omniture

EPSOM COLLEGE IN MALAYSIA, SATU-SATUNYA KURIKULUM SUKAN DAN AKADEMIK BERSEPADU DI ASIA

Epsom College in Malaysia
2023-06-12 13:07 40

KUALA LUMPUR, Malaysia, 12 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Epsom College in Malaysia ("Epsom") telah mengumumkan pelancaran akademi sukan di kampus mereka dengan kerjasama beberapa nama besar dalam sukan tenis, golf dan bola sepak. Ia selaras direka sebagai bentuk satu-satunya kurikulum sukan dan akademik bersepadu di Asia untuk pendidikan yang holistik, akademi sukan di Epsom memberi peluang kepada pelajar untuk menjalani kehidupan yang sistematik, belajar dan berlatih dalam ekosistem pembelajaran holistik yang memberi penekanan sama rata kepada pencapaian akademik dan sukan.


Program Tenis Mouratoglou ("MTP") di Epsom diseliakan oleh Patrick Mouratoglou, yang telah membimbing Serena Williams untuk beberapa siri kejohanan sukan tenis yang telah menghasilkan kemenangan sebanyak   10 daripada 23 kemenangan Grand Slam dan memberi tunjuk ajar kepada beberapa atlet muda tenis yang paling cerah masa depannya seperti Stefanos Tsitsipas, Coco Gauff dan Alexei Popyrin. MTP merupakan salah satu platform bagi sukan tenis yang melibatkan pengembangan sulung luar negara bagi Akedemi Mouratoglou kerana ia berkaitan dengan program tenis dan sekolah yang menjadi fokus utamanya dan ia juga diwujudkan untuk memberi peluang kepada pelajar daripada semua tahap kemahiran untuk melibatkan diri secara langsung dalam sukan yang mereka gemari dan pada masa yang sama membuat persediaan peperiksaan  IGCSE dan A Levels mereka. Peserta-peserta MTP berlatih di bawah arahan dan bimbingan jurulatih-jurulatih yang dipilih oleh Mouratoglou Academy, di 11 gelanggang keras dan tanah liat luar dan dalaman yang mematuhi standard ITF termasuk kawasan fisio dan latihan khusus. MTP juga bekerjasama dengan Dunlop dan ASICS masing-masing memberi penajaan peralatan tenis dan pakaian jurulatih, kerjasama pertama yang dijalinkan antara sektor perkhidmatan pendidikan di Asia. Sejak pelancarannya pada September 2022, para atlet pelajar telah mencatat nama di kejohanan peringkat antarabangsa termasuk memenangi Kejohanan Tenis Antarabangsa Hatyai ke-6 dan kejohanan Girls U14 World Junior Tennis dan menerima 2 pingat emas serta 1 pingat gangsa di kejohanan Asian Junior Round-Robin 2023.

ECM Golf Academy di Epsom akan memberi tumpuan penuh dengan  menyediakan sumber peralatan yang diperlukan kepada pemain golf yang berminat dan ia bertujuan untuk merealisasikan potensi penuh mereka serta prestasi fizikal dan mental yang baik. Ketua Jurulatih, Travis van Dijk, yang memenangi pelbagai anugerah PGA Professional, mempunyai pengalaman selama lebih 17 tahun membangunkan pemain junior elit, termasuk pemain belia di Malaysia yang memperolehi biasiswa golf di universiti-universiti terkemuka di Amerika Syarikat. Kemudahan-kemudahan ECM Golf Academy akan merangkumi kemudahan latihan di kampus berkeluasan 5 ekar dengan lapangan sasar 30-bay dan studio pengajaran dalaman/luaran, kawasan hijau dan kawasan latihan dengan bunker berpasir serta latihan padang di padang golf 18 lubang 2-3 kali seminggu.

Perkongsian Epsom dengan LaLiga, bahagian bola sepak profesional terunggul sistem liga bola sepak Sepanyol yang mana pasukan-pasukan seperti Real Madrid dan F.C. Barcelona bersaing, diumumkan baru-baru ini. LaLiga Academy Malaysia akan dibuka kepada pelajar Epsom mulai September 2023, dengan sesi latihan harian diadakan di padang bola sepak 4G Astroturf Epsom yang diluluskan oleh FIFA bersama jurulatih LaLiga yang akan menetap di kampus.

