ZHENGZHOU, China, 12 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Yutong Bus ("Yutong", SHA: 600066), pengeluar bas elektrik global yang terkemuka, melancarkan secara rasmi YEA, platform teknologi kawalan bersepadu untuk kenderaan komersial tenaga baharu. Platform khusus-EV bersepadu perisian dan perkakasan yang pertama seumpamanya untuk industri ini berpotensi merevolusikan sektor kenderaan komersial tenaga baharu China.
Acara berkenaan, Persidangan Keluaran Global untuk Jenama Teknologi Kenderaan Komersial Yutong, telahpun diadakan dengan tema "Memacu Nilai Anda" ("Drive Your Value") dan menarik minat lebih 500 wakil pelanggan dari 25 negara dan wilayah. Para hadirin meneroka secara bersama hala tuju pembangunan masa depan untuk kenderaan komersial tenaga baharu dan menyokong secara bersama "Pasukan Sifar" ("Team Zero"). Jan Deman, Pengarah Urusan Busworld Foundation, menyampaikan ucaptama acara itu.
Selain daripada pelancaran YEA, acara tersebut memaparkan barisan lengkap Yutong dengan 15 produk tenaga baharu termasuk bas, trak dan kenderaan khas. Memfokuskan kepada senario perjalanan, logistik dan operasi, Yutong telah membangunkan dan merumuskan penyelesaian untuk sembilan segmen, termasuk pengangkutan awam bandar dan luar bandar bersepadu.
Dengan YEA, Yutong dapat mencapai penyepaduan perisian dan perkakasan yang lancar, seraya meningkatkan dengan ketara keselamatan, keandalan dan kecekapan produk. Platform ini menyampaikan ciri penyepaduan super, kebolehskalaan dan evolusi kendiri, seterusnya dapat memenuhi keperluan senario penuh segmen-segmen kenderaan komersial yang berbeza.
Terdapat dua komponen teras—seni bina-C dan YOS—yang membentuk asas teknikal YEA. Seni bina-C berfungsi sebagai "otak" pintar kenderaan komersial. Ia merangkumi "unit pengkomputeran pusat, pengawal berbilang-dalam-satu, pengawal domain kabin pintar dan pengawal domain bantuan pemanduan termaju." YOS merupakan nama sistem operasi kenderaan komersial, OS yang dibangunkan sendiri dengan seni bina-C. Kombinasi antara dua komponen teras ini memudahkan gabungan fungsi dan pengagihan semula, lalu menghasilkan 200% peningkatan kuasa pengkomputeran dan 100% peningkatan kecekapan kawalan.
YEA memastikan penyahgandingan perisian dan perkakasan yang lengkap sekali gus mengurus semua perisian dan perkakasan yang terlibat melalui sistem pengurusan yang disatukan. Ini memudahkan kitaran penghantaran perisian yang lebih pendek sambil menjamin pengalaman pemanduan dan penunggangan pintar serta keselamatan operasi.
YEA turut memanfaatkan sokongan data Yutong yang luas bagi mengatasi titik keluhan utama dalam operasi kenderaan tenaga baharu, termasuk jarak yang tidak mencukupi, kecekapan operasi yang rendah, ketidakcukupan kuasa, keselamatan yang rendah, kadar kehadiran yang rendah serta kestabilan operasi yang rendah dan dalam masa yang sama menyediakan penyelesaian untuk kitar hayat penuh kenderaan pada kos yang lebih rendah berbanding yang dilihat untuk kenderaan konvensional.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://en.yutong.com/.