omniture

Program Latihan Kepimpinan 'Climate x' Mengalu-alukan Pelajar Kolej Seluruh Dunia

Global Alliance of Universities on Climate
2023-06-15 21:33 63

DUBAI, UAE, 15 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Program Latihan Kepimpinan 'Climate x' kini menerima permohonan daripada pelajar kolej seluruh dunia. Bakal pelajar boleh mendaftar di http://climatexleadership.gauc.net/. Permohonan ditutup selewat-lewatnya pada 30 Jun 2023.

Program Latihan Kepimpinan 'Climate x' Mengalu-alukan Pelajar Kolej Seluruh Dunia
Program Latihan Kepimpinan 'Climate x' Mengalu-alukan Pelajar Kolej Seluruh Dunia

Disokong secara strategik oleh UNFCCC, UNESCO dan rakan-rakan kongsi global, serta dianjurkan bersama Global Alliance of Universities on Climate (GAUC) dan Asian Universities Alliance (AUA), program latihan ini bertujuan untuk melengkapkan generasi akan datang dengan kemahiran menjadi pemimpin iklim masa depan. Ia menekankan pendekatan sinergistik, mengumpulkan sumber pendidikan yang dikagumi dan menawarkan kurikulum yang inovatif.

Anjakan paradigma dalam pembangunan

Peralihan menuju ekonomi neutral-karbon memerlukan lebih daripada sekadar beralih daripada bahan api fosil. Ia merupakan "satu anjakan paradigma dalam pembangunan, yang akan mencetuskan model pemodenan baharu yang dapat memberi manfaat kepada dunia dan menyumbang kepada masa depan hijau dan sejahtera," kata Lord Nicholas Stern, Pengerusi Grantham Research Institute di LSE dan Pengerusi Jawatankuasa Akademik GAUC.

Anjakan paradigma ini disertai oleh perubahan mendalam terhadap pasaran pekerjaan, membawakan keperluan serta peluang baharu. "Belia hari ini merupakan pemimpin dan tonggak hari esok dan tanpa mengira kerjaya masa depan mereka, mereka harus menganggap keneutralan karbon sebagai kepentingan bersama," ujar Dr. WANG Binbin, Setiausaha Agung Eksekutif GAUC.

Bertemakan 'Climate x', program latihan ini menekankan impak perubahan iklim yang transformatif serta saling hubungannya yang erat dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) PBB yang lain. Membina berdasarkan kejayaan perintis latihan 'Climate x' 2022 yang eksklusif untuk pelajar di universiti-universiti anggota GAUC, program latihan 2023 bertujuan untuk membantu lebih ramai anak muda merebut peluang yang dibawakan oleh anjakan paradigma dan menyumbang kepada realisasi masa depan sifar-bersih dengan membuka pendaftaran untuk pelajar kolej seluruh dunia.

Pendidikan berprestij oleh 28 universiti dan selanjutnya

Memandangkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan menganjurkan Persidangan Perubahan Iklim PBB 2023 (COP28), GAUC telah memeterai perkongsian strategik dengan Asian Universities Alliance (AUA), sebuah pakatan yang terdiri daripada 15 universiti anggota di seluruh Asia, untuk menganjurkan secara bersama program latihan ini.

Dengan memperluaskan jaringan universiti anggota GAUC sedia ada, perkongsian ini menjadikan cabaran perubahan iklim unik yang dihadapi oleh benua tersebut sebagai tumpuan dan dalam masa yang sama mengekalkan perspektif global yang komprehensif. Sepanjang program latihan, pakar-pakar daripada universiti anggota GAUC dan AUA akan berkolaborasi untuk menyampaikan ceramah dan bengkel, memfokuskan kepada sinergi antara perubahan iklim dan topik-topik penting tahunan GAUC, iaitu sinergi antara perubahan iklim dan kuasa bersih, kesihatan, bencana dan fesyen lestari.

Di samping itu, hasil daripada jaringan rakan kongsi global yang luas, latihan ini akan turut membawakan pelbagai bengkal, sesi panel dan kuliah luar kurikulum yang disampaikan oleh penceramah jemputan daripada organisasi-organisasi yang bersekutu dengan PBB, industri, NGO, masyarakat awam dan banyak lagi.

Meningkat daripada pelatih kepada pemimpin iklim masa depan
Bagi memperkasa pelajar untuk beralih daripada pelajar ilmu iklim kepada pemimpin tindakan iklim, program latihan ini menerima pakai pendekatan 'Train the Trainer' ('Latih Jurulatih') melalui modul '1+3'. Dalam modul tersebut, 1 merujuk kepada kerja kursus dalam talian yang menjangkau satu bulan pada Julai; 3 melambangkan tiga acara hibrid yang perlu diselesaikan oleh pelajar yang mendaftar mulai Ogos hingga November, untuk mengamalkan kemahiran kepimpinan serta pengetahuan iklim mereka. Acara ketiga diiktiraf sebagai acara pimpinan belia iaitu Minggu Iklim Belia Global (Minggu) 2023, satu mekanisme yang dimulakan secara bersama pada tahun 2022 oleh GAUC dan lebih 100 pelbagai pihak berkepentingan global.

Setelah memenuhi keperluan modul 1+3, para pelajar akan mendapat perakuan oleh GAUC dan AUA sebagai Jurulatih 'Climate x'. Jurulatih 'Climate x' yang menunjukkan kepimpinan dan dedikasi luar biasa sepanjang Minggu itu, yang dijadualkan berlangsung mulai 20 hingga 24 November pada tahun ini, akan menerima pengiktirafan tambahan Perintis 'Climate x'. Perintis 'Climate x' juga akan berpeluang untuk dipilih bagi Delegasi Belia GAUC COP28 dan membawa sorotan tindakan iklim belia ke barisan hadapan tadbir urus perubahan iklim global di COP28, Dubai.

Untuk jadual terperinci tentang Program Latihan Kepimpinan 'Climate x', sila kunjungi: https://gauc.net/.

 

 

 

Source: Global Alliance of Universities on Climate
Keywords: Education Environmental Products & Services Trade show news