Matthew Brown, Pengetua di Epsom menjelaskan, "Akademi-akademi sukan Epsom dengan kerjasama Patrick Mouratoglou, LaLiga dan Travis van Dijk menonjolkan komitmen kami yang berterusan untuk menyediakan peluang sebaik mungkin kepada atlet pelajar kami untuk menjadi individu serba lengkap. Kami percaya bahawa penyertaan sukan dan kejayaan akademik adalah tidak saling eksklusif dan dengan bimbingan dan struktur yang betul, pelajar boleh menunjukkan prestasi yang luar biasa, bagus dalam kedua-dua bidang. Kesemua akademi sukan ini akan beroperasi di kampus 50-ekar kami dan meningkatkan lagi pengalaman pembelajaran-kehidupan berkolej dan suasana komuniti yang sinonim dengan pengalaman sekolah berasrama British yang sebenar, kini di Asia."

Para pelajar yang bercita-cita tinggi untuk memohon biasiswa sukan di AS akan mendapat akses secara langsung melalui pihak  Pengajian tinggi - dengan rekod prestasi kemasukan yang sangat baik ke universiti-universiti global terkemuka - dan panduan permohonan diperibadikan. Akademi-akademi sukan Epsom dibuka kepada para pelajar dengan semua tahap kemahiran bermula dari umur 11 tahun, namun pelajar yang mendaftar masuk atau beralih ke Tahun 6 dan 7 akan dapat mengakses akademi-akademi sukan mulai September 2023 tanpa kos tambahan. Biasiswa dibuka kepada pelajar yang memohon program-program di Epsom, termasuk biasiswa akademik dan sukan.

Terdapat kem dan Hari Terbuka Epsom sepanjang tahun untuk bakal pelajar. Untuk maklumat lanjut, kunjungi akademi sukan di Epsom.

LATAR BELAKANG EPSOM COLLEGE IN MALAYSIA

Ditubuhkan pada tahun 2014, Epsom College in Malaysia ialah sekolah harian dan berasrama pendidikan bersama K12 yang terletak di tapak berkeluasan 50 ekar di Negeri Sembilan, perjalanan selama sejam dari Kuala Lumpur dan 15 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Epsom College (UK) ditubuhkan pada tahun 1855 dan Seri Paduka, Ratu, sebagai penaungnya. Epsom College in Malaysia ialah satu-satunya kampus antarabangsa Epsom. Berdasarkan kepada kecemerlangan akademik selama hampir 200 tahun, kurikulum Sedia Masa Depan Epsom disesuaikan untuk kehendak dunia moden - sebagai contoh, walaupun pelajar belajar di bawah Kurikulum Kebangsaan Bahasa Inggeris dan membuat persiapan untuk IGCSE serta A-Levels, mereka meninggalkan sekolah dengan fasih dalam bahasa Inggeris, Mandarin dan mengikuti kurikulum Matematik Singapura. Pada tahun 2022, 70% daripada pelajar IGCSE Epsom telah mencapai gred A*/A dan 63% pelajar A-Level mencapai gred A*/A – berserta kemasukan ke universiti-universiti terkemuka seperti Cambridge, Imperial, LSE dan Stanford.

Epsom memberi penekanan yang sama rata kepada aktiviti pengayaan dan kurikulum untuk pendidikan holistik yang membangunkan pelajar selanjutnya di luar bilik darjah. Kampusnya dilengkapi dengan kemudahan bertaraf dunia pakar untuk muzik, drama dan sukan termasuk padang kriket, padang ragbi, dua padang bola sepak astroturf, dewan sukan dalaman yang lengkap dengan gelanggang bola keranjang dan badminton, gelanggang skuasy, studio tarian serta kolam renang. Kompleks tenis baharu yang dibina khas - merangkumi gelanggang keras dan tanah liat luar dan dalaman yang mematuhi ITF serta kawasan fisio dan latihan khusus - menganjurkan Program Tenis Mouratoglou dan kemudahan latihan di kampus seluas 5 ekar - dengan lapangan sasar serta studio pengajaran dalaman/luaran - menjadi hos ECM Golf Academy.

Imej-imej yang disertakan boleh dimuat turun daripada pautan di bawah:
http://epsomschool.com/gallery

Halaman media sosial rasmi:
https://www.instagram.com/epsomschoolmy/
https://www.instagram.com/mouratoglou_epsom_malaysia/ 
https://www.instagram.com/epsomgolfacademy/
https://www.instagram.com/Laligaacademy_malaysia/

Source: Epsom College in Malaysia
Keywords: Education Higher Education Sports Licensing/marketing agreements New products/services