omniture

East Ventures lancar Laporan Kemampanan 2023 tahunannya

East Ventures
2023-06-15 00:58 79
  • Laporan Kemampanan East Ventures 2023 memberi ilustrasi mendalam tentang perjalanan kemampanan East Ventures yang memangkinkan impak dalam ekosistemnya
  • Berfungsi sebagai laporan kedua, Laporan Kemampanan East Ventures 2023 mengukuhkan lagi komitmen tidak berbelah bahagi East Ventures terhadap ketelusan dan peranannya dalam menempa laluan ke arah masa depan mampan

Laporan Kemampanan East Ventures 2023

JAKARTA, Indonesia, 15 Jun 2023 /PRNewswire/ -- East Ventures, sebuah firma modal teroka sektor-agnostik perintis dan terkemuka di Indonesia, melancarkan Laporan Kemampanan East Ventures 2023. Laporan ini menunjukkan komitmen berterusan East Ventures dan ekosistemnya untuk mengintegrasikan rangka kerja dan amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dalam mencipta nilai mampan untuk masyarakat.

Laporan Kemampanan East Ventures 2023
Laporan Kemampanan East Ventures 2023

"Laporan Kemampanan East Ventures kedua sejajar dengan misi East Ventures bukan sahaja untuk memberi pulangan kewangan yang kukuh, tetapi juga untuk memberi impak yang bermakna dan berkekalan ke atas alam sekitar dan masyarakat. Dengan mematuhi piawaian ESG, kami percaya kami dapat memaksimumkan penciptaan impak pelaburan dan inisiatif kami. Kami membolehkan syarikat-syarikat berpotensi tinggi mengembangkan proposisi pasaran yang mampan, seterusnya memperkasa masyarakat yang lebih inklusif serta ekonomi wilayah ini untuk berkembang maju," kata Willson Cuaca, Pengasas Bersama dan Rakan Pengurusan di East Ventures.

Sebagai pelabur yang mampan, East Ventures menjadikan prinsip dan piawaian untuk ESG serta pengurusan impak sebahagian daripada keputusan pelaburannya. Firma ini mengambil pendekatan praktikal untuk menjana dan memangkinkan impak positif dengan mengutamakan penciptaan perniagaan teras yang kukuh sebagai asas untuk pembangunan mampan. East Ventures menyokong pengasas yang bagus dan pasukan mereka untuk membangunkan produk inovatif serta model perniagaan yang tangkas. Dengan membolehkan perniagaan ini berkembang dengan lebih besar dan mampan, East Ventures memupuk kolaborasi untuk mencipta strategi yang lebih tertumpu yang menjana nilai mampan untuk masyarakat dan alam sekitar.

Laporan berkenaan membawakan pelaburan mampan dan inisiatif ESG East Ventures, menyediakan maklumat yang telus tentang prestasi kemampanan firma ini. Ia meringkaskan pencapaian yang telah diraih, termasuk impak yang dicipta melalui pelaburan, impak yang diterajui oleh East Ventures dan impak di tempat kerja.

"Kami amat berbesar hati untuk melancarkan Laporan Kemampanan East Ventures 2023 kedua dan untuk menunjukkan sejauh mana komitmen dan impak daripada kami berkembang pesat sejak laporan kemampanan pertama kami dikeluarkan tahun lalu. Kami berbangga dengan pencapaian kami dan tetap komited untuk mencipta lebih banyak impak yang positif berdasarkan kepada strategi pelaburan mampan kami yang memfokuskan kepada Berbuat Baik dan Menjauhi Kemudaratan. Kami percaya laporan ini menunjukkan kesungguhan kami untuk memacu perubahan yang lebih positif, mencipta nilai yang berkekalan dan menyumbang kepada masyarakat yang lebih baik," kata Avina Sugiarto, Rakan Kongsi di East Ventures.

Laporan Kemampanan East Ventures 2023 turut menunjukkan langkah-langkah proaktif East Ventures ke arah tindakan iklimnya; Ia diperkayakan dengan bahagian "Sorotan terhadap teknologi iklim" serta pendedahan inventori gas rumah hijau (GHG) firma ini sebagai langkah padu ke arah sasaran sifar bersih.

Versi Bahasa Inggeris Laporan Kemampanan East Ventures 2023 boleh dimuat turun di east.vc/sustainability-report. Versi Bahasa Indonesia akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Latar Belakang East Ventures

East Ventures  ialah sebuah firma modal teroka sektor-agnostik perintis dan terkemuka. Ditubuhkan pada tahun 2009, East Ventures telah berubah menjadi platform holistik yang menyediakan pelaburan pelbagai peringkat, bermula daripada pelaburan peringkat Benih kepada Pertumbuhan, untuk lebih 300 syarikat teknologi di seluruh Asia Tenggara.

Sebagai syarikat awal yang percaya akan ekosistem syarikat pemula di Indonesia, East Ventures merupakan pelabur pertama dalam syarikat-syarikat unikorn Indonesia, iaitu Tokopedia dan Traveloka. Syarikat-syarikat terkemuka yang lain dalam portfolio East Ventures, termasuk Ruangguru, SIRCLO, Kudo (diperoleh oleh Grab), Loket (diperoleh oleh Gojek), Tech in Asia, Xendit, IDN Media, MokaPOS (diperoleh oleh Gojek), ShopBack, KoinWorks, Waresix dan Sociolla.

East Ventures dinamakan sebagai dana modal teroka (VC) berprestasi terunggul yang paling konsisten di peringkat global oleh Preqin dan pelabur yang paling aktif di SEA dan Indonesia oleh pelbagai media. Tambahan pula, East Ventures ialah modal teroka pertama di Indonesia yang menandatangani Prinsip-prinsip Pelaburan Bertanggungjawab (PRI), disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). East Ventures komited untuk mencapai pembangunan mampan dan membawa impak positif kepada masyarakat melalui inisiatif dan amalannya yang diterapkan dengan ESG. 

Infografik - Laporan Kemampanan East Ventures 2023
Infografik - Laporan Kemampanan East Ventures 2023

Source: East Ventures
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Venture Capital Financial Technology