LED jejak mikro yang amat padat membolehkan pembinaan sistem UV berkuasa tinggi dalam berbilang aplikasi
KUALA LUMPUR, Malaysia, 17 April 2014 /PRNewswire/ -- RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE:ECM), pengedar dengan perkhidmatan tinggi yang menerajui di dunia bagi barangan elektronik dan produk penyelenggaraan, telah mengumumkan ketersediaan LED ultraungu (UV) LUXEON berkuasa tinggi daripada Philips Lumileds. Pemancar berkuasa tinggi ini mempunyai ciri jejak industri terkecil yang hanya berukuran 2.2 mm persegi dan saiznya adalah satu perlima daripada LED ultraungu serta LED ungu yang sedia ada di pasaran.
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )
LED UV LUXEON boleh dipasangkan dalam barisan padat dengan berjarak hanya 0.2 mm bagi membina sistem UV dengan ketumpatan kuasa tinggi (W/ cm persegi). Menerusi arus pemacu maksimum sebanyak 1A – untuk lebih fluks bagi setiap LED – peranti berprestasi tinggi ini merangkumi spektrum antara 385 hingga 410 nm dan tidak memerlukan kubah bagi kawalan optik yang tepat. Ia sangat bersesuaian untuk pelbagai aplikasi termasuk pempolimeran ultraungu, pengesanan palsu, spektroskopi, perubatan, lampu keselamatan/forensik dan juga lampu khusus seperti lampu akuarium serta lampu cahaya belakang di kelab malam.
LED ini adalah berdasarkan reka bentuk peletakan permukaan LUXEON Z yang menggunakan pemasangan flip-cip serta menetapkan acuan UV agar berhubung langsung dengan substrat Aluminium Nitrida (AIN) yang boleh mengkonduksi haba bagi menghasilkan prestasi haba terbaik. Rintangan haba adalah serendah 3.5K bagi setiap Watt.
LED UV LUXEON boleh didapati secara terus daripada stok RS Components untuk penghantaran pada hari yang sama.
Latar Belakang RS Components
RS Components dan Allied Electronics merupakan jenama dagangan Electrocomponents plc, pengedar dengan perkhidmatan tinggi yang menerajui di dunia bagi barangan elektronik dan produk penyelenggaraan. Dengan operasi di 32 negara, kami menawarkan kira-kira 550,000 produk menerusi Internet, katalog dan di kaunter perdagangan kepada lebih satu juta pelanggan, dengan penghantaran sehingga 44,000 bungkusan setiap hari. Produk kami diperoleh daripada 2,500 pembekal yang menerajui, yang merangkumi barangan elektronik, automasi dan juga kawalan, ujian dan pengukuran, komponen elektrik serta mekanikal.
Electrocomponents disenaraikan di Bursa Saham London dan beroleh hasil sebanyak GBP 1.24 bilion bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2013.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web di www.rs-components.com.
Maklumat lanjut boleh didapati menerusi pautan berikut:
@RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS
RS Components melalui Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components
RS Components melalui Weibo
http://e.weibo.com/u/3206377000?type=0
Pautan Berkaitan:
Electrocomponents plc
http://www.electrocomponents.com
RS Components
http://www.rs-components.com
DesignSpark
http://www.designspark.com
RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
E-mel: soochun.tan@rs-components.com
Telefon: +65-6391-5745
Bahagian Perhubungan Awam Edelman (Singapura)
Yvette Yeo
Pengurus
E-mel: yvette.yeo@edelman.com
Telefon: +65-6347-2355
SUMBER: RS Components