omniture

Merevolusikan Penjagaan Kulit untuk Wanita Malaysia, Wardah Perkenal Perfect Bright Series

Wardah
2023-06-12 22:41 17

KUALA LUMPUR, Malaysia, 12 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Wardah, jenama penjagaan kulit halal premium untuk wanita, dengan gembiranya mengumumkan Wardah Perfect Bright Series yang amat dinanti-nantikan dengan formula 4x beri cerah. Dicipta dengan begitu hebat untuk peminat penjagaan kulit dan kecantikan, Wardah Perfect Bright series diperkenalkan semasa majlis pelancaran Wardah Berry Land di Glasshouse yang berprestij di tengah-tengah Seputeh, pada Rabu, 7 Jun 2023.

Wardah, produk penjagaan kulit halal yang terkemuka, mengadakan majlis pelancaran Wardah Berry Land untuk memperkenalkan Perfect Bright Series yang inovatif bagi merevolusikan rutin penjagaan kulit untuk wanita Malaysia.
Wardah, produk penjagaan kulit halal yang terkemuka, mengadakan majlis pelancaran Wardah Berry Land untuk memperkenalkan Perfect Bright Series yang inovatif bagi merevolusikan rutin penjagaan kulit untuk wanita Malaysia.

Melalui "Wardah Berry Land", jenama ini menunjukkan dedikasinya yang tidak berbelah bahagi untuk memperkasa individu-individu menerima kecantikan unik mereka dan menyerlahkan potensi penuh mereka. Acara yang eksklusif ini menandakan bermulanya era baharu dalam penjagaan kulit, yang mana Perfect Bright series yang diperbaharui pastinya akan muncul sebagai pengubah keadaan, merevolusikan bagaimana wanita Malaysia mengamalkan rutin penjagaan kulit mereka.

Perfect Bright series by Wardah yang baharu dan dipertingkatkan ini merupakan bukti komitmen jenama ini yang tidak berbelah bahagi untuk menyediakan penyelesaian penjagaan kulit yang berkesan dan berpatutan kepada wanita Malaysia. Dengan formula yang diperbaharui dan kuasa 4x Beri Cerah, termasuk Kranberi, Beri Acai, Beri Goji dan Beri Ametis, barisan produk yang inovatif ini menawarkan pencapaian penting dalam mencerahkan dan menyihatkan kulit. Kajian meluas Wardah Skin Innovation mendedahkan bahawa empat beri cerah ini mempunyai kemujaraban antioksidan 4x yang luar biasa daripada buah-buahan lain, lalu memastikan pencerahan dan penyuburan kulit yang optimum.

Dengan memanfaatkan kuasa semula jadi buah-buahan super ini, Perfect Bright series menyemai kulit dengan banyak vitamin penting, termasuk Vitamin B3, Vitamin C, Vitamin E, mineral, polifenol, antosianin dan flavonoid. Nutrien yang berharga ini terkenal dengan sifat antioksidannya, berfungsi secara sinergistik bagi meningkatkan keserian dan penyuburan kulit. Dengan Perfect Bright series, Wardah memperkasa wanita untuk mencapai tona kulit yang cerah, sihat dan sekata, membongkar rahsia kecantikan yang berseri.

Wanda Ismarosa, Pengurus Pemasaran Antarabangsa di Paragon Technology and Innovation (Paragon Corp), syarikat induk Wardah, menekankan komitmen mereka terhadap kebolehcapaian dengan menyatakan, "Wardah mendemokrasikan akses kepada produk kecantikan inovatif yang berkesan namun berpatutan untuk wanita Malaysia. Kami ingin menjawab keperluan anda dengan menyediakan penyelesaian terbaik dengan akses yang mudah. Salah satu daripada jawapan yang kami bawakan melalui inovasi berkuasa alam semula jadi ini ialah Perfect Bright series yang anda boleh dapati melalui saluran luar talian atau dalam talian seperti Watsons, Guardian, Shopee, TikTok Shop, Lazada dan farmasi-farmasi tempatan di Malaysia."

Selain daripada faedah-faedah penjagaan kulitnya yang luar biasa, Perfect Bright series juga telah diiktiraf atas reka bentuk pembungkusannya yang cemerlang. Wardah menerima American Graphic Design Awards 2022 berprestij, yang memberi pengiktirafan kepada kecemerlangan dalam komunikasi visual dan reka bentuk merentas pelbagai industri. Pengiktirafan ini menekankan lagi dedikasi Wardah untuk menyampaikan pengalaman kecantikan luar biasa yang menggabungkan antara daya tarikan visual dengan penyelesaian penjagaan kulit yang inovatif.  

Untuk maklumat lanjut tentang Perfect Bright Series, kunjungi Instagram rasmi Wardah Malaysia www.instagram.com/wardahbeauty_my

Hubungan Media: 
Syukrina Mochtar
Pengurus PR Wardah Malaysia
+60 17-911 9210 

Source: Wardah
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics New products/services Women-related news