omniture

SANY Percepatkan Pembangunan Kenderaan Tugas Berat Tenaga Baharu dengan Penampilan Sulung Global Pusat Ujian

SANY Group
2023-06-16 02:07 303

CHANGSHA, China, 16 Jun 2023 /PRNewswire/ -- SANY Group ("SANY") mengumumkan bahawa Pusat Ujian Kenderaan Kejuruteraan Tenaga Baharu SANY ("Pusat") yang berpangkalan di Bandar Changsha, ibu kota wilayah Hunan, China tengah, telah memulakan operasi. Dengan jumlah pelaburan melebihi RMB 100 juta, Pusat tersebut merupakan yang pertama di dunia, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan canggih, menjadikannya pangkalan ujian China paling komprehensif yang memfokuskan kepada pembangunan kenderaan kejuruteraan berkuasa bateri.

SANY New Energy Engineering Vehicle Testing Center
SANY New Energy Engineering Vehicle Testing Center

Pusat berkenaan, meliputi kawasan seluas 100 ekar, membawakan makmal dalaman dan tapak ujian luar yang boleh digunakan untuk menilai prestasi dan keandalan 20 buah kenderaan secara serentak. Pusat itu turut menempatkan pelbagai peralatan ujian khusus yang memfokuskan kepada teknologi termasuk motor, bateri, kawalan elektronik (HIL), hibrid, bahan api hidrogen, sel bateri dan gandar pacuan elektrik.

Pusat tersebut mempunyai lebih 20 persekitaran ujian elektrik canggih dan telah menjalankan lebih 100 ujian untuk kenderaan tenaga baharu yang dikilangkan oleh SANY. Pada teras Pusat tersebut ialah dinamometer casis tugas berat yang dapat menghasilkan daya tarikan 120,000N dan menyokong beban gandar 35 tan. Pusat tersebut juga mempunyai ruang persekitaran melampau untuk ujian seluruh kenderaan, dengan isipadu melebihi 2,500m³. Ia boleh menjalankan ujian dalam julat suhu -45℃ hingga 70℃ dan dilengkapi dengan sistem simulasi cahaya matahari untuk penilaian yang komprehensif.

"SANY berusaha untuk menerajui jalan bagi menyokong peralihan seluruh dunia kepada ekonomi rendah-karbon dengan hab ujian bagi meningkatkan keandalan teknologi dan memacu inovasi yang boleh dipasarkan bagi kenderaan kejuruteraan berkuasa bateri," kata You Ligang, Timbalan Pengarah Pusat.

SANY Menerajui Jalan dalam Pasaran Pengelektrikan China

Pada tahun 2022, SANY mendominasi pasaran pengelektrikan di China dengan mencapai beberapa kejayaan, termasuk menjual lebih 1,000 kren elektrik, memenangi kejohanan jualan tahunan untuk trak tugas berat elektrik dan menjual lebih 1,300 pencampur elektrik. Bagi mengekalkan kepimpinannya dalam industri ini, SANY merancang untuk membina sebuah tapak ujian kenderaan kejuruteraan tenaga baharu bagi memenuhi keperluan pengujian yang semakin meningkat dalam bidang tenaga baharu.

SANY turut menerima inovasi digital bagi mengoptimumkan strategi pembuatannya dan meluaskan kemampanan korporat. No.18 Factory SANY telah mengguna pakai sistem pengeluaran automatik yang dikuasakan oleh AI dan IoT perindustrian bagi menangani kesukaran dalam pasaran yang berkala. Lantaran itu, kilang berkenaan telah menyaksikan peningkatan 123% dalam kapasiti pengeluaran dan 98% dalam produktiviti serta 29% pengurangan dalam kos pembuatan unit.

Untuk maklumat lanjut tentang SANY, sila kunjungi http://www.sanyglobal.com

 

 

 

 

 

Source: SANY Group
Keywords: Alternative Energies Auto Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Design Automation Environmental Products & Services Machinery Mining/Metals Transportation Utilities Corporate Expansion New products/services