SCHENECTADY, New York, 18 April 2014 /PRNewswire/ -- SI Group, Inc. telah mengumumkan pada hari ini syarikat ini telah menandatangani perjanjian untuk mengambil alih perniagaan Antioksidan, Ibuprofen dan juga yang berkaitan, termasuk aset daripada Albemarle Corporation (NYSE:ALB). Pemindahan tersebut merangkumi tapak pengeluaran di Orangeburg, Carolina Selatan, Amerika Syarikat serta Jinshan, China. Perjanjian ini melibatkan perluasan perniagaan antioksidan SI Group dan akan memantapkan kedudukan syarikat tersebut sebagai salah satu daripada tiga pembekal Ibuprofen terbaik pada peringkat global.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20130204/NY53537LOGO-b
"Ini merupakan perjanjian terbesar dalam sejarah SI Group," kata Frank Bozich, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif SI Group. "Pengambilalihan inilah tindakan yang wajar dalam strategi perluasan kami, lalu menjadikan SI Group sebagai peneraju penyelesaian dalam pasaran bahan aktif farmaseutikal dan juga antioksidan pada peringkat global."
Pengambilalihan tersebut termasuklah rangkaian produk antioksidan Albemarle serta perniagaan Ibuprofen dan Propofol yang dikawal selia oleh FDA. Di samping itu, aplikasi dan juga keupayaan sokongan teknikal di Shanghai serta Baton Rouge, Louisiana, Amerika Syarikat turut terangkum dalam pemindahan ini.
"Pengambilalihan ini merupakan langkah penting dalam strategi perluasan SI Group kepada pasaran pelengkap yang lebih pantas berkembang dan pada masa yang sama, turut menambah baik perniagaan teras kami menerusi kecemerlangan dalam menjalankan perniagaan," ujar Stephen Haller, Naib Presiden Kanan Pembangunan Perniagaan Baharu dan Strategi.
Pengambilalihan ini dijangka akan selesai pada akhir tahun ini, tertakluk kepada kelulusan badan kawal selia yang berkaitan. Maklumat tambahan tentang SI Group boleh didapati di www.siigroup.com.
Latar Belakang SI Group
SI Group merupakan pembangun dan pengeluar yang menerajui pentas global daripada segi perantaraan kimia, resin khusus serta penyelesaian. Setelah diasaskan pada tahun 1906 dan kini beribu pejabat di Schenectady, New York, SI Group merupakan syarikat yang dimiliki keluarga dengan penyediaan kemudahan di 10 negara. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang SI Group, sila layari www.siigroup.com.
Hubungi:
Brooke Manrique
Pengurus Perhubungan Awam & Komunikasi Pemasaran
SI Group, Inc.
+1-518-347-4112
brooke.manrique@siigroup.com