merupakan hab bagi fungsi-fungsi ekologi di utara China.

Dengan tasik sebagai hentian pertama lawatan pemeriksaan beliau, Xi menegaskan perlindungan bersepadu serta pengurusan yang sistematik untuk gunung, sungai, hutan, tanah ladang, tasik, rumput dan pasir.

Sepanjang dekad yang lalu, Mongolia Dalam telah menanam 122 juta mu (kira-kira 8.1 juta hektar) pokok dan 286 juta mu rumput, dengan kawasan tanah bergurun terus berkurangan, seperti yang ditunjukkan oleh data daripada kerajaan wilayah.

Sambil mengesahkan pencapaian yang dilakar oleh wilayah itu, Xi turut menekankan kepentingan usaha yang berterusan dalam menggalakkan pembangunan hijau.

Keutamaan tertinggi pembangunan Mongolia Dalam terletak pada mentransformasikan dan menaik taraf industri tenaga tradisional, membangunkan tenaga hijau dengan bersungguh-sungguh dan mengukuhkan pangkalan tenaga utama negara ini, kata beliau.

Semasa satu lawatan ke sebuah taman perindustrian di Hohhot, Xi menggesa usaha untuk China merealisasikan kecukupan kendiri dalam sains dan teknologi selepas mempelajari tentang R&D serta pengeluaran produk bahan semikonduktor dan fotovolta perusahaan-perusahaan di taman itu.

Beliau menyeru Mongolia Dalam untuk mengambil bahagian secara aktif dalam Inisiatif Jalur dan Jalan serta pembinaan koridor ekonomi China-Mongolia-Rusia untuk meningkatkan tahap keterbukaan.

Xi turut menggesa wilayah itu untuk meningkatkan keterhubungannya dengan wilayah Beijing-Tianjin-Hebei, Delta Sungai Yangtze, Kawasan Teluk Raya Guangdong-Hong Kong-Macau serta wilayah-wilayah timur laut China.

Sebuah komuniti untuk bangsa Cina

China ialah sebuah negara berbilang etnik yang bersatu dan Wilayah Autonomi Mongolia Dalam merupakan kawasan autonomi peringkat wilayah yang pertama ditubuhkan di China.

Xi menyatakan pada hari Khamis bahawa, dari perspektif negara, tugas yang paling berat bagi membawa kemakmuran kepada semua rakyat di seluruh negara kekal di beberapa kawasan sempadan dengan kebanyakan penduduk etnik minoriti.

Kawasan-kawasan ini tidak seharusnya ditinggalkan dalam perjalanan menuju kemakmuran bersama, tegas beliau.

Saluran pekerjaan harus dibangunkan, sistem keselamatan sosial berbilang peringkat harus diperbaiki dan hasil daripada pembasmian kemiskinan harus disatukan, kata Xi.

Di samping itu, beliau menegaskan kepentingan perpaduan etnik dan kesedaran komuniti untuk bangsa Cina, suatu konsep yang ditegaskan oleh pemimpin Cina itu pada banyak kesempatan.

Sepanjang dekad yang lalu, China telah mengambil langkah-langkah yang kukuh untuk memupuk kesedaran komuniti yang lebih mantap untuk bangsa Cina, termasuk dasar sokongan, dana pembangunan dan projek perindustrian untuk kumpulan etnik minoriti dan kawasan sempadan.

Dari tahun 2012 hingga 2022, pendapatan boleh guna per kapita bagi penduduk bandar di kawasan-kawasan dengan populasi etnik minoriti yang besar meningkat dengan purata tahunan 7.7 peratus manakala purata tahunan penduduk luar bandar meningkat sebanyak 10.2 peratus, menurut Suruhanjaha Hal Ehwal Etnik Kebangsaan.

https://news.cgtn.com/news/2023-06-08/Xi-urges-Inner-Mongolia-to-pursue-green-development-1kt8myCu1yg/index.html

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Utilities Environmental Issues Environmental Policy