omniture

Hisense Tetap Meneruskan Perkongsian Sukan dalam Pasaran Euro, tatkala Hasil Jualan Baharu Buktikan Keberkesanan Strategi Pemasaran Sukan Global Syarikat

Hisense
2023-06-12 10:22 59

QINGDAO, China, 12 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Hisense, syarikat barangan elektronik pengguna dan perkakas rumah yang terkemuka, berbesar hati mengumumkan perkongsian rasminya dengan Nations League Finals 2023. Penajaan tersebut akan menjadi kali ketiga Hisense menjadi rakan kongsi perlawanan akhir dan berlaku ekoran daripada angka jualan baharu yang menunjukkan strategi pemasaran sukan Hisense yang komprehensif akan berjaya.

Perjanjian dengan UEFA bermakna skrin-skrin gergasi di stadium dijenamakan dengan logo Hisense dan akan menyediakan Hisense dengan pendedahan sebelah padang dan sidang media. Perkongsian tersebut juga bererti syarikat barangan elektronik pengguna ini akan menjadi penaja siri kandungan Skill of the Day kejohanan itu, yang menonjolkan detik-detik paling ketara dalam bakat individu pada setiap perlawanan Peringkat Akhir.

Kempen Jenama Hisense "Way to Glory" untuk UNLF
Kempen Jenama Hisense "Way to Glory" untuk UNLF

Semasa kejohanan itu, Hisense akan mengaktifkan kempen khusus, 'Way to Glory', yang mencerminkan baik kemajuan berterusan Hisense di peringkat antarabangsa mahupun perjalanan yang akan dilalui oleh keempat-empat finalis dalam mengejar kemenangan di Peringkat Akhir. Hisense akan memanfaatkan kempen Way to Glory untuk mempromosikan TV siri ULED, TV Laser, rangkaian peti sejuk dan penyaman udara.

Kempen Way to Glory dan perkongsian dengan UEFA Nations League Finals 2023 dibuat semasa pertumbuhan antarabangsa yang agak besar dicapai untuk Hisense. Mulai Januari hingga April, Hisense mengalami peningkatan jualan TV sebanyak 71.14% berbanding tahun sebelumnya dan untuk mesin basuh sebanyak 63.73% di Eropah, yang mana syarikat ini mengaitkan sebahagian besarnya kepada penglibatannya yang komited dan semakin berkembang dalam dunia sukan.

Membina hubungan yang kukuh dengan pengguna dan rakan kongsi dengan memanfaatkan pemasaran sukan dengan potensi penuhnya telah menjadi tumpuan Hisense sejak ia bermula pertama kali di peringkat antarabangsa. Bekerjasama dengan harta sukan global berprofil tinggi bukan sahaja membolehkan Hisense hadir dalam beberapa detik kebudayaan yang paling banyak ditonton di dunia, namun ia turut menunjukkan komitmen syarikat untuk menjadi jenama global yang bertaraf dunia.

Hisense Italia bekerjasama dengan Inter Milan hingga musim 2024/25
Hisense Italia bekerjasama dengan Inter Milan hingga musim 2024/25

Ketika ini, Hisense memiliki 66 syarikat dan pejabat luar negara, berserta strategi pemasaran sukan serantau yang turut memainkan peranan penting dalam menyokong pembangunan perniagaan tempatan. Satu contoh penting ialah perkongsian dengan Inter Milan, yang mana peminat tempatan cenderung untuk menjadi sangat bersemangat. Kelab bola sepak Itali itu, turut dirujuk sebagai Internazionale atau Nerazzurri, telah menjadi rakan kongsi Hisense sejak Ogos 2022 dan bersedia untuk bersaing dalam Champions League Final pada hari Sabtu, 10 Jun buat kali pertama dalam 13 tahun.

Perjanjian tersebut menandakan keinginan bersama antara kelab itu dan syarikat ini untuk tekal meningkatkan prestasi, menyasarkan kejayaan dan memupuk manfaat yang boleh dikongsi oleh kedua-dua organisasi ini antara satu sama lain. Hisense membawa ketiga-tiga kepercayaan ini di bawah satu panji-panji menerusi etos #alwaysbetter yang mengiringi kesemua komunikasi Hisense yang berkaitan dengan Inter.

Hisense turut mempersembahkan Chill Fridge Inter Limited Edition yang menampilkan lambang kelab dan warna-warna pasukan. Bulan lalu, Hisense membuka lelongan amal pada eBay untuk versi khas peti ais mini yang ditandatangani oleh Naib Presiden Javier Zanetti dan hasil kutipan akan didermakan kepada UNICEF. Dengan pelancaran di bawah slogan I'M CHILL, kini produk tersebut boleh didapati untuk peminat Inter di Amazon dan Euronics.

 

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Sporting Events Sports Licensing/marketing agreements