omniture

Shanghai Electric Dedahkan Pelan Tindakan Dwi Karbon di Ekspo Keneutralan Karbon Sulung di Shanghai

Shanghai Electric
2023-06-14 15:56 67

Pelan tindakan komprehensif ini memfokuskan untuk membina keupayaan yang menawarkan penyelesaian sistematik untuk senario aplikasi yang menyumbang kepada planet lebih hijau.

SHANGHAI, 14 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric (SEHK:2727, SSE:601727) baru-baru ini mendedahkan pelan tindakan dwi karbonnya yang mengagumkan di Ekspo Keneutralan Karbon Antarabangsa Shanghai dalam Teknologi, Produk dan Pencapaian (Ekspo Keneutralan Karbon) sulung, iaitu pameran bertema karbon-neutral yang pertama seumpamanya di China. Pelan tersebut memperkenalkan penyelesaian perintis dan komprehensif untuk jenis sistem kuasa baharu serta penyelesaian taman perindustrian sifar-karbon tiga dimensi.

Shanghai Electric Dedahkan Pelan Tindakan Dwi Karbon di Ekspo Keneutralan Karbon Sulung di Shanghai

Shanghai Electric Dedahkan Pelan Tindakan Dwi Karbon di Ekspo Keneutralan Karbon Sulung di Shanghai

Pelan tindakan berkenaan merangkumi langkah-langkah sistematik dan perancangan strategik Shanghai Electric untuk mengoptimumkan dan menaik taraf struktur korporatnya merentas pelbagai skop emisi karbon, dengan tujuan untuk mencapai matlamat dwi karbon Syarikat berdasarkan kepada operasinya sendiri. Objektif-objektif utama termasuk pengurangan sebanyak 70 peratus dalam emisi karbon dioksida bagi setiap unit KDNK menjelang tahun 2030 berbanding paras 2020, meraih keneutralan karbon dengan mencapai emisi karbon puncak dan mencapai keneutralan karbon rantai nilai penuh menjelang tahun 2055.

Pelan tindakan Shanghai Electric bertumpukan pada dua senario aplikasi utama — penyelesaian sistem kuasa baharu "komprehensif" dan penyelesaian taman perindustrian sifar-karbon "tiga-dimensi". Melalui tiga laluan utama, iaitu transformasi proses hijau, penggantian kuasa hijau dan pengurusan rantai bekalan pintar hijau, serta tiga laluan iaitu penggantian tenaga, peningkatan kecekapan tenaga dan peredaran sumber, Shanghai Electric menyasarkan untuk membina dan membangunkan platform dwi-karbon, teknologi karbon, inovasi perindustrian dan modal perindustrian yang kukuh. Usaha ini bertujuan untuk mempercepatkan pengoptimuman dan penaiktarafan struktur industri.

Dalam pelan tindakan tersebut, Shanghai Electric berkongsi kes percubaan transformasi rendah-karbon tenaga tradisional yang berikut serta penerokaan pembangunan dan aplikasi tenaga bersih:

Kuasa Arang Batu - Shanghai Electric telah membangunkan sistem produk untuk penjanaan kuasa arang batu yang memecahkan rekod global secara berterusan bagi penggunaan arang batu terendah. Khususnya, unit juta-kilowatt pemanasan semula sekunder ultra-superkritikal di Loji Janakuasa Dongying Datang telah mencapai kecekapan 49.4 peratus, mengurangkan penggunaan arang batu kepada 248.86 g/kWj, lalu menetapkan penanda aras baharu bagi penggunaan arang batu terendah di peringkat global.

Storan Berpam - Unit kelima Stesen Janakuasa Storan Berpam Changlongshan, terletak di Daerah Anji, Wilayah Zhejiang, disambungkan secara rasmi ke grid dan memulakan operasi komersial. Stesen janakuasa ini mempunyai kepala air berkadar 710 meter dan unit boleh balik dengan output melebihi 300 MW, menjadikannya yang pertama seumpamanya di dunia.

Kuasa Angin - Shanghai Electric mendominasi pasaran kuasa angin luar pesisir China selama lapan tahun dan telah mencapai pengiktirafan global. Syarikat ini berjaya menyiapkan projek kuasa angin kapasiti unit-tunggal komersial terbesar dunia dan projek dengan diameter turbin angin terbesar.

