omniture

EZVIZ umum projek penanaman pokok globalnya dengan kerjasama Treedom, menghijaukan planet dengan pembelian produk mesra alam

EZVIZ Inc.
2023-06-14 11:00 69

Menerusi Rancangan Hutan Global 3-tahun pertamanya, EZVIZ berusaha memenuhi komitmennya melalui pilihan reka bentuk produk serta tindakan nyata yang menyumbang kepada penambahbaikan planet

HOOFDDORP, Belanda, 14 Jun 2023 /PRNewswire/ -- EZVIZ, peneraju global bagi teknologi rumah pintar, telah mengukuhkan komitmen jangka panjangnya menuju masa depan yang lebih hijau pada Hari Alam Sekitar Sedunia 2023 dengan melancarkan secara rasmi Rancangan Hutan Global EZVIZ. Berganding bahu dengan Treedom, platform penanaman pokok pertama yang membolehkan orang ramai menanam pokok dari jauh dan mengikuti kisah projeknya secara dalam talian. EZVIZ akan menanam beribu-ribu batang pokok di seluruh dunia sepanjang tiga tahun akan datang. Rancangan itu akan memberi impak ke atas negara-negara termasuk Thailand, Guatemala, Kenya dan Ecuador, memperkasa petani dan memperkayakan biodiversiti tempatan. Projek ini memperoleh sumber daripada "Green Fund" EZVIZ yang dibiayai oleh jualan inovasi berorientasikan ekologi terkini EZVIZ, termasuk panel solar, kamera keselamatan berkuasa solar dan peranti yang diperbuat daripada bahan-bahan kitar semula.

"Memandangkan keselamatan, kepintaran dan kemampanan menyumbang kepada syarat-syarat teras EZVIZ Smart Home yang berorientasikan masa depan, kami berharap dapat membantu semua orang menjalani kehidupan yang lebih baik dengan teknologi lebih mudah dan pada planet yang lebih hijau," kata Sandra Zheng, pengarah penjenamaan global EZVIZ. "Projek-projek seperti ini membolehkan EZVIZ mengubah advokasi kepada tindakan."

Sebagai sebahagian daripada inisiatif jenama EZVIZ Green, Rancangan Hutan Global EZVIZ merupakan kempen mesra alam pertama syarikat ini untuk melibatkan orang ramai dan produk dengan aktif, menurut Zheng. Secara purata, EZVIZ akan menanam dua batang pokok setiap hari dengan pakar eko dan petani, memilih spesies pokok yang berasal dari persekitaran tempatan dan boleh disesuaikan dengan perubahan iklim. Sebagai projek agro-perhutanan yang telus, perkembangan terkini akan dikongsi secara terbuka dengan imej dan maklumat melalui laman sesawang EZVIZ dan Treedom.

Lebih penting lagi, inisiatif EZVIZ Green dilanjutkan untuk mencerminkan dedikasi syarikat untuk membina teknologi pengguna yang mampan. Rancangan Hutan Global EZVIZ merupakan permulaan kepada pelancaran pasaran yang akan datang bagi siri vakum robot mesra alam pertama syarikat, RC dan RE, memandangkan setiap robot dibuat sebahagiannya dengan plastik kitar semula yang bersamaan dengan 16 botol air. EZVIZ juga terus menambah baik reka bentuk perkakasan dengan bahagian pakai buang yang sedikit dan menyokong kitar hayat produk yang lebih lama dengan bahan-bahan berkualiti tinggi dan kemas kini perisian yang andal.

Di samping perjuangan memerangi pembaziran dan pencemaran, EZVIZ turut melakar pencapaian yang boleh dilihat dalam membangunkan sistem keselamatan rumah generasi seterusnya yang dikuasakan oleh tenaga hijau. Baca lebih lanjut tentang EZVIZ Green di https://www.ezviz.com/page/ezviz-green.

 

Source: EZVIZ Inc.
Keywords: Computer/Electronics Corporate Social Responsibility Environmental Issues