omniture

ZTE peroleh dua anugerah utama di Asian Telecom Awards 2023

ZTE Corporation
2023-06-15 00:43 78
  • ZTE memenangi anugerah "Inovasi Teknologi Tahunan Terbaik - Filipina" untuk perkongsiannya dengan Converge ICT Solutions Inc. ZTE memperkenalkan perkhidmatan XGS-PON kediaman pertama di Filipina melalui Converge
  • ZTE memperoleh anugerah "Inisiatif HR Tahunan Terbaik - Filipina" menerusi program FLIPnya yang cemerlang

MANILA, Filipina, 15 Jun 2023 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi, telah diberi pengiktirafan dengan dua anugerah berprestij di Asian Telecom Awards 2023. ZTE menerima anugerah "Inovasi Teknologi Tahunan Terbaik - Filipina" dan "Inisiatif HR Tahunan Terbaik - Filipina". Penghargaan ini mengiktiraf pencapaian dan inisiatif cemerlang ZTE antara syarikat-syarikat telekomunikasi terunggul Asia.

Asia Telecom Awards memuji usaha syarikat-syarikat telekomunikasi di seluruh Asia dalam menyampaikan produk dan perkhidmatan terbaik dalam pasaran yang mencabar. ZTE membezakannya daripada persaingan dengan menggunakan ZTE XGS-PON untuk pengembangan rangkaian dan melaksanakan Program Peningkatan Penyempatan Filipina (Filipino Localization Improvement Program, FLIP). FLIP memfokuskan untuk meningkatkan kemahiran jurutera tempatan dan memacu usaha penyetempatan, yang menunjukkan komitmen ZTE untuk memperkasa industri telekomunikasi Filipina."

ZTE merangkul anugerah Inovasi Teknologi Tahunan Terbaik - Filipina untuk perkongsiannya bersama Converge ICT Solutions Inc., penyedia internet gentian yang berkembang paling pantas di negara ini. ZTE memperkenalkan perkhidmatan XGS-PON kediaman pertama di Filipina menerusi Converge, mengupayakan purata kelajuan 8 Gbps yang pertama dalam industri ini. Ini membawakan pengalaman negara pertama di dunia untuk kumpulan pelanggan Converge, menampung keperluan aplikasi yang memerlukan lebar jalur, lebih ramai pengguna dan peningkatan bilangan peranti.

"ZTE Philippines akan terus menjadi rakan kongsi negara bagi membawakan inovasi teknologi yang tiada tandingannya, tetap setia kepada komitmen kami ke arah memacu ekonomi digital," kata Zhang Chaohao, Ketua Pegawai Pemasaran ZTE Philippines. 

Sementara itu, ZTE turut meraih anugerah Inisiatif HR Tahunan Terbaik - Filipina untuk program FLIPnya, strategi pengurusan bakat yang dirancang dengan teliti yang bertujuan untuk merekrut dan memupuk bakat digital dalam industri ini. Di samping itu, ZTE telah memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) kerjasama strategik dengan dua universiti terunggul Filipina, University of Santo Tomas (UST) dan Polytechnic University of the Philippines, sebagai sebahagian daripada Program Penghubung Industri-Akademia (Industry-Academe Linkage Program, IALP). Kolaborasi ini mengukuhkan perkongsian industri-akademia serta memupuk pertumbuhan bersama.

"Kesemua inisiatif dan perkongsian yang dimulakan oleh ZTE Philippines ini memimpin syarikat menuju hala tuju yang berjaya, serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara secara keseluruhan menerusi bakat luar biasa yang dirancang untuk ditarik, dibangunkan dan dikekalkan oleh ZTE," kata Jin Zhichao, Ketua Pegawai Teknologi ZTE Philippines.  

"Sebagai sebuah syarikat yang percaya akan kualiti tenaga kerja warga Filipina, kami berharap dapat menarik minat dan memupuk lebih ramai bakat cemerlang dari Filipina," simpul Liu Feng, Pengarah HR ZTE Philippines

LATAR BELAKANG ZTE:

ZTE membantu menghubungkan dunia dengan inovasi yang berterusan demi masa depan yang lebih baik. Syarikat ini menyediakan teknologi inovatif dan penyelesaian bersepadu, portfolionya merangkumi semua siri perkhidmatan telekomunikasi tanpa wayar, talian dawai, peranti dan profesional. Menawarkan perkhidmatan kepada lebih seperempat daripada populasi global, ZTE berdedikasi untuk mencipta ekosistem digital dan pintar serta mengupayakan ketersambungan dan kepercayaan di mana-mana sahaja. ZTE disenaraikan pada Bursa Saham Hong Kong dan Shenzhen. www.zte.com.cn/global

IKUTI KAMI:

Facebook www.facebook.com/ZTECorp
Twitter www.twitter.com/ZTEPress
LinkedIn www.linkedin.com/company/zte
YouTube www.youtube.com/@ZTECorporation

PERTANYAAN MEDIA:

ZTE Corporation
Komunikasi
Emel: ZTE.press.release@zte.com.cn

 

 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment