BANGALORE, India, 16 April 2014 /PRNewswire/ --
Pertumbuhan hasil tahun kewangan 2014 bertambah dua kali jumlah sebelumnya menjadi 11.5 peratus mengikut USD;
Margin pengendalian suku tahun keempat berkembang 50 nilai buku per syer mengikut aturan menjadi 25.5 peratus;
Nisbah bayar balik dividen meningkat sebanyak 40 peratus daripada keuntungan selepas cukai;
Hasil tahun kewangan 2015 dijangka akan meningkat sebanyak 7 hingga 9 peratus mengikut USD
Sorotan Kewangan
Keputusan disatukan di bawah Standard Pelaporan Kewangan Antarabangsa (IFRS) untuk tahun dan suku yang berakhir pada 31 Mac 2014
Tahun berakhir 31 Mac 2014
Hasil adalah $ 8,249 juta bagi tahun yang berakhir pada 31 Mac 2014, kadar pertumbuhan berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya adalah 11.5 peratus
Keuntungan bersih sebanyak $ 1,751 juta bagi tahun yang berakhir pada 31 Mac 2014, kadar pertumbuhan berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya adalah 1.5 peratus
Pendapatan per syer $ 3.06 bagi tahun yang berakhir pada 31 Mac 2014, kadar pertumbuhan berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya adalah 1.3 peratus
Suku tahun berakhir 31 Mac 2014
Hasil adalah $ 2,092 juta bagi suku tahun yang berakhir pada 31 Mac 2014, kadar penurunan suku tahun berbanding suku yang sama tahun sebelumnya adalah 0.4 peratus, kadar pertumbuhan berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya adalah 7.9 peratus
Keuntungan bersih sebanyak $487 juta bagi suku tahun yang berakhir pada 31 Mac 2014, kadar pertumbuhan suku tahun berbanding suku yang sama tahun sebelumnya adalah 5.2 peratus, kadar pertumbuhan berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya adalah 9.7 peratus
Pendapatan per syer $ 0.85 bagi suku tahun yang berakhir pada 31 Mac 2014, kadar pertumbuhan suku tahun berbanding suku yang sama tahun sebelumnya adalah 4.9 peratus, kadar pertumbuhan berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya adalah 9.0 peratus
Aset mudah tunai termasuk tunai dan kesamaan tunai, aset kewangan yang sedia ada untuk jualan, sijil deposit dan bon kerajaan adalah $5.0 bilion setakat 31 Mac 2014 berbanding $4.4 bilion setakat 31 Disember 2013 dan 31 Mac 2013
Lembaga Pengarah menyarankan dividen akhir sebanyak `43 per syer untuk tahun fiskal 2014 (bersamaan dengan dividen akhir kira-kira $0.72 per ADS pada kadar tukaran sebanyak `60.00). Buku Pendaftaran dan Pemindahan Syer Syarikat akan ditutup mulai 31 Mei 2014 hingga 14 Jun 2014 (termasuk kedua-dua hari itu)
Polisi semasa Syarikat itu adalah untuk membayar dividen sehingga 30 peratus daripada keuntungan selepas cukai. Lembaga telah membuat keputusan untuk meningkatkan nisbah bayaran balik dividen sehingga 40 peratus daripada keuntungan selepas cukai berkuat kuasa mulai tahun fiskal 2014
Sorotan lain:
Infosys serta syarikat subsidiarinya menambah 50 pelanggan sewaktu suku tahun ini dan 238 pelanggan sewaktu tahun ini
Penambahan kasar sebanyak 10,997 kakitangan sewaktu suku tahun ini dan 39,985 kakitangan sewaktu tahun ini oleh Infosys serta syarikat subsidiarinya
160,405 kakitangan setakat 31 Mac 2014 untuk Infosys serta syarikat subsidiarinya
"Saya gembira kami berjaya menggandakan kadar pertumbuhan kami untuk setahun penuh ini berbanding tahun lepas, walaupun prestasi dalam suku tahun terakhir tahun kewangan 2014 telah mengecewakan." kata S.D. Shibulal, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan. "Kami telah memacu untuk pertumbuhan hasil sebanyak 7 hingga 9 peratus tahun hadapan dan kekal bertumpu terhadap usaha membina momentum pertumbuhan dengan membuat segala pelaburan yang diperlukan dalam perniagaan kami."
"Tunai dan kesamaan tunai kami melebihi $5 bilion sewaktu suku tahun ini. Kami telah meningkatkan nisbah bayar balik dividen sehingga 40 peratus daripada keuntungan selepas cukai berkuat kuasa tahun kewangan 2014 bagi meningkatkan pulangan untuk para pemegang saham kami." kata Rajiv Bansal, Ketua Pegawai Kewangan.
