omniture

IMDA Perkenal Piawaian Kemampanan untuk Pusat Data beroperasi di Iklim Tropika

Infocomm Media Development Authority of Singapore and Informa Tech
2023-06-12 13:13 62
  • Piawaian bertujuan untuk mengoptimumkan kecekapan tenaga sambil mengendalikan DC pada persekitaran suhu lebih tinggi
  • IMDA memeterai perkongsian baharu untuk memacu kemampanan digital global

SINGAPURA, 12 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Singapura melancarkan salah satu piawaian pertama di dunia bagi mengoptimumkan kecekapan tenaga untuk pusat data (DC) di negara-negara beriklim tropika. Diumumkan oleh Menteri Kanan Negara, Komunikasi dan Maklumat Singapura, Dr Janil Puthucheary di ATxEnterprise, piawaian tersebut dibuat selepas sebuah kumpulan kerja yang terdiri daripada pakar-pakar domain dan teknikal daripada kedua-dua industri dan dunia akademik, serta agensi kerajan berusaha mewujudkan satu set garis panduan untuk mengupayakan pengendalian DC pada persekitaran suhu yang lebih tinggi sambil mengoptimumkan kecekapan tenaga.


 


DC merupakan pengupaya penting ekonomi digital

DC merupakan pengupaya penting ekonomi digital. Walau bagaimanapun, DC juga merupakan pengguna sumber yang intensif seperti tanah, air dan tenaga, lalu menyumbang kepada jejak karbon kita. Di pusat data tipikal, sistem penyejukan menyumbang sehingga 40% daripada jumlah penggunaan tenaga dengan banyak operator memilih untuk mengendalikan peralatan mereka pada suhu 22°C dan ke bawah.[1] Penyejukan DC di persekitaran iklim tropika yang lebih panas membawa cabaran tambahan memandangkan lebih banyak tenaga digunakan untuk mengendalikan sistem penyejukan.

Secara global, adanya suatu kata sepakat antara operator-operator DC mengenai keperluan untuk mengendalikan DC mereka dengan mampan. Terdapat juga peningkatan kesedaran bahawa ada kemungkinan untuk mengendalikan DC pada suhu lebih tinggi sambil mencapai hasil yang optimum. Walau bagaimanapun, terdapat kekurangan dalam garis panduan industri yang ditetapkan mengenai cara untuk menaikkan suhu operasi DC dengan selamat dalam iklim tropika dan pada tahap kelembapan yang lebih tinggi. Piawaian baharu Singapura dibangunkan berlatarbelakangkan aspek ini.

Piawaian baharu ini bermatlamat untuk membantu DC membangunkan pelan hala tuju bagi menyokong peningkatan secara beransur-ansur suhu operasi DC kepada 26°C dan ke atas. Ini boleh menjurus kepada DC berpotensi mendapat manfaat daripada 2% hingga 5% penjimatan tenaga penyejukan, dengan setiap peningkatan 1% dalam suhu operasi DC.[2] 

Menerobos sempadan kemampanan dengan DC hijau

Piawaian baharu IMDA membentuk sebahagian daripada Pelan Tindakan Ketersambungan Digital yang dilancarkan pada 5 Jun 2023 oleh Menteri Komunikasi dan Maklumat Singapura, Puan Josephine Teo. Piawaian untuk DC tropika melengkapkan piawaian dan amalan terbaik industri berkaitan kemampanan lain yang merupakan kunci dalam usaha kami untuk mencapai kemampanan dalam ekosistem ICT Singapura.

Pensijilan Tanda Hijau

Bagi menggalakkan penerimaan piawaian yang lebih luas oleh DC yang beroperasi di Singapura, IMDA bekerjasama dengan Penguasa Bangunan & Pembinaan (BCA) untuk mengemas kini skim Tanda Hijau untuk DC, yang menetapkan penanda aras kecekapan tenaga dan kemampanan untuk industri DC, menerusi piawaian baharu ini untuk DC Tropika.[3]

Untuk maklumat lanjut dan pembelian standard, sila kunjungi https://www.singaporestandardseshop.sg/.

[1] https://www.nea.gov.sg/docs/default-source/our-services/energy-efficiency/nea-dc-energy-benchmarking-summary--final-report-(3).pdf

[2] http://www.cs.toronto.edu/~bianca/papers/temperature_cam.pdf

[3] The BCA Green Mark Certification Scheme is designed to evaluate a building's environmental impact and performance. Buildings can be certified at one of four ratings – Certified, Gold, Gold Plus, Platinum.

Untuk pertanyaan media:
CHOO Hong Xian (En)
Pengurus, Komunikasi dan Pemasaran, IMDA
DID: (65) 6955 0221
Emel: choo_hong_xian@imda.gov.sg 

 

Source: Infocomm Media Development Authority of Singapore and Informa Tech
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology