omniture

DuPont(TM) Corian(R) memperkenalkan Teknologi DeepColor(TM)*

DuPont Building Innovation
2014-04-17 09:00 114

SHANGHAI, 17 April 2014 /PRNewswire/ -- Sekali lagi DuPont menetapkan piawaian unggul yang baharu daripada segi bahan pelapisan permukaan lanjutan untuk seni bina serta reka bentuk dalaman: makmal penyelidikan dan pembangunan DuPont telah berjaya mencipta penyelesaian pembuatan yang inovatif, dikenali sebagai Teknologi DeepColor™* (ciptaan menunggu kelulusan paten). Teknologi ini membolehkan penghasilan permukaan pejal dan gelap yang memberikan warna yang lebih mendalam, terang dan tahan lama, peningkatan prestasi tahan haus serta pentermobentukan, pembentukan kelim dan juga kemasan yang lebih mudah.

Teknologi DeepColor™ telah digunakan oleh DuPont bagi menghasilkan empat warna hitam:

  • DuPont™ Corian® Deep Nocturne,
  • DuPont™ Corian® Deep Anthracite,
  • DuPont™ Corian® Deep Black Quartz,
  • DuPont™ Corian® Deep Night Sky.

(Foto: http://photos.prnasia.com/prnh/20140415/0861402319-e)

Empat warna DuPont™ Corian® itu dihasilkan menerusi Teknologi DeepColor™ yang boleh didapati secara komersil. Ketersediaan produk dan warna adalah tertakluk kepada penawaran mengikut rantau.

"Teknologi DeepColor™ merupakan inovasi berasaskan sains dan teknologi yang diaplikasikan kepada warna gelap permukaan pejal DuPont™ Corian®. Kami telah mula memperkenalkannya ke rantau Asia Pasifik. Teknologi DeepColor™ telah digunakan bagi menghasilkan empat warna hitam dengan kombinasi kecantikan dan fungsi yang telah ditingkatkan. Produk baharu merupakan bukti jelas yang lebih lanjut tentang komitmen utuh kami terhadap pasaran permukaan pejal dan juga kepuasan pengguna akhir," kata Peter Huang, pengarah perniagaan DuPont Building Innovations, Asia Pasifik.

"Permukaan pejal DuPont™ Corian® merupakan transformasi seni bina serta reka bentuk dalaman, hasil kombinasi istimewa ciri dan prestasi. Menerusi Teknologi DeepColor™, kami memperkenalkan penyelesaian unggul bahan pelapisan permukaan lanjutan berwarna gelap, daripada segi fabrikasi, estetika dan juga fungsi. Dengan menggunakan teknologi ini, kami akan menyediakan penyelesaian baharu dan serba guna kepada sesiapa sahaja yang sedang mencari bahan pelapisan permukaan moden berwarna gelap," kata Eddy Verschueren, Pengurus Teknikal Global, DuPont™ Corian®, DuPont Building Innovations.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang DuPont™ Corian®: www.corian.com.cn

Mula dihasilkan sebagai bahan berprestasi tinggi untuk kaunter di dapur dan kaunter di bilik mandi, DuPont™ Corian® kini merupakan jenama global yang menerajui bagi bahan pelapisan permukaan untuk seni bina serta reka bentuk dalaman, hasil kombinasi fungsi, sifat serba guna dan juga kecantikan yang tersendiri. Sejak sekian lama, DuPont telah mengubah permukaan pejal DuPont™ Corian® menjadi alat reka bentuk luar biasa untuk pelbagai kegunaan. Dapur, bilik mandi, lampu, hiasan rumah, muka bangunan, tempat duduk, radiator, automasi rumah, permukaan kawalan sentuh: pada masa kini, DuPont™ Corian® boleh didapati di mana-mana sahaja dalam persekitaran Komersil, Kediaman dan juga Ruang Awam.

Source: DuPont Building Innovation
Related Links:
Keywords: Construction/Building Home Improvement Household Products New products/services