omniture

Polygon dan YAS Perkenal Insurans Basikal Sematan Pertama Malaysia

YAS Group Limited
2023-06-14 16:03 79

KUALA LUMPUR, Malaysia, 14 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Pengeluar basikal yang terkemuka Polygon dan penyedia insurans digital YAS telah mencapai kejayaan yang luar biasa di Malaysia dengan menjadi yang pertama menyediakan insurans basikal sematan yang didatangkan dengan setiap pembelian basikal baharu. Inisiatif perintis ini dapat dijayakan melalui kolaborasi Polygon X YAS.

YAS x Polygon x Etiqa - Ketahui Lebih Lanjut Perlindungan Tunggangan Basikal Lancar:  https://partner.yas.io/polygon
YAS x Polygon x Etiqa - Ketahui Lebih Lanjut Perlindungan Tunggangan Basikal Lancar:  https://partner.yas.io/polygon

Di bawah kolaborasi ini, pelanggan Polygon kini boleh menikmati faedah tambahan iaitu perlindungan insurans basikal percuma daripada YAS BYKE, bagi memastikan basikal mereka dilindungi daripada kerosakan dan kecurian yang mungkin berlaku. Insurans sematan ini akan memberi ketenangan minda kepada penunggang basikal ketika mereka memulakan pengembaraan berbasikal mereka.

Terkenal dengan penyelesaian insurans pintar dan didorong secara digital, YAS berdedikasi untuk menjadikan insurans cepat, ringkas dan boleh dicapai untuk semua. Justeru itu, perkongsian ini memastikan pelanggan Polygon akan menerima perlindungan yang mudah dan proses tuntutan yang lancar daripada YAS, sekiranya mereka menghadapi sebarang kejadian berbasikal yang tidak diingini di jalan raya. Sama seperti produk penyedia insurans pelopor yang lain, insurans sematan ditaja jamin oleh syarikat insurans yang terkenal, Etiqa General Insurance Berhad (EGIB).

Kolaborasi Polygon X YAS menandakan satu peristiwa penting dalam industri berbasikal, menetapkan standard baharu untuk perlindungan pelanggan dan meningkatkan pengalaman berbasikal keseluruhan. Pelancaran tawaran yang inovatif ini berlangsung pada 11 Jun di #FIVE Cycle, Run, Kafe di Damansara Heights, memberi peluang kepada peminat aktiviti berbasikal untuk mempelajari lebih lanjut tentang faedah-faedah serta ciri-ciri insurans basikal sematan Polygon X YAS.

POLYGON
"Kami teruja untuk berganding bahu dengan YAS bagi memperkenalkan satu pendekatan pengubah keadaan untuk insurans basikal," kata Daniel Law, Pengurus Besar Polygon Malaysia. "Kolaborasi bersama YAS ini dapat memastikan pemilik basikal Polygon dapat menikmati basikal mereka dengan tenang."

YAS
"Di YAS, kami percaya tentang menerobos sempadan dan mencabar status quo," kata Andy Ann, Ketua Pegawai Eksekutif YAS. "Berganding bahu dengan Polygon selaras secara sempurna dengan misi kami untuk merevolusikan insurans, menjadikannya lebih ringkas, lebih berpatutan dan inklusif untuk semua peminat aktiviti berbasikal," ulas Zaryl Tan, Pengarah Negara YAS Malaysia. Maklumat lanjut tentang YAS: https://my.yas.io 

ETIQA GENERAL INSURANCE BERHAD
Fukhairudin Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksektutif Etiqa General Insurance Berhad berkata, "Etiqa General Insurance Berhad teruja untuk memainkan peranan dalam kolaborasi antara Polygon Malaysia dan YAS. Dengan membolehkan penunggang basikal memfokuskan kepada perkara yang paling mereka suka lakukan, tatkala kami melindungi perkara yang penting untuk mereka, lebih ramai rakyat Malaysia akan terdorong untuk meneruskan gaya hidup yang sihat dengan ketenangan minda."

Untuk maklumat lanjut tentang kolaborasi perintis Polygon dengan YAS serta kempen insurans basikal sematan, sila kunjungi https://partner.yas.io/polygon/ atau hubungi Rylie Lee di rylie@my.yas.io.

Source: YAS Group Limited
Keywords: Banking/Financial Service Insurance Sports Licensing/marketing agreements New products/services Outdoors/Camping/Hiking