omniture

SALTO Systems dedahkan Ibu Pejabat Asia Tenggara baharu dan XSperience Centre sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan 7-angka di Singapura

SALTO Systems
2023-06-14 13:10 36
  • Ini merupakan sebahagian daripada pelaburan 7-angka SALTO Systems di Singapura dan ibu pejabat rantau baharu jenama ini di Asia Tenggara
  • Pejabat baharu dan XSperience Centre akan menyediakan pengalaman interaktif kepada rakan niaga dan pengguna akhir melalui demonstrasi peribadi penyelesaian kawalan akses pintar SALTO Systems

SINGAPURA, 7 Jun 2023 /PRNewswire/ -- SALTO Systems, pengeluar yang terkemuka bagi penyelesaian kawalan akses elektronik dan sistem operasi yang menyediakan pengalaman tanpa kunci, mendedahkan ibu pejabat rantau Asia Tenggara baharu bagi syarikatnya dan XSperience Centre di Singapura.

Sejak tahun 2001, SALTO telahpun sinonim dengan kawalan akses yang inovatif termasuk aplikasi mandiri, berasaskan awan dan mudah alih. Produk penguncian elektronik SALTO telah memperkukuh perniagaan untuk rakan kongsi keselamatan di seluruh Asia Pasifik (Singapura, Australia, Korea, Tanah Besar China, Hong Kong SAR dan Taiwan) dan di seluruh dunia bermula dari Sepanyol hingga Jerman dan AS. Penyelesaian SALTO menyampaikan bangunan pintar tanpa kunci dan menetapkan standard baharu dalam aspek keselamatan, kebolehurusan, kefleksibelan dan reka bentuk yang membawa manfaat dunia sebenar kepada hampir semua jenis pintu.

Di Singapura sahaja, SALTO menawarkan perkhidmatan kepada lebih 500 pelanggan terkemuka yang mewakili bidang hospitaliti, ruang kerja, kemudahan pendidikan dan industri komersial. SALTO XSperience Centre berkeluasan 800 kaki persegi, yang merupakan sebahagian daripada ruang ibu pejabat berkeluasan 3,000 kaki persegi yang lebih besar, akan menawarkan perkhidmatan sebagai titik tumpuan interaktif untuk rakan niaga dan pengguna akhir bagi mengalami sendiri pengurusan bangunan pintar dan teknologi penguncian elektronik SALTO Systems generasi seterusnya.

"SALTO XSperience Centre merupakan bukti pengiktirafan kami terhadap kepentingan rantau Asia Tenggara. Kami percaya pengalaman produk merupakan kunci untuk mengemudi kepelbagaian budaya Asia Tenggara yang beraneka. Apa yang paling penting ialah mencipta pengalaman positif untuk pengguna akhir kami – sesuatu yang melangkaui bahasa dan budaya. Ini merupakan salah satu sebab utama di sebalik pembangunan XSperience Centre kami," kata En. Adrian Tan, Ketua Unit Perniagaan, Singapura, SALTO Systems.

SALTO Systems mengiktiraf Singapura sebagai landas pelancaran yang sangat baik untuk rantau Asia Tenggara, yang boleh dikaitkan dengan persekitaran perniagaannya yang kondusif, infrastruktur cemerlang, sumber manusia dan kesalinghubungan strategik antara pelbagai ekonomi SEA.

Dengan rakan-rakan kongsi serantau dalam XSperience Centre baharu ini, pelanggan boleh mempelajari lebih lanjut tentang teknologi kawalan akses dan penyelesaian pengurusan bangunan pintar daripada pakar-pakar industri. Pengunjung juga akan berpeluang merasai pengalaman pelbagai jenis penyelesaian kawalan akses perintis yang dibina oleh SALTO Systems dan kumpulan syarikat teknologi keselamatannya, yang membentuk generasi bangunan pintar dan teknologi penguncian elektronik yang seterusnya.

SALTO Systems bertujuan untuk menerajui penggantian kunci mekanikal dengan kunci digital elektronik di peringkat global. Beribu pejabat di Sepanyol, SALTO Systems mengendalikan pejabat di lebih 40 negara, mempunyai lebih daripada tujuh juta titik akses elektronik dan 40 juta pengguna harian di seluruh dunia.

Ibu pejabat baharu SALTO Systems boleh ditemui di Tingkat 12, Bugis Junction Tower, Singapura.

Untuk maklumat lanjut tentang SALTO Systems, sila kunjungi https://saltosystems.com/en-sg/

 

 

 

Source: SALTO Systems
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Corporate Expansion