Gambaran
Gambaran syarikat itu (yang disatukan) bagi tahun fiskal yang berakhir pada 31 Mac 2015, di bawah IFRS adalah seperti berikut:
Hasil dijangka akan bertumbuh sebanyak 7 hingga 9 peratus
Sorotan Perniagaan
Anugerah dan Pengiktirafan
Perubahan Lembaga
Lembaga melantik Cik Carol M Browner sebagai Pengarah Tambahan untuk Syarikat. Pelantikan beliau akan berkuat kuasa mulai tarikh Cik Browner menerima Nombor Pengenalan Pengarah beliau daripada Kementerian Hal Ehwal Korporat
Cik Carol M. Browner telah berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Polisi Tenaga dan Perubahan Iklim Rumah Putih semasa pentadbiran Obama mulai tahun 2009 hingga 2011. Beliau berkhidmat sebagai Felo Kanan Terhormat di Pusat Kemajuan Amerika dan juga sebagai Penasihat kepada Albright Stonebridge Group. Sebelum ini, Cik Browner telah berkhidmat sebagai Pentadbir Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) sewaktu pentadbiran Clinton mulai tahun 1993 hingga 2001 serta merupakan pentadbir yang paling lama berkhidmat dalam sejarah EPA. Beliau menamatkan pelajaran daripada Universiti Florida dan Fakulti Undang-undang Universiti Florida. Cik Browner telah mengetuai Jabatan Kawal Selia Alam Sekitar Florida dari tahun 1991 hingga 1993. Terlebih dahulu dalam kerjaya beliau, beliau telah bekerja dalam Majlis Perwakilan Florida dan turut berkhidmat sebagai penasihat legislatif kepada Senator AS Lawton Chiles dan Senator AS Al Gore. Beliau berkhidmat sebagai pengarah dan penasihat kepada beberapa pertubuhan tanpa untung dan syarikat swasta, termasuk sebagai pengarah dalam lembaga Bunge Limited, Pusat Kemajuan Amerika dan juga sebagai pengerusi Lembaga Liga Pengundi Pemuliharaan, sebagai penasihat kepada Harvest Power serta Opower, sebagai Pesuruhjaya Suruhanjaya Lautan Global.
Bagi mengalu-alukan Cik Browner, Pengerusi, En. N. R. Narayana Murthy berkata, "Saya gembira dapat mengalu-alukan Cik Carol Browner ke dalam Lembaga kami. Kepakaran global Carol dalam polisi dan undang-undang alam sekitar, termasuk perkhidmatan beliau yang cemerlang dalam kerajaan AS, membawa pengalaman yang cukup berharga kepada Lembaga kami. Kehadiran Carol akan memperkaya kualiti perdebatan dan hujah pertimbangan dalam Lembaga kami."
Latar belakang Infosys Ltd
Infosys ialah peneraju global dalam bidang penyelesaian perundingan, teknologi serta penyumberan luar. Kami membolehkan para pelanggan di lebih 30 negara, kekal selangkah di hadapan arah aliran perniagaan baharu dan turut mengatasi prestasi pesaing. Kami membantu mereka untuk melakukan transformasi serta berjaya dalam dunia yang sering berubah dengan mencipta bersama penyelesaian canggih yang menggabungkan maklumat strategik dan juga kecemerlangan pelaksanaan.
Lawati http://www.infosys.com untuk melihat bagaimana Infosys (NYSE: INFY), dengan hasil tahunan sebanyak US$8.2 bilion dan lebih 160,000 kakitangan, sedang merealisasikan cogan kata Building Tomorrow's Enterprise®.
Kenyataan Perlindungan
Beberapa kenyataan dalam siaran ini tentang prospek pertumbuhan masa hadapan kami ialah kenyataan pandang ke hadapan, berkenaan jangkaan perniagaan masa hadapan kami yang bertujuan untuk melayakkannya sebagai 'kenyataan perlindungan' di bawah Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta 1995, yang melibatkan beberapa risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan keputusan sebenar benar-benar berbeza daripada seperti yang dinyatakan dalam kenyataan pandang ke hadapan itu. Risiko dan ketidakpastian yang berkaitan dengan kenyataan ini termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, risiko dan ketidakpastian berkenaan turun naik pendapatan, turun naik kadar tukaran asing, kemampuan kami untuk mengurus pertumbuhan, persaingan sengit dalam perkhidmatan IT termasuk segala faktor yang mungkin akan memberi kesan kepada kelebihan kos kami, peningkatan upah di India, kemampuan kami untuk menarik dan mengekalkan para profesional berkepakaran tinggi, masa dan kos berlebihan pada kontrak kerangka dengan harga dan masa tetap, kepadatan pelanggan, kekangan imigrasi, kepadatan segmen industri, kemampuan kami untuk menguruskan operasi antarabangsa kami, pengurangan permintaan untuk teknologi dalam bidang tumpuan penting kami, gangguan dalam rangkaian telekomunikasi atau kegagalan sistem, kebolehan kami untuk melengkapkan dan turut menyepadukan pemerolehan berpotensi dengan berjaya, liabiliti untuk kerosakan atas kontrak perkhidmatan kami, kejayaan syarikat yang menerima pelaburan strategik Infosys, penarikan atau penamatan insentif fiskal kerajaan, ketidakstabilan politik dan konflik wilayah, kekangan sah terhadap usaha mengumpul modal atau memperoleh syarikat di luar India serta penggunaan harta intelek kami yang tidak diluluskan, dan juga keadaan ekonomi biasa yang memberi kesan terhadap industri kami. Risiko tambahan yang mungkin boleh memberi kesan terhadap hasil pengendalian kami pada masa hadapan digambarkan dengan lebih terperinci dalam pemfailan kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat termasuk Laporan Tahunan kami pada Borang 20-F untuk tahun fiskal yang berakhir pada 31 Mac 2013 dan juga pada Borang 6-K untuk suku tahun yang berakhir pada 31 Disember 2013. Pemfailan ini boleh didapati di http://www.sec.gov. Dari masa ke masa, Infosys mungkin akan membuat kenyataan pandang ke hadapan tambahan secara bertulis dan secara lisan, termasuk kenyataan yang terkandung dalam pemfailan syarikat ini dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa serta laporan kami kepada para pemegang saham. Selain itu, sila ambil maklum tarikh siaran akhbar ini yang disebut pada permulaan siaran ini, dan sebarang kenyataan pandang ke hadapan yang terkandung dalam sini adalah berdasarkan andaian yang kami percaya adalah berpatutan setakat tarikh ini. Syarikat ini tidak bertanggungjawab mengemas kini apa-apa kenyataan pandang ke hadapan yang mungkin akan dibuat oleh syarikat atau wakil syarikat dari masa ke masa melainkan jika diperuntukkan oleh undang-undang.
Infosys Limited serta syarikat subsidiari |
||
Kunci Kira-kira Terkumpul Ringkas Tidak Diaudit setakat |
||
(Dalam juta dolar kecuali data syer) |
||
31 Mac 2014, |
31 Mac 2013, |
|
ASET |
||
Aset semasa |
||
Tunai dan kesamaan tunai |
$4,331 |
$4,021 |
Aset kewangan sedia untuk dijual |
367 |
320 |
Pelaburan dalam sijil deposit |
143 |
- |
Kebolehterimaan dagangan |
1,394 |
1,305 |
Hasil belum dibil |
469 |
449 |
Alat kewangan terbitan |
36 |
19 |
Prabayaran dan aset semasa lain |
440 |
391 |
Jumlah aset semasa |
7,180 |
6,505 |
Aset bukan semasa |
||
Hartanah, loji dan peralatan |
1,316 |
1,191 |
Muhibah |
360 |
364 |
Aset tidak ketara |
57 |
68 |
Aset kewangan sedia untuk dijual |
208 |
72 |
Aset cukai pendapatan tertangguh |
110 |
94 |
Aset cukai pendapatan |
254 |
201 |
Aset bukan semasa lain |
37 |
44 |
Jumlah aset bukan semasa |
2,342 |
2,034 |
Jumlah asset |
$9,522 |
$8,539 |
LIABILITI DAN EKUITI |
||
Liabiliti semasa |
||
Kebolehterimaan dagangan |
$29 |
$35 |
Liabiliti cukai pendapatan semasa |
365 |
245 |
Deposit pelanggan |
6 |
6 |
Hasil tidak diperoleh |
110 |
152 |
Kewajipan faedah kakitangan |
159 |
113 |
Peruntukan |
63 |
39 |
Liabiliti semasa lain |
792 |
568 |
Jumlah liabiliti semasa |
1,524 |
1,158 |
Liabiliti bukan semasa |
||
Liabiliti cukai pendapatan tertangguh |
11 |
23 |
Liabiliti bukan semasa lain |
54 |
27 |
Jumlah liability |
1,589 |
1,208 |
Ekuiti |
||
Modal syer-'5 ($0.16) nilai tara |
||
600,000,000 syer ekuiti diluluskan, dikeluarkan |
||
dan diterbitkan 571,402,566 setiap satu, |
||
nilai bersih 2,833,600 syer perbendaharaan setakat |
||
31 Mac 2014 dan 31 Mac 2013, masing-masing |
64 |
64 |
Premium syer |
704 |
704 |
Perolehan tertahan |
8,892 |
7,666 |
Komponen ekuiti lain |
(1,727) |
(1,103) |
Jumlah ekuiti usaha pemegang ekuiti syarikat |
7,933 |
7,331 |
Kepentingan bukan mengawal |
- |
- |
Jumlah ekuiti |
7,933 |
7,331 |
Jumlah liabiliti dan ekuiti |
$9,522 |
$8,539 |
Infosys Limited dan syarikat subsidiari |
||||
Kenyataan Pendapatan Menyeluruh Terkumpul Ringkas yang Tidak Diaudit |
||||
(Dalam juta dolar kecuali data syer dan data syer per ekuiti) |
||||
Tiga |
Tiga |
|||
Bulan |
bulan |
Tahun |
Tahun |
|
Berakhir |
berakhir |
berakhir |
berakhir |
|
31 |
31 |
31 |
31 |
|
Mac |
Mac |
Mac |
Mac |
|
2014 |
2013 |
2014 |
2013 |
|
Hasil |
$2,092 |
$1,938 |
$8,249 |
$7,398 |
Kos jualan |
1,318 |
1,261 |
5,292 |
4,637 |
Untung kasar |
774 |
677 |
2,957 |
2,761 |
Perbelanjaan pengendalian: |
||||
Perbelanjaan jualan dan pemasaran |
104 |
96 |
431 |
373 |
Perbelanjaan pentadbiran |
136 |
124 |
547 |
479 |
Jumlah perbelanjaan pengendalian |
240 |
220 |
978 |
852 |
Untung pengendalian |
534 |
457 |
1,979 |
1,909 |
Pendapatan lain, bersih |
139 |
125 |
440 |
433 |
Untung sebelum cukai pendapatan |
673 |
582 |
2,419 |
2,342 |
Perbelanjaan cukai pendapatan |
186 |
138 |
668 |
617 |
Untung bersih |
$487 |
$444 |
$1,751 |
$1,725 |
Pendapatan menyeluruh lain |
||||
Item yang tidak akan diklasifikasikan |
||||
semula sebagai untung atau rugi: |
||||
Pengukuran semula liabiliti/(aset) |
||||
faedah yang ditakrifkan bersih |
(10) |
- |
- |
- |
Item yang mungkin akan diklasifikasikan |
||||
semula selepas itu sebagai untung |
||||
atau rugi: |
||||
Perubahan nilai saksama untuk |
||||
aset kewangan sedia untuk dijual |
(3) |
1 |
(17) |
1 |
Perbezaan pertukaran untuk |
||||
penterjemahan operasi asing |
237 |
74 |
(607) |
(404) |
Jumlah pendapatan menyeluruh lain, |
||||
bersih |
$224 |
$75 |
($624) |
($403) |
Jumlah pendapatan menyeluruh |
$711 |
$519 |
$1,127 |
$1,322 |
Keuntungan daripada usaha: |
||||
Pemilik syarikat |
$487 |
$444 |
$1,751 |
$1,725 |
Kepentingan bukan mengawal |
- |
- |
- |
- |
$487 |
$444 |
$1,751 |
$1,725 |
|
Jumlah pendapatan menyeluruh usaha: |
||||
Pemilik syarikat |
$711 |
$519 |
$1,127 |
$1,322 |
Kepentingan bukan mengawal |
- |
- |
- |
- |
$711 |
$519 |
$1,127 |
$1,322 |
|
Perolehan per syer ekuiti |
||||
Asas ($) |
0.85 |
0.78 |
3.06 |
3.02 |
Dicairkan ($) |
0.85 |
0.78 |
3.06 |
3.02 |
Syer ekuiti purata berpemberat |
||||
yang digunakan dalam pendapatan pengkomputeran |
||||
per syer ekuiti |
||||
Asas |
571,402,566 |
571,402,566 |
571,402,566 |
571,399,238 |
Dicairkan |
571,402,566 |
571,402,566 |
571,402,566 |
571,400,091 |
NOTA:
1. Kunci Kira-kira Terkumpul Ringkas dan Kenyataan Terkumpul Ringkas untuk Pendapatan Menyeluruh yang tidak diaudit untuk tiga bulan dan tahun berakhir 31 Mac 2014 telah direkodkan semasa mesyuarat Lembaga yang diadakan pada 15 April 2014
2. Lampiran Fakta yang menunjukkan metrik pengendalian syarikat itu boleh dimuat turun daripada http://www.infosys.com
Lampiran Fakta: http://multivu.prnewswire.com/prnehost/PIV680713-Infosys-fact-sheet.pdf
Siaran Akhbar INR: http://multivu.prnewswire.com/prnehost/PIV680713-Infosys-IFRS-INR-press-release.pdf
Hubungi
Maklumat Perhubungan Pelabur
Sandeep Mahindroo
+91-80-3980-1018
Sandeep_Mahindroo@infosys.com
Maklumat Perhubungan Media
Sarah Vanita Gideon, India
+91(80)4156-3373
Sarah_Gideon@Infosys.com
Tara Kozak-Lindsay, Golin Harris untuk Infosys
+1(212)373-6020
TKozakLindsay@GolinHarris.com