omniture

Komitmen Toshiba kepada Masa depan Neutral-Karbon

Toshiba Corporation
2023-06-13 20:16 84

SINGAPURA, 13 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Tenaga bersih dan revolusi digital sedang mengubah dunia, menjadikan kemajuan lebih mampan dan menyokong populasi yang semakin meningkat di wilayah-wilayah yang pesat membangun seperti Asia Tenggara. Namun begitu, peralihan yang berterusan ini memerlukan teknologi yang memastikan keselamatan dan keandalannya. Ia penting kerana emisi karbon terus meningkat, menjadikan keperluan kita kepada tenaga boleh baharu lebih mendesak berbanding sebelum ini.

 

Untuk siaran multimedia penuh, klik di sini: https://www.multivu.com/players/English/9174351-toshiba-carbon-neutral-greenhouse-clean-energy/

Neutral karbon bererti emisi gas-gas rumah hijau, bermula dengan CO₂, dan tidak termasuk CO₂ yang diserap di kawasan tadahan karbon seperti hutan, berjumlah sifar. Bagi Toshiba, dengan liputan perniagaan yang merangkumi penjanaan, penghantaran serta penyimpanan tenaga, hinggalah penggunaan tenaga yang pintar dalam industri, pengangkutan dan cara lain, Toshiba dapat menyediakan penyelesaian yang dapat mengurangkan emisi dalam banyak bidang yang berbeza.

Penjanaan

Toshiba menyediakan CCS (Penangkapan dan Penyimpanan Karbon) untuk sistem kuasa terma yang mengeluarkan CO umumnya dan menyediakan sistem kuasa nuklear yang tidak menghasilkan CO₂. Di samping itu, Toshiba menggalakkan perniagaan tenaga boleh baharu, angin, solar, hidro serta kuasa geoterma yang hampir tidak mengeluarkan CO₂.

Pemindahan

Penyelesaian Toshiba bertujuan untuk memastikan agar tenaga bersih dapat dihantar merentas jarak jauh dan disimpan dengan cara yang mesra alam. Toshiba sedang membangunkan teknologi untuk memadankan bekalan dan permintaan yang membawa tenaga elektrik kepada pengguna yang memerlukannya dan teknologi penghantaran kuasa yang mengurangkan kehilangan kuasa.

Penyimpanan

Bateri litium-ion boleh dicas semula SCiB™ Toshiba menyediakan penyelesaian untuk penyimpanan jangka pendek lebihan kuasa. Sebagai penyelesaian jangka lebih panjang, teknologi Kuasa-kepada-Gas (Power-to-Gas) menukarkan lebihan kuasa elektrik kepada hidrogen yang boleh disimpan dan diangkut ke tempat yang memerlukannya. Toshiba menggunakan teknologi ini untuk membangunkan penyelesaian kawalan untuk penstabilan sistem kuasa.

Penggunaan tenaga yang pintar

Penggunaan tenaga yang cekap merupakan salah satu objektif kami untuk membantu merealisasikan sebuah masyarakat tanpa emisi CO₂, dan bagi mencapai tujuan ini, Toshiba mempromosikan pengelektrikan dengan memasang bateri boleh dicas semula SCiB™. Ciri-ciri luar biasanya menjadikan bateri ini sesuai untuk digunakan dalam pelbagai jenis kenderaan elektrik dan hibrid – termasuk kapal, kereta api dan kenderaan berpandu automatik – serta lif, infrastruktur IoT, sistem kuasa elektrik dan sistem bekalan kuasa tanpa gangguan.

Kekuatan Toshiba terletak pada keupayaan ini untuk menyumbang kepada keneutralan karbon dalam pelbagai bidang. Dengan teknologi inovatif serta komitmen mendalam kepada dunia yang lebih baik dan lebih hijau, Toshiba berusaha ke arah mencapai infrastruktur tenaga hijau yang stabil dan cekap di Asia Tenggara.

Toshiba's Contributions to Carbon Neutrality
Toshiba's Contributions to Carbon Neutrality

Carbon Recycling (*1 Bioenergy with Carbon Capture, *2 Fischer-Tropsch process)
Carbon Recycling (*1 Bioenergy with Carbon Capture, *2 Fischer-Tropsch process)

Source: Toshiba Corporation
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Environmental Products & Services Environmental Issues