omniture

Mesin binaan elektrik pertama Asia Tenggara tiba di Singapura

Volvo Construction Equipment
2023-06-13 17:35 31

Mesin binaan elektrik sepenuhnya yang pertama daripada Volvo Construction Equipment (Volvo CE) dilancarkan di Asia Tenggara di acara gala pada 7 Jun 2023. Lebih 100 tetamu berhimpun untuk meraikan detik penting dan menyaksikan teknologi baharu yang menarik itu dari dekat.

SINGAPURA, 13 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Pemimpin-pemimpin kanan daripada syarikat-syarikat pembinaan yang paling penting di negara ini serta wakil-wakil penjual Volvo CE dari seluruh Asia Tenggara dan barisan kepimpinan Volvo CE dari Asia menghadiri acara pelancaran itu.

Southeast Asia’s first electric construction machines arrive in Singapore.
Southeast Asia’s first electric construction machines arrive in Singapore.

Tomas Kuta, Presiden Rantau Asia untuk Volvo CE, memulakan pelancaran:

"Syarikat kami ingin mencapai emisi sifar-bersih menjelang tahun 2040 dan sebagai sebahagian daripada hasrat itu dan komitmen kami terhadap Sasaran Berasaskan Sains, kami ingin mengurangkan emisi daripada barisan produk kami sebanyak 30% menjelang tahun 2030, serta mengurangkan emisi daripada operasi kami sendiri sebanyak 50% dalam jangka masa yang sama. Singapura merupakan pasaran yang lazim untuk mesin binaan elektrik dengan tumpuan kukuh pada kemampanan, kecekapan dan keselamatan. Kami melancarkan mesin elektrik pertama kami di Asia Tenggara dan percaya ia akan berperanan sebagai landas pelancaran untuk melanjutkan jualan di Singapura dan pasaran serantau yang lebih luas."

Volvo CE menyasarkan agar 35% daripada mesin yang dijual olehnya dikuasakan oleh elektromobiliti menjelang tahun 2023. Ia sudahpun mempunyai rangkaian jentera binaan berkuasa elektrik yang paling luas. Di Singapura, syarikat ini telahpun melancarkan tiga model: mesin pengorek kompak ECR25 Electric, jentera angkut beroda kompak L25 Electric dan mesin pengorek EC55 Electric.

Jenny Egermark, Chargé d'Affaires a.i. (Kuasa Usaha Sementara) di Kedutaan Sweden di Singapura, merupakan antara VIP di acara itu dan mengulas:

"Saya berbesar hati melihat mesin binaan Sweden yang inovatif daripada Volvo dilancarkan di Singapura. Ia merupakan penambahan yang cemerlang kepada industri pembinaan Singapura yang tangkas. Kedua-dua Sweden dan Singapura mempunyai matlamat yang bercita-cita tinggi ke arah kemampanan dan mengurangkan emisi karbon dan pelancaran mesin binaan elektrik pertama Volvo ini membawa kami selangkah lebih hampir untuk mencapai matlamat yang sama ini."

EV menuju luar-jalan

Mesin binaan elektrik mempunyai kuasa untuk mengubah cara tapak binaan dan industri pengendalian bahan beroperasi. Ia menawarkan manfaat produktiviti yang sama seperti mesin diesel yang setara, namun dengan kurang bunyi bising, kurang getaran dan tiada asap ekzos. Ia dapat membantu industri-industri memenuhi keperluan kemampanan.

Di Singapura, negara ini telah menetapkan sasaran yang bercita-cita tinggi untuk mengupayakan kemampanan dalam rantaian nilai bangunan dan pembinaan melalui Pelan Induk Bangunan Hijau Singapura (Singapore Green Building Masterplan, SGBMP). Ini termasuk memperkenalkan amalan pembinaan mampan yang mandatori. Menggunakan mesin elektrik dalam projek-projek akan membantu kontraktor mencapai objektif-objektif kemampanan mereka.

Terokai lebih lanjut tentang mesin dan perkhidmatan Volvo di www.volvoce.com/asia.

Volvo Construction Equipment (Volvo CE) ialah peneraju global bagi penyelesaian pembinaan, menyampaikan produk dan perkhidmatan premium yang menggabungkan kuasa serta prestasi dengan cara beroperasi yang paling mampan. Volvo CE mendapat manfaat kerana berhubung dengan Volvo Group, yang turut menawarkan trak, bas, penyelesaian kuasa untuk kegunaan marin dan perindustrian, pembiayaan dan perkhidmatan yang meningkatkan masa hidup dan produktiviti pelanggan kami. Melalui perspektif yang holistik ini, Volvo Group komited untuk membentuk landskap masa depan penyelesaian pengangkutan dan infrastruktur yang mampan. Untuk maklumat lanjut kunjungi www.volvoce.com

 

 

 

Source: Volvo Construction Equipment
Keywords: Auto Construction/Building Machinery Mining/Metals Transportation