Petaling Jaya, Malaysia, 14 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Scotch™ Brand daripada 3M telah melancarkan rangkaian gunting pembuka kotak (Unboxing Scissors) inovatif – gunting yang direka khas dengan dwikegunaan yang membolehkan pengguna bertukar antara fungsi pisau pembuka kotak atau gunting dalam beberapa saat, membolehkan pengguna membuka kotak dan bungkusan mereka dengan pantas dan mudah. Rangkaian produk baharu ini boleh didapati dalam dua varian – gunting keluli tahan karat dengan salutan tidak melekat (hijau) dan gunting keluli tahan karat (ungu).
Sejajar dengan trend e-dagang semasa, proses nyah-kotak kini menjadi rutin biasa bagi kebanyakan rakyat Malaysia dan Singapura – baik pelajar, pembeli dalam talian mahupun pemilik perniagaan. Semasa membuka kotak, kita mungkin menghadapi kesukaran apabila pita bungkusan terbalut atau melekat pada gunting, pemotong atau pisau. Malah, sesetengah orang pula menggunakan lebih daripada satu alat untuk membuka kotak dan menggunting bungkusan. Alat yang salah juga boleh merosakkan barang belian semasa proses unboxing tersebut.
Di syarikat sains global 3M, kakitangannya terus mempelopori inovasi setiap hari, sama ada besar mahupun kecil, untuk memenuhi keperluan dan nilai-nilai insan yang kian berubah di seluruh dunia. Menyedari keperluan untuk menambah baik pengalaman memotong dan membuka kotak untuk semua, 3M telah melancarkan Scotch™ Unboxing Scissors keluli tahan karat salutan tidak melekat dan juga Scotch™ Unboxing Scissors keluli tahan karat serba baharu.
"Inovasi sentiasa memacu pembangunan produk baharu di 3M, dan dengan lebih daripada 130,000 paten di seluruh dunia, kami terus mencetus transformasi dengan produk-produk yang kami hasilkan, dan juga cara kami memacu proses penjanaan idea ke hadapan. Rangkaian Scotch™ Unboxing Scissors baharu daripada 3M, yang menggunakan sains untuk menghasilkan ciptaan yang bermanfaat, menyelesaikan masalah pengguna supaya mereka dapat menikmati pengalaman menggunakan alat memotong yang direka secara inovatif dan bersifat serba guna ini," kata Stephanie Ng, Pengurus Pemasaran Produk, 3M Malaysia dan Singapura.
Scotch™ Unboxing Scissors daripada 3M – Direka berteraskan inovasi
1. Reka bentuk dwikegunaan
Memotong dan membuka kotak sememangnya mencabar jika alat yang digunakan merosakkan barangan di dalam bungkusan atau terlalu tumpul untuk memotong bahan-bahan berbeza. Scotch™ Unboxing Scissors daripada 3M boleh bertukar antara dua fungsi: fungsi pisau pembuka kotak dan gunting. Anda hanya perlu menolak pemegang kanan ke bawah untuk fungsi pisau dan menolak pemegang kanan ke atas untuk fungsi gunting. Scotch™ Unboxing Scissors 2-dalam-1 daripada 3M membolehkan pengguna bertukar antara dua fungsi dalam masa beberapa saat sahaja.
2. Potong dengan yakin
Membuka bungkusan atau kotak pembelian terbaharu anda adalah seperti membuka hadiah hari jadi anda, dan pengalaman ini membuatkan anda rasa teruja. Bagaimanapun, keseronokan boleh bertukar menjadi keresahan jika alat pemotong tergores atau terpotong barangan yang dibungkus. Usah bimbang kerana fungsi gunting unboxing mempunyai mata gunting terdedah yang tidak sampai 6mm. Mata gunting ini cukup tajam untuk memotong pelbagai bahan pembungkusan, tanpa merosakkan barangan di dalamnya. Apabila gunting berada dalam fungsi pisau, pemegangnya terkunci untuk menjamin keselamatan anda. Dengan menggunakan Scotch™ Unboxing Scissors baharu daripada 3M, anda kini boleh membuka kotak dengan mudah dengan risiko kerosakan lebih rendah kepada barangan berharga anda.
