omniture

CGTN: China, Honduras merangka perjalanan untuk hubungan dalam pertemuan bersejarah pemimpin-pemimpin

CGTN
2023-06-13 22:38 35

BEIJING, 13 Jun 2023 /PRNewswire/ -- China dan Honduras telah menunjukkan permulaan yang pantas dan tangkas untuk hubungan diplomatik mereka sejak ia terjalin secara rasmi hanya lebih daripada dua bulan yang lalu.

Susulan perasmian kedutaan-kedutaan mereka di ibu negara masing-masing sejak seminggu lalu, Beijing dan Tegucigalpa mengalu-alukan satu detik bersejarah pada hari Isnin, apabila Presiden Cina Xi Jinping mengadakan perbincangan dengan Presiden Honduras yang melawat Iris Xiomara Castro Sarmiento.

Mengambil maklum bahawa Castro merupakan presiden Honduras pertama yang mengadakan lawatan negara ke China, Xi memuji lawatan beliau sebagai satu kepentingan yang istimewa ketika ia membuka bab baharu dalam catatan sejarah hubungan China-Honduras.

"China akan tetap komited untuk membangunkan hubungan yang mesra bersama Honduras, menyokong padu pembangunan ekonomi dan sosial di Honduras serta menjalin hubungan persahabatan dan perkongsian yang baik bersama Honduras yang menampilkan sikap saling menghormati, kesaksamaan, faedah bersama dan pembangunan bersama," ikrar beliau.

Xi turut menyatakan kesediaan beliau untuk bekerjasama dengan presiden Honduras dari perspektif strategik dan jangka panjang bagi memimpin hubungan dua hala itu ke arah pembangunan yang lebih besar dan mengubah visi kerjasama menjadi hasil yang nyata demi manfaat yang lebih besar untuk kedua-dua rakyat.

Prinsip satu-China

Beberapa jam selepas Honduras mengumumkan bahawa ia telah memutuskan apa yang digelar sebagai "hubungan diplomatik" dengan wilayah Taiwan, China, negara Amerika Tengah itu menandatangani satu pernyataan bersama dengan China pada 26 Mac, menjadi negara ke-182 yang menjalin hubungan diplomatik bersama China berdasarkan kepada prinsip satu-China.

Dengan berbuat demikian, Castro, presiden wanita pertama Honduras yang dipilih pada November 2021 dan dilantik pada Januari 2022, telah menunaikan salah satu janji kempen beliau.

Semasa perbincangan pada hari Isnin, Xi memuji keputusan "bersejarah" yang dibuat oleh beliau dan keazaman poliitik yang "tidak berbelah bahagi" yang ditunjukkan oleh beliau dalam menjalin hubungan diplomatik bersama China, mengatakan bahawa sumbangan itu akan "tercatat dalam sejarah."

Prinsip satu-China merupakan premis utama dan asas politik untuk pewujudan hubungan diplomatik serta pembangunan hubungan dua hala antara China dan Honduras, kata beliau.

Castro berkata pihak Honduras menyokong padu dan mematuhi prinsip satu-China serta menyokong usaha kerajaan Cina untuk mencapai penyatuan semula negara.

Menurut satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada hari Isnin, China dan Honduras bersetuju untuk meningkatkan kerjasama di bawah Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) dan pihak Honduras menyatakan sokongan untuk Inisiatif Pembangunan Global, Inisiatif Tamadun Global dan Inisiatif Sekuriti Global – ketiga-tiga inisiatif yang dicadangkan oleh China untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh dunia dan era ini.

'Janji besar' dalam kerjasama

Selepas perbincangan mereka, Xi dan Castro bersama-sama menyaksikan penandatanganan 17 dokumen kerjasama dua hala dalam bidang-bidang seperti pembinaan BRI, ekonomi, perdagangan, pemeriksaan kualiti, pertanian, sains dan teknologi, kebudayaan serta pendidikan.

Kedua-dua pihak turut bersetuju untuk memulakan rundingan tentang perjanjian perdagangan bebas pada tarikh awal. Sejak bulan Mac, China telah memberi kebenaran import beberapa produk utama Honduras seperti kopi, udang, tembikai dan pisang.

Dalam tempoh empat bulan pertama tahun 2023, import China dan eksport ke Honduras mencecah kira-kira 3.89 bilion yuan ($540 juta), satu peningkatan sebanyak 22.9 peratus berbanding tahun sebelumnya dan khususnya, import meningkat sebanyak 229.5 peratus, seperti yang ditunjukkan oleh data daripada kastam China.

"Hubungan dua hala telah bermula dengan baik dan pantas serta menikmati kedinamikan dan janji yang hebat," kata Xi kepada Castro semasa pertemuan mereka.

Castro berkata Honduras yakin tentang masa depan, melihatkan kemajuan kerjasama yang pesat antara kedua-dua negara sepanjang dua bulan yang lalu.

Di majlis perasmian kedutaan Honduras di Beijing pada hari Ahad, Menteri Luar Honduras Enrique Reina berkata pewujudan hubungan diplomatik bersama China membuka era baharu dalam hubungan Honduras bersama dunia dan menawarkan peluang kepada Honduras untuk menjadi sebuah negara yang "hebat dan makmur".

"Bersama China, kami membuka jendela peluang yang baharu untuk perdagangan dan perniagaan Honduras dan dengan ini, demi pertumbuhan ekonomi Honduras," kata Reina kepada CGTN dalam satu wawancara baru-baru ini.

Castro sedang melakukan lawatan negara selama enam hari ke China yang akan berlangsung hingga Rabu. Beliau tiba di Shanghai pada hari Jumaat. Honduras akan mengambil bahagian dalam Ekspo Import Antarabangsa China yang akan diadakan di Shanghai lewat tahun ini dan menghantar pelajar-pelajar muda ke bandar ini untuk belajar, kata beliau di Shanghai.

https://news.cgtn.com/news/2023-06-12/Xi-holds-talks-with-Honduran-president-1kzOFov1ej6/index.html

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service