omniture

American Crew, Peneraju Dandanan Lelaki Profesional, Bawa Cabaran All-Star kepada Peringkat Global

American Crew
2014-04-17 17:00 110

DENVER, 17 April 2014 /PRNewswire/ -- American Crew, peneraju profesional dalam bidang dandanan lelaki, membawa potongan dan gaya rambut lelaki kepada peringkat global di Lisbon, Portugal, bagi Cabaran All-Star 2013-2014 iaitu pertandingan global tahunan bagi mengiktiraf pendandan rambut lelaki terbaik di dunia.

Cabaran All-Star American Crew telah mendapat pengiktirafan meluas sebagai salah satu pertandingan dandanan lelaki yang terbaik. Cabaran tersebut memberi tumpuan terhadap kesenian penggayaan rambut – kreativiti, teknik serta interpretasi aspek kelelakian dalam dunia moden. Peringkat akhir pertandingan tersebut serta pengumuman bagi Juara Global 2013-2014 akan diadakan pada 28 April di MEO Arena, Lisbon.

"Dandanan rambut lelaki terus membuka peluang pada peringkat global. Eropah merupakan pasaran tumpuan bagi American Crew memandangkan kami melihat potensi yang terus meningkat bagi perkongsian bersama salun menerusi inovasi produk, sokongan pemasaran serta komitmen pendidikan kami," kata Raquel Matilla, Pengarah Pemasaran Global American Crew. "Kami amat teruja untuk mengiktiraf bakat para pendandan rambut terbaik di salah satu bandar Eropah yang paling kreatif dan indah ini."

Lebih 1100 pendandan dari 18 negara telah menyertai pertandingan tersebut dan negara berikut berjaya ke peringkat akhir untuk menjadi wakil pada peringkat global: Australia, Denmark, Kanada, Perancis, Jerman, Hungary, Ireland, Norway, Belanda, Rusia, Sepanyol, Sweden, Switzerland dan juga Amerika Syarikat.

"Cabaran All-Star dengan pantasnya menjadi pertandingan penggayaan rambut perdana – tahap kemahiran dan keterujaan global pertandingan ini adalah sangat mengagumkan," kata Craig Hanson, Pengarah Kreatif American Crew. "Setiap negara yang berjaya ke peringkat akhir akan menyerlahkan interpretasi kesenian yang tersendiri terhadap kaedah dan gaya memotong rambut."

Panel hakim global bagi pertandingan ini terdiri daripada: David Raccuglia, pengasas American Crew; Hanson; Sandra Nygaard, Editor Kanan Fesyen dan Dandanan, Men's Health; Sergi Bancells, Pengurus Besar AS, Sepanyol dan Amerika Latin, Estetica Magazine; serta Pedro Jose Munoz, Juara Global Cabaran All-Star 2012-2013.

Bagi melihat visual, cara penggayaan individu serta liputan belakang tabir Cabaran All-Star American Crew, sila layari Ibu Pejabat Digital Cabaran All-Star American Crew di http://www.americancrew.com/allstarchallenge/

Latar belakang Cabaran All-Star American Crew:
Cabaran All-Star American Crew bertujuan untuk mengiktiraf pendandan rambut lelaki terbaik di dunia. Potongannya. Modelnya. Fotografinya. Gabungkan kesemuanya bagi menghasilkan interpretasi unggul anda terhadap jejaka yang mewakili American Crew. Kami mahukan pendandan rambut terbaik di dunia ini. Seseorang yang mempunyai wawasan artistik yang amat tersendiri. Seseorang yang memahami apa yang diperlukan untuk mewujudkan ciri kelelakian moden, yang mampu menghasilkan karya hebat menerusi fotografi serta pendekatan berseni tahap profesional. Jika anda mempunyai ciri tersebut, teruskan usaha memperhebat gaya anda kerana Cabaran All-Star American Crew kembali dengan cabaran yang jauh lebih hebat untuk anda berbanding sebelum ini. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari http://www.americancrew.com/allstarchallenge/home. Ikuti kami melalui Twitter: @AmericanCrew dan juga Facebook: https://www.facebook.com/americancrew.

Latar belakang American Crew:
American Crew, peneraju profesional dalam bidang dandanan lelaki, merupakan jenama yang mentakrifkan gaya, penjagaan rambut serta arah aliran dandanan lelaki, yang diedarkan di lebih 30,000 salun di lebih 40 negara. Rangkaian produk dandanan American Crew menyediakan segala-galanya yang diperlukan bagi menghasilkan dan turut menjaga gaya rambut lelaki termasuk produk dalam kategori rambut, badan, mencukur, gaya dan juga wangian, kesemuanya boleh didapati secara eksklusif di salun, kedai gunting rambut serta peruncit yang dibenarkan. American Crew turut mempunyai komitmen berterusan bagi menambah baik gaya lelaki, memperhebat imej peribadi mereka serta menyediakan sokongan pendidikan, pemasaran serta pembentukan imej bagi membantu para pendandan untuk menyerlahkan wawasan dandanan dan juga fesyen lelaki bagi jenama tersebut – gaya klasik, keandalan serta keyakinan – ke pasaran. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.americancrew.com.

Source: American Crew
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services