HANGZHOU, China, 13 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Dahua Technology, penyedia penyelesaian dan perkhidmatan AIoT bertumpu video yang terkemuka di dunia, mengadakan Sidang Kemuncak Global Bangunan Pintar pada 7-8 Jun di ibu pejabat globalnya di Hangzhou. Acara itu menghimpunkan lebih daripada 50 eksekutif kanan dan pemimpin industri daripada syarikat-syarikat hartanah yang terkenal di dunia untuk berkongsi cabaran semasa, pandangan tentang trend terkini serta pengalaman dan amalan industri mereka sendiri.
Dahua Technology, a world-leading video-centric AIoT solution and service provider, held the Smart Building Global Summit on Jun 7-8 at its global headquarter in Hangzhou. The event brought together more than 50 senior executives and industry leaders from world-renowned real estate companies to share current challenges, insights into the latest trends, and their own industry experiences and practices.
Dalam ucapan pembukaan beliau, Jason Zhao, Presiden Eksekutif di Dahua Technology, menekankan kepentingan pendigitalan dalam industri hartanah. "Pengaruh dan transformasi yang dibawa oleh pendigitalan kepada sektor hartanah adalah sangat besar," kata beliau. "Dengan memanfaatkan kekuatan inovatif kami dalam AIoT, data raya, pengkomputeran awan dan bidang-bidang lain, Dahua memperkasa pelbagai industri di seluruh dunia. Kami bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi ekosistem kami untuk membina penyelesaian bangunan pintar dan sistem perkhidmatan, dengan kes-kes yang berjaya dapat dilihat di lebih daripada 30 negara seperti Dubai (UAE), Qatar, Australia, Vietnam, Korea Selatan, Jepun dan Malaysia. Dengan memanfaatkan teknologi dan kuasa transformasi digital, Dahua mendemonstrasikan kesetiaan kami untuk mencipta format baharu yang selamat, andal, hijau, cekap dan mudah untuk industri hartanah."
James Wang, Pengurus Besar Penyelesaian Luar Negara di Pusat R&D Dahua, turut mendemonstrasikan pembangunan AI hujung-ke-hujung Dahua daripada keupayaan asas kepada aplikasi industri. Dalam masa yang sama, beliau menekankan kepentingan bersama-sama mencipta sebuah ekosistem terbuka dan koperatif, terutamanya memanfaatkan penyepaduan himpunan keupayaan Dahua dan gabungan keupayaan rakan kongsi bagi menggalakkan pembangunan industri dan mencapai situasi yang saling menguntungkan dalam kecerdasan digital melalui penyelesaian bersama.
Pada hari kedua acara itu, para peserta melawat Taman Perindustrian Inovasi Harta Intelek (Hangzhou) Zhejiang, yang melaluinya mereka dapat merasai pengalaman mod operasi dan pengurusan digital projek penanda aras 3.0 taman pintar ini yang dibina secara bersama oleh Dahua dan Greentown Technology. Acara berkenaan turut berfungsi sebagai platform untuk pengusaha industri bangunan dan hartanah tempatan berkongsi pandangan serta pengalaman berkolaborasi dengan Dahua Technology. Perlu diberi perhatian ialah Dewan Pameran Kecerdasan Digital, yang melaluinya pelbagai sorotan dan inovasi dipamerkan di lapangan.
Kelebihan Dahua Technology dalam industri bangunan pintar dan komitmennya kepada pembangunan komuniti yang mampan ditekankan melalui sidang kemuncak itu. Khususnya, pendigitalan Dahua dapat memberi nilai yang selamat, pintar dan hijau kepada pemilik rumah, pemaju hartanah dan komuniti. Dalam proses memperkasa inovasi digital bandar dan transformasi kecerdasan digital perusahaan, Dahua terus mendalami industri bangunan pintar, meneroka aplikasi pintar berkisarkan senario seperti komuniti pintar, kompleks komersial, taman perindustrian, tapak pembinaan dan hartanah pintar. Pada masa akan datang, Dahua akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi untuk memperdalam penyepaduan dan inovasi serta bersama-sama menggalakkan pembangunan industri hartanah yang lebih selamat, lebih pintar dan lebih hijau, membantu rakan-rakan kongsi meningkatkan nilai jenama, meningkatkan kecekapan pengurusan, mengurangkan kos kendalian serta terus mencipta nilai untuk pelanggan.