3. Memotong pelbagai bahan dengan mudah
Scotch™ Unboxing Scissors juga telah direka khas untuk memotong bahan seperti plastik, kadbod dan banyak lagi. Scotch™ Unboxing Scissors (hijau) daripada 3M menggunakan keluli tahan karat yang kukuh dengan salutan tidak melekat untuk memberikan pengalaman memotong yang lancar. Salutan tidak melekat dapat mencegah pita daripada melekat, memastikan mata gunting sentiasa bersih tanpa sebarang sisa lekatan.
Scotch™ Unboxing Scissors keluli tahan karat bersalut tidak melekat 7" daripada 3M boleh didapati dalam warna hijau dan dijual pada harga runcit RM36.90 (SGD12.90), manakala Scotch™ Unboxing Scissors keluli tahan karat 7" daripada 3M disediakan dalam warna ungu dan dijual pada harga runcit RM30.90 (SGD10.90).
Scotch™ Unboxing Scissors baharu kini ditambah kepada rangkaian gunting Scotch™ yang serba luas. Baik untuk membuka kotak barangan yang anda beli mahupun membantu menyediakan makanan, rangkaian gunting Scotch™ memenuhi keperluan setiap pengguna.
Mencipta penyelesaian yang menambah baik kehidupan insan menjadi nadi penggerak 3M, dengan Scotch™ Unboxing Scissors baharu kini ditambah kepada rangkaian gunting Scotch™ yang serba luas. Baik untuk membuka kotak barangan yang anda beli mahupun membantu menyediakan makanan, rangkaian gunting Scotch™ memenuhi keperluan setiap pengguna. Berikut adalah beberapa gunting inovatif Scotch™ yang boleh anda dapati di gedung-gedung runcit yang popular:
1. Gunting Dapur Scotch™ Antibakteria Premium daripada 3M
2. Gunting Dapur Scotch™ Detachable Titanium daripada 3M
3. Gunting Makanan Bayi Scotch™ Portable daripada 3M
Gunting Scotch™ daripada 3M boleh didapati di gedung-gedung terpilih di Malaysia, seperti Ace Hardware, Ben's Independent Grocer, Mydin dan Village Grocer serta Kedai Buku Popular di Malaysia dan Singapura. Para pembeli dalam talian juga boleh mendapatkan produk yang sama menerusi gedung rasmi 3M Malaysia Lazada dan Shopee dan 3M Singapore Lazada dan Shopee.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk Scotch™ Brand, sila layari katalog Scotch™ di www.scotchbrand.com.my.
3M dan Scotch ialah tanda dagangan 3M.
-TAMAT-
Mengenai Scotch™ Brand
Sama ada untuk keseronokan atau fungsi, untuk sesuatu yang rumit atau mudah. Setiap tugasan adalah unik dan begitu juga proses menyempurnakan setiap tugas. Mereka yang boleh 'MELAKUKAN' dan mengetahui 'CARANYA' bakal menentukan hasilnya. Ternyata kaedah pemotongan terbaik sentiasa bermula dengan Scotch™ Brand.
Ikuti kami di:
Facebook (MY) https://www.facebook.com/Scotch™Malaysia
Facebook (SG) https://www.facebook.com/Scotch™singapore/
Mengenai 3M
3M (NYSE: MMM) yakin bahawa sains membantu mencipta dunia yang lebih cerah bagi semua. Dengan memanfaatkan kuasa insan, idea dan sains untuk membayangkan semula apa yang mampu dilakukan, pasukan global kami menangani secara unik peluang dan cabaran yang dihadapi pelanggan, komuniti dan bumi kita. Ketahui cara kami berusaha menambah baik kehidupan dan langkah kami seterusnya di 3M.com/news atau di Twitter di @3M atau @3MNews.