KUALA LUMPUR, Malaysia, 14 Jun 2023 /PRNewswire/ -- CHANGELEADER, sebuah syarikat pemula teknologi yang berpangkalan di Singapura, dengan sukacitanya mengumumkan perkongsiannya dengan BEYOND4 Malaysia. Sebagai platform digital aplikasi mudah alih berasaskan awan, CHANGELEADER bersedia untuk mentransformasikan ruang pembangunan latihan dan pembelajaran eksekutif untuk organisasi-organisasi, dengan memanfaatkan serta mempertingkatkan penggunaan teknologi dan juga peranti mudah alih di mana-mana sahaja. Perkongsian ini mengujakan kerana ekosistem BEYOND4 bukan sahaja memupuk syarikat pemula tetapi juga memberi panduan dan bimbingan strategi ke pasaran menjadi ruang permintaan pembangunan professional dan eksekutif yang semakin berkembang di Malaysia.
CHANGELEADER dicipta untuk menangani masalah utama yang kritikal untuk organisasi-organisasi. Saban hari, organisasi-organisasi akan menghadapi cabaran perubahan, secara luaran dan dalaman serta berkemungkinan perlu terus mengharungi kerumitan di hadapan. Cabaran-cabaran ini paling banyak memberi impak ke atas pengurus pertengahan, yang membentuk 30-40 peratus dalam kebanyakan organisasi. Pengurus, Penyelia, Ketua Projek dan Ketua Pasukan ini merupakan kunci kepada kejayaan pelaksanaan, perlu bekerja dengan idea baharu dan membawa idea ini ke dalam bidang kerja sedia ada mereka. Walau bagaimanapun, pengurus pertengahan sering dilihat sebagai masalah dalam banyak usaha transformasi organisasi; mereka enggan terlibat dalam perkara yang mereka tidak jelas tentangnya atau semakin terbeban di tempat kerja. Lantaran memfokuskan kepada tugas, mereka sering kurang menyedari tentang keperluan untuk berhubung dan bagaimana untuk bekerjasama dengan lebih baik bersama kakitangan, terutamanya dalam pasukan.
"Akibat daripada pandemik, kami menyedari kesusahan pengurus pertengahan yang semakin meningkat, sering diabaikan dari segi belanjawan latihan. Kami merasionalkan perlunya agar lebih ramai eksekutif, penyelia dan pengurus menjadi lebih bersedia menghadapi perubahan. Kami menyedari bahawa ini merupakan sesuatu yang agak sukar untuk dilakukan dalam program kepimpinan tradisional, kerana kebanyakan daripada cabaran itu adalah khusus kepada konteks asas dan personaliti individu," kata Kieran Kishore, Ketua Operasi dan Analitis.
Tambah Shawn Lourdusamy, Penasihat Pembangunan Perniagaan CHANGELEADER, "Pasaran latihan eksekutif dan pengurus Malaysia membawakan kepada kami, syarikat pemula berpangkalan di Singapura, dengan peluang yang hebat untuk menguji aplikasi mudah alih perundingan mikro kami. Ia adalah daripada proposisi nilai pengguna mahupun kemampuan berkos rendah yang dijanjikan, seterusnya berpotensi untuk mencapai kebolehskalaan di dalam dan merentas organisasi-organisasi."
Rangkaian penyelesaian CHANGELEADER termasuk akses aplikasi mudah alih 24/7 untuk pengurus dan penyokong pertumbuhan, akses nasihat pakar, webinar dipilih atur serta pengukuran pertumbuhan program awal dan akhir. Dengan CHANGELEADER, Pasukan HR berpeluang untuk mendapat manfaat daripada People Analytics serta cadangan untuk pertumbuhan berasaskan kakitangan.
CHANGELEADER, dengan kerjasama BEYOND4, akan membawakan platform aplikasi mudah alih ini pada September 2023 di Kuala Lumpur. Butiran lanjut mengenai acara ini di shawn@thechangeleader.org.