Tenaga Solar - Shanghai Electric berupaya mencapai penjanaan kuasa berterusan selama 24 jam dengan tenaga boleh baharu 100 peratus. Ia memiliki kapasiti pemasangan kuasa solar terpumpun (CSP) dan fotovolta (PV) individu terbesar di dunia. Khususnya, projek CSP 950 MW Dubai mencapai purata harga elektrik 7.3 sen AS/kWj dan mengurangkan emisi karbon dioksida sebanyak 1.6 juta tan setiap tahun.

Storan Tenaga Bateri Litium-ion - Shanghai Electric telah menunjukkan aplikasi komprehensif bateri litium-ion dalam pelbagai senario, termasuk aplikasi sisi-grid, sisi-pengguna dan sisi-penjanaan kuasa. Syarikat ini mempelopori model storan tenaga berkongsi pada sisi grid.

Storan Tenaga Aliran Cecair - Shanghai Electric memiliki siri modul tindanan, elektrolit dan sistem dengan reka bentuk modular, pembuatan dan keupayaan penyampaian kejuruteraan. Penyelesaiannya telah dieksport ke Eropah, Jepun dan Australia, antara wilayah-wilayah lain.

Tenaga Hidrogen - Shanghai Electric meliputi seluruh rantai nilai dalam bidang tenaga hidrogen, termasuk penghasilan hidrogen, penyimpanan stesen mengisi minyak serta reka bentuk dan pengeluaran turbin gas untuk pengadunan hidrogen.

Platform Kecerdasan Digital Terpusat - Platform internet perindustrian SEUnicloud 2.0 Shanghai Electric mengupayakan pendigitalan dan kawalan terpusat. Ia berfungsi sebagai asas untuk kawalan terpusat peringkat stesen, pembinaan loji janakuasa maya dan penyepaduan dan projek-projek tenaga boleh baharu.

Di samping itu, Shanghai Electric menunjukkan kecemerlangan dalam reka bentuk, penyelidikan dan pembangunan, pembuatan serta perkhidmatan peralatan gas tugas berat, peralatan kuasa nuklear, penyelesaian bersepadu dalam penghantaran dan pengagihan kuasa serta penyelesaian yang komprehensif untuk sistem pintar dan bersepadu.

Berhubung penyelesaian taman perindustrian sifar-karbon, Shanghai Electric memfokuskan kepada aspek-aspek seperti reka bentuk dan pembinaan loji perindustrian hijau, bekalan tenaga boleh baharu teragih, barisan pengeluaran pintar hijau digital, sistem pemacu perindustrian dan kawalan pintar, produk teras, pembinaan bangunan pintar, platform pengurusan operasi dan kesihatan pintar untuk transit rel, penyahgaraman air laut dan transformasi kitar semula seluruh taman.

Shanghai Electric akan terus memanfaatkan kelebihannya yang komprehensif dalam industri-industri peralatan canggih dan berkolaborasi bersama institusi-institusi rantaian industri bagi menggalakkan transformasi hijau dan penaiktarafan. Dengan sejarah selama 120 tahun, Shanghai Electric memainkan peranan penting sebagai tonggak industri negara dan bermatlamat untuk memperkasa pembangunan industri global melalui teknologi dan inovasi, lalu menyumbang kepada kehidupan yang lebih baik untuk umat manusia.

Latar Belakang Shanghai Electric

Shanghai Electric Group Company Limited (SEHK: 2727, SSE:601727), pembekal global yang terkemuka bagi penyelesaian sistem pintar mesra alam gred-perindustrian dengan kehadiran di seluruh dunia, berdedikasi terhadap tenaga pintar, pembuatan pintar dan penyepaduan kecerdasan digital. Dengan tumpuan pada pembangunan rendah-karbon dan transformasi digital dengan membuka arena baharu dan menggalakkan pemacu pertumbuhan yang baharu, Shanghai Electric akan berusaha untuk menjadi peneraju dalam usaha untuk memuncak emisi karbon dioksida sebelum tahun 2023 dan mencapai keneutralan karbon sebelum tahun 2060, pengeluaran peralatan tenaga baharu dan penyetempatan peralatan canggih, memanfaatkan peluang tanpa sempadan dalam ekosistem perindustrian yang inovatif bersama-sama rakan-rakan kongsi global.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.shanghai-electric.com/group_en/.

 

 
Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Environmental Issues New products/services Trade show news