GUANGZHOU, China, 18 April 2014 /PRNewswire/ -- Pada 31 Mac 2014, Infinitus (China) Company Ltd, ahli LKK Health Products Group (LKKHPG), telah diiktiraf sebagai "Syarikat Bersaiz Besar Utama" oleh Kerajaan Rakyat Guangdong, China.
Syarikat berkaitan hanya boleh melayakkan diri sebagai calon jika mempunyai jumlah jualan tahunan melebihi RMB 10 bilion (kira-kira USD 1.61 bilion), dan mereka dapat menikmati layanan istimewa dalam kawal selia serta sokongan berkaitan daripada kerajaan bagi pembangunan jangka panjang mereka.
En. Harry Yeung, Naib Presiden Kanan LKKHPG dan jurucakap Infinitus (China) berkata, "Penghormatan sebegini mencerminkan pengiktirafan kerajaan terhadap inovasi dan pembangunan Infinitus yang berterusan. Galakan ini akan merangsang kami supaya merebut peluang yang ada dan terus berinovasi dan turut membangunkan perniagaan agar dapat menyediakan produk serta perkhidmatan yang lebih berkualiti untuk khalayak umum, demi matlamat mencapai kehidupan yang sihat bersama."
Infinitus komited terhadap inovasi serta penyelidikan & pembangunan dengan pelaburan tahunan sebanyak lebih RMB 100 juta dalam aspek tersebut. Infinitus telah mewujudkan sistem penyelidikan & pembangunan tersendiri, dan telah bekerjasama rapat dengan beberapa institusi saintifik dan institusi pendidikan berwibawa yang terkemuka, termasuk Universiti Sains dan Teknologi Hong Kong, Institut Materia Medica Shanghai, Akademi Sains China, dan sebagainya. Kini, Infinitus memegang 93 paten dan beberapa teknologi saintifik bebas yang berkaitan dengan Polisakarida Herba, Schizandrin B, Faktor Pemutih Majmuk, Peptida Aktif, Pati Herba dan sebagainya.
Selain penyelidikan & pembangunan, Infinitus turut mementingkan kawalan kualiti semasa proses penghasilan. Oleh itu, syarikat ini telah membuat pelaburan besar selama bertahun-tahun bagi menjamin tahap pemodenan kemudahan penghasilan dan proses sejajar dengan piawaian dunia. Setakat ini, Infinitus telah mendapat perakuan ISO9001:2008, GB/T 22000-2006/ISO 22000:2005, HACCP serta GMP (untuk makanan kesihatan).
Sebagai ahli Lee Kum Kee Group, LKKHPG telah mengusahakan misi korporatnya untuk "menggalakkan kawal atur kesihatan Cina unggul dan turut memupuk kehidupan lebih sihat dengan keseimbangan, kemewahan serta harmoni" sejak penubuhannya dengan "Infinitus" sebagai jenama teras. Oleh itu, ia telah mengetengahkan serta menggalakkan falsafah kesihatan tersendirinya untuk "menggalakkan kehidupan sihat melalui pemeliharaan kehidupan dan jaminan tenaga". "Pemeliharaan Kehidupan dan Jaminan Tenaga" menegaskan "Tiga Cara Memelihara dan turut Mengawal Atur Kehidupan" serta "Empat Jenis Rasional". "Tiga Cara Memelihara dan turut Mengawal Atur Kehidupan" merujuk kepada pemeliharaan serta kawal atur tenaga Qi, Yin & Yang dan juga Zang-Fu, manakala "Empat Jenis Rasional" pula membayangkan amalan pemakanan, kehidupan, senaman dan juga emosi yang rasional.
Foto: http://www.infinitus-int.com/news-detaile-139771809433445.html?l=en
HUBUNGI: Samson Su +86-20-3816-8859 dan samson.su@infinitus